Di sebelah petangnya, kami hanya bersantai di hotel saja sambil memberi ruang kepada guide cilik kami untuk bermain-main di pool. Almaklumlah, hati guide cilik ni perlu dijaga, kalau merajuk, kelak susah kami.
Sesudah Maghrib, kami menyelusuri jalan untuk ke gedung HIG (Haji Ismail Group). Di sini, seperti mana orang ramai tahu, terdapat pelbagai barangan. Kami di situ lebih kurang 3 jam. Terima kasih bebanyak kepada kaki tangan HIG kerana sudi melayan kerenah diri ini yang pelbagai.
***keesokan harinya, seperti juga semalam, setelah bersarapan, lebih kurang jam 9.00 kami meneruskan explorasi.
Hari ini kami memilih untuk menaiki boat. Charge yang dikenakan ialah rm 35 seorang. Penumpang akan dibawa ke
*Pulau Beras Basah
**Eagle Feeding
***Tasik Dayang Bonting
****Fish Feeding
Di Pulau Beras Basah, penumpang dibenarkan turun untuk bermandi-mandi atau sekurang-kurangnya menghirup udara pulau. Masa yang diberi selama 1 jam.
Sementara di Eagle Feeding, penumpang tidak dibenarkan turun kerana pulau ini sedang dibangunkan. Di sini, boat hanya diberhentikan di tengah-tengah laut sambil penumpang dibenarkan memberi makan kepada helang-helang yang singgah.
Manakala di Fish Feeding, penumpang diizinkan turun buat beberapa ketika. Untuk melihat ikan-ikandengan lebih dekat, pengunjung dikenakan charge rm 7 seorang, dan makanan ikan akan diberi sebungkus seorang.
Di Tasik Dayang Bonteng, penumpang dibenarkan turun. Di sini juga, masa diberikan selama 1 jamg.
Tetapi di sini, tak ramai yang bermandi manda kerana air agak dalam, amat tak sesuai untuk anak-anak kecil dan mereka yang tak pandai berenang.
Dari jeti Tasik Dayang Bonteng, kita perlu menaiki dang menuruni tangga untuk sampai ke tasik.
Kerana tak boleh bermandi-manda, so, kami tiga beranak hanya exercise kaki sajalah. Aha, berhati-hati di sini, Kerana begitu banyak monyet yang berkeliaran.
Nota: kalau membawa makanan atau minuman, perlu disimpan ke dalam bag yang bertutup. Kalau tidak, monyet-monyet akan menyambar makanan dan minuman dari tangan anda.
Sungguh lucu dan mengejutkan, apabila plastik sampah didalam poket bagsandang yang dibawa suamiku dicapai oleh sang monyet. Sedang ghalid kami 3 beranak berjalan, tetiba seekor monyet bergayut di bahu suamiku sambil menarik plastik di dalam poket bag. Sementara seorang pengunjung lain pula, dismbar botol muneral dari tangannya. Begitulah akrabnya monyet-monyet di situ dengan para pengunjung.
Setelah lebih kurang 4 jam meronda dengan boat, kami dihantar pulang semula ke hotel dalam pukul 1.30 oleh pengendali boat. Memang sudah tersedia dalam pakage, penumpang akan diambil dari hotel dan dihantar pulang.
bersambung
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.