assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, November 16, 2011

LANGKAWI DALAM KENANGAN 3

Setelah badan keletihan dilambung ombak, dan kulit kering disapa angin laut, maka, katillah pilihan terbaik.

 

Seperti juga malam-malam lalu, sesudah maghrib, barulah kami tiga beranak keluar dari hotel.  Kali ini kami memilih untuk makan ikan bakar  di Pantai Cenang.  Almaklumlah,  banyak mulut-mulut yang membawa khabar bahawa ikan bakar dan sea food kat sini perlu dijamah, andai bertandang ke Langkawi.  So kami juga nak merasa sendiri keenakannya.

 

Kali ini kami memilih untuk menahan teksi di jalanan.  masa yang diambil untuk sampai ke Pantai Cenang ialah setengah jam, sementara charge yang dikenakan ialah rm 24.  sebenarnya taklah jauh sangat beza tambang antara taksi call, dengan teksi tahan sendiri,  hanya rm 2 sahaja.

 

Oleh kerana kami tak punya nama restaurant ikan bakar yang hendak dituju, maka kami hanya meminta driver teksi membawa kami ke restaurant yang sedap dan tidak terlalu mahal.

 

Oh Alhamdulillah, driver teksi tu memang jujur dan citarasanya juga mungkin sama dengan kami.  Maka kami diturunkan betul-betul di hadapan sebuah restaurant ikan bakar yang baunya pun sudah melambangkan keenakan masakannya, dan pengunjung memang ramai.

 

Satu lagi kelebihan driver teksi yang baru kami naik tu ialah, disetiap restaurant yang kami lewati, driver teksi dengan ramah memberi penerangan tentang makanan yang terdapat di situ dan anggaran harganya.  Wah, nampaknya driver teksi tu benar-benar menepati ciri-ciri seorang pemandu pelancung.

 

Oh ya berbalik kepada restaurant yang kami singgah,  ikan bakarnya memang sedap,  tiada langsung bau hanyir,  dan kuh asamnya tak terlalu pedas atau masam.  Sementara sotong goreng tepungnya juga sedap dan rangup.  Tepungnya tak terlalu tebal dan potongan sotongnya juga tak terlalu kecil.  Harganya, ah, sudah tentu murah dari KL.

 

Kami tiba semula ke hotel lebih kurang pukul 11.00 malam.  Teksi?  Oh teksi kat Pantai Cenang memang mudah.  Taksampai 5 minit tunggu,  teksi dah menjelma depan mata.

 

Keesokan harinya, Jumaat adalah hari yang terakhir buat kami di pulau ini.

 

Setelah bersarapan, kira-kira jam 9.30, kami chek out.  Oleh kerana masa untuk terbang balik KL di sebelah petang, maka kami meminta izin dari pihak hotel untuk tinggalkan barang-barang, sementara kami teruskan explorasi terakhir.

 

Oleh  kerana hari tu Jumaat, dan masa untuk berjalan taklah begitu panjang, maka kami hanya pergi ke Laman Padi saja.  Ia terletak di Pan tai Cenang.  Menurut kaki tangan di sini, aktiviti mengemping dan demonstrasi menuai hanya dilakukan pada musim-musim cuti sahaja.

 

Di sini terdapat galory yang mempamerkan peralatan tradisional dari membajak sehinggalah padi menjadi beras.

 

Terdapat juga spa, restaurant makanan india, suarau dan toilet.

 

kira-kira jam 1.00,kami sampai semula di hotel Seaview.  Sementara suami dan anakku ke masjid, aku hanya bersantai di lobi hotel.

 

Lebih kurang jam 2.30,  barulah kami bertolak ke airport.  Di airport, kami lepak-lepak kat surau sementara menunggu asar.

 

Jadual kapal udaraku sebenarnya jam 6.45 petang,  tetapi entah apa masalahnya, penrbangannya telah ditunda kepada jam 7.30 malam.  Apa-apa pun, Alhamdulillah kami selamat tiba di (our sweet home), jam 10.00 malam.

 

Alhamdulillah, percutian aku tiga beranak kali ini juga cukup memuaskan dan kewseronokkannya sampai ke dasar hati.

 

Terima kasih baebanyak kepada setiap orang Langkawi yang pernah kami temui.  Orang-orang di sini sungguh mudah menghulurkan tangan untuk kami,  terutama sewaktu kami menaiki boat dan cable car.  Kami tiga beranak diberi perhatian oleh pengendali boat dan kaki tangan stesen cable car.  Juga terima kasih bebanyak kepada kaki tangan restaurant Seaview yang begitu mesra serve makanan untuk kami setiap kali breakfast. Inshaallah, jika dimurahkan rezeki, kami akan ke sana lagi, kerana masih banyak tempat yang belum kami lawati.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.