assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, November 29, 2011

ALKOHOL DI MANA-MANA

Terkejut juga aku bila tiba-tiba anakku beartanya tentang minuman alkohol.

Katanya: ma, alqur’an kata minuman alkohol haram bagi orang muslim, tapi saya nampak tulisan kat minuman tu ’19 tahun ke atas’, mana satu betul? Alqur’an atau tulisan kat botol tu?

Sesungguhnya sebelum ini, aku tak pernah tahu bagaimana keterbukaannya penjualan minuman alkohol di mini-mini market, kedai serbaneka atau seven Eleven. Ya, mungkin itu kelemahan aku sebagai ibu OKU pengelihatan.

Kalau sebelum ini, pada pemikiranku, minuman ini hanya dijual di restaurant-restaurant yang tidak halal sahaja, tapi rupanya, minuman ini begitu mudah didapati di mana-mana kedai kunjungan awam. dan lebih menyesak nafasku, minuman ini diletakkan di rak-rak terbuka, di mana ia boleh dilihat dengan mudah termasuklah anak-anak kecil.

Nasib baik aku punya anak yang gemar bertanya. Apa akan jadi, jika ada anak-anak kecil yang melihat sesuatu dan kemudian pendamkan di dalam diri sendiri, atau yang lebih menakutkan, anak-anak ini punya cita-cita untuk mencuba bila tiba waktunya.

Kenapa aku kata begitu? Mana tidaknya, lebel yang tertera pada minuman alkohol itu tertulis: ’19 tahun ke atas’ bukankah lebel begini mengundang seribu persoalan dalam diri anak-anak. Apa salahnya mengunakan lebel yang lebih jelas dan nyata, seperti ‘tidak halal untuk muslim’

Nampaknya, mahu tak mahu, suka atau tidak, ilmu akhirat wajib diterap ke dalam anak-anak seawal mungkin. Sekurang-kurangnya, apa yang mereka lihat sekeliling, akan dihubungkan dengan Allah, dan kita juga tidak terlalu sukar untuk menjelaskan sesuatu buruk baik jika di dalam diri mereka sudah terpahat nama Allah.

Tuesday, November 22, 2011

BOLA,OH BOLA

Bola oh bola, kau benar-benar berjaya mencuri perhatian ramai orang, dan dari pelbagai generasi, termasuklah bujang cilikku.

Aku yang sememangnya dah lama tak menelinga (mendengar) akan ulasan bola sepak, mahu tak mahu, sejak akhir-akhir ni, terpaksa mengambil pusing juga dengan perkembangan bola sepak semasa.

Kenapa? Oh, karna bujang cilikku sudah mula cenderung bercerita tentang bola sepak.

Dari mana dia dapat sumber? Oh, setiap pagi, sebelum naik bas ke sekolah, dia sempat menyelak-nyelak akhbar yang dijual di depan kawasan perumahanku.

ya, bermula final Piala Malaysia lalu, aku terpaksa chongok (duduk) di hadapan tv kerana menemaninya . setiap kali ada aksi-aksi yang mendebarkan, di pihak Negeri Sembilan, dia pasti memelukku dan memberi semangat kepadaku. Seolah-olah, aku yang bermain. Tetapi bila ditanya dia memihak kepada negeri mana ketika itu, dia akan menjawab kedua-duanya. Bila ditanya kenapa, katanya sebab, dua-dua dia sayang. Hahaha, pandai juga anakku.

Dan semalam, sekali lagi, aku menjadi peneman setianya. Setiap kali ada aksi mendebarkan, pasti laungan suaranya turut gemersik.

Aha, jangan kelak, dirayu aku untuk membawanya ke stadium, sudahlah.

Apa-apa pun, sekalung tahniah dihulurkan buat pasukan Harimau Muda Malaysia.

Wednesday, November 16, 2011

LANGKAWI DALAM KENANGAN 3

Setelah badan keletihan dilambung ombak, dan kulit kering disapa angin laut, maka, katillah pilihan terbaik.

 

Seperti juga malam-malam lalu, sesudah maghrib, barulah kami tiga beranak keluar dari hotel.  Kali ini kami memilih untuk makan ikan bakar  di Pantai Cenang.  Almaklumlah,  banyak mulut-mulut yang membawa khabar bahawa ikan bakar dan sea food kat sini perlu dijamah, andai bertandang ke Langkawi.  So kami juga nak merasa sendiri keenakannya.

 

Kali ini kami memilih untuk menahan teksi di jalanan.  masa yang diambil untuk sampai ke Pantai Cenang ialah setengah jam, sementara charge yang dikenakan ialah rm 24.  sebenarnya taklah jauh sangat beza tambang antara taksi call, dengan teksi tahan sendiri,  hanya rm 2 sahaja.

 

Oleh kerana kami tak punya nama restaurant ikan bakar yang hendak dituju, maka kami hanya meminta driver teksi membawa kami ke restaurant yang sedap dan tidak terlalu mahal.

 

Oh Alhamdulillah, driver teksi tu memang jujur dan citarasanya juga mungkin sama dengan kami.  Maka kami diturunkan betul-betul di hadapan sebuah restaurant ikan bakar yang baunya pun sudah melambangkan keenakan masakannya, dan pengunjung memang ramai.

 

Satu lagi kelebihan driver teksi yang baru kami naik tu ialah, disetiap restaurant yang kami lewati, driver teksi dengan ramah memberi penerangan tentang makanan yang terdapat di situ dan anggaran harganya.  Wah, nampaknya driver teksi tu benar-benar menepati ciri-ciri seorang pemandu pelancung.

 

Oh ya berbalik kepada restaurant yang kami singgah,  ikan bakarnya memang sedap,  tiada langsung bau hanyir,  dan kuh asamnya tak terlalu pedas atau masam.  Sementara sotong goreng tepungnya juga sedap dan rangup.  Tepungnya tak terlalu tebal dan potongan sotongnya juga tak terlalu kecil.  Harganya, ah, sudah tentu murah dari KL.

 

Kami tiba semula ke hotel lebih kurang pukul 11.00 malam.  Teksi?  Oh teksi kat Pantai Cenang memang mudah.  Taksampai 5 minit tunggu,  teksi dah menjelma depan mata.

 

Keesokan harinya, Jumaat adalah hari yang terakhir buat kami di pulau ini.

 

Setelah bersarapan, kira-kira jam 9.30, kami chek out.  Oleh kerana masa untuk terbang balik KL di sebelah petang, maka kami meminta izin dari pihak hotel untuk tinggalkan barang-barang, sementara kami teruskan explorasi terakhir.

 

Oleh  kerana hari tu Jumaat, dan masa untuk berjalan taklah begitu panjang, maka kami hanya pergi ke Laman Padi saja.  Ia terletak di Pan tai Cenang.  Menurut kaki tangan di sini, aktiviti mengemping dan demonstrasi menuai hanya dilakukan pada musim-musim cuti sahaja.

 

Di sini terdapat galory yang mempamerkan peralatan tradisional dari membajak sehinggalah padi menjadi beras.

 

Terdapat juga spa, restaurant makanan india, suarau dan toilet.

 

kira-kira jam 1.00,kami sampai semula di hotel Seaview.  Sementara suami dan anakku ke masjid, aku hanya bersantai di lobi hotel.

 

Lebih kurang jam 2.30,  barulah kami bertolak ke airport.  Di airport, kami lepak-lepak kat surau sementara menunggu asar.

 

Jadual kapal udaraku sebenarnya jam 6.45 petang,  tetapi entah apa masalahnya, penrbangannya telah ditunda kepada jam 7.30 malam.  Apa-apa pun, Alhamdulillah kami selamat tiba di (our sweet home), jam 10.00 malam.

 

Alhamdulillah, percutian aku tiga beranak kali ini juga cukup memuaskan dan kewseronokkannya sampai ke dasar hati.

 

Terima kasih baebanyak kepada setiap orang Langkawi yang pernah kami temui.  Orang-orang di sini sungguh mudah menghulurkan tangan untuk kami,  terutama sewaktu kami menaiki boat dan cable car.  Kami tiga beranak diberi perhatian oleh pengendali boat dan kaki tangan stesen cable car.  Juga terima kasih bebanyak kepada kaki tangan restaurant Seaview yang begitu mesra serve makanan untuk kami setiap kali breakfast. Inshaallah, jika dimurahkan rezeki, kami akan ke sana lagi, kerana masih banyak tempat yang belum kami lawati.

Tuesday, November 15, 2011

LANGKAWI DALAM KENANGAN 2

Di sebelah petangnya, kami hanya bersantai di hotel saja sambil memberi ruang kepada guide cilik kami untuk bermain-main di pool.  Almaklumlah, hati guide cilik ni perlu dijaga, kalau merajuk, kelak susah kami.

 

Sesudah Maghrib, kami menyelusuri jalan untuk ke gedung HIG (Haji Ismail Group).  Di sini, seperti mana orang ramai tahu, terdapat pelbagai barangan.  Kami di situ lebih kurang 3 jam.  Terima kasih bebanyak kepada kaki tangan HIG kerana sudi melayan kerenah diri ini yang pelbagai.

 

***keesokan harinya, seperti juga semalam, setelah bersarapan, lebih kurang jam 9.00 kami meneruskan explorasi.

 

Hari ini kami memilih untuk menaiki boat.  Charge yang dikenakan ialah rm 35 seorang.  Penumpang akan dibawa ke

*Pulau Beras Basah

**Eagle Feeding

***Tasik Dayang Bonting

****Fish Feeding

 

Di Pulau Beras Basah, penumpang dibenarkan turun untuk bermandi-mandi atau sekurang-kurangnya menghirup udara pulau.  Masa yang diberi selama 1 jam.

 

Sementara di Eagle Feeding, penumpang tidak dibenarkan turun kerana pulau ini sedang dibangunkan.  Di sini, boat hanya diberhentikan di tengah-tengah laut sambil penumpang dibenarkan memberi makan kepada helang-helang yang singgah.

 

Manakala di Fish Feeding, penumpang diizinkan turun buat beberapa ketika.  Untuk melihat ikan-ikandengan lebih dekat, pengunjung dikenakan charge rm 7 seorang, dan makanan ikan akan diberi sebungkus seorang.

 

Di Tasik Dayang Bonteng, penumpang dibenarkan turun.  Di sini juga, masa diberikan selama 1 jamg.

 

Tetapi di sini, tak ramai yang bermandi manda kerana air agak dalam, amat tak sesuai untuk anak-anak kecil dan mereka yang tak pandai berenang.

 

Dari jeti Tasik Dayang Bonteng, kita perlu menaiki dang menuruni tangga untuk sampai ke tasik.

 

Kerana tak boleh bermandi-manda, so, kami tiga beranak hanya exercise kaki sajalah.  Aha, berhati-hati di sini, Kerana begitu banyak monyet yang berkeliaran.

 

Nota:  kalau membawa makanan atau minuman, perlu disimpan ke dalam bag yang bertutup.  Kalau tidak, monyet-monyet akan menyambar makanan dan minuman dari tangan anda.

 

Sungguh lucu dan mengejutkan, apabila plastik sampah didalam poket bagsandang yang dibawa suamiku dicapai oleh sang monyet.  Sedang ghalid kami 3 beranak berjalan, tetiba seekor monyet bergayut di bahu suamiku sambil menarik plastik di dalam poket bag.  Sementara seorang pengunjung lain pula, dismbar botol muneral dari tangannya.  Begitulah akrabnya monyet-monyet di situ dengan para pengunjung.

 

Setelah lebih kurang 4 jam meronda dengan boat, kami dihantar pulang semula ke hotel dalam pukul 1.30 oleh pengendali boat.  Memang sudah tersedia dalam pakage, penumpang akan diambil dari hotel dan dihantar pulang.

 

 

bersambung

Monday, November 14, 2011

LANGKAWI DALAM KENANGAN

Alhamdulillah, Selasa lalu, dengan keizinan Allah, aku tiga beranak telah dapat merealisasikan perancangan kami untuk ke pulau lagenda Pulau Langkawi.  Lalu bermukimnlah kami di sana selama 3 malam.

 

Untuk memudahkan pergerakan kami, aku telah memilih untuk bermukim di bandar Kuah.  Hotel yang ku pilih untuk penginapan kami buat beberapa hari, ialah Seaview.  Hotel dipilih berdasarkan kemampuan poket suamiku.

 

Perjalanan dari airport Padang Mad Sirat ke bandar Kuah memakan masa lebih kurang setengah jam, manakala tambang yang dikenakan ialah rm 24 untuk sebuah teksi.

 

Kami selamat tiba di hotel Seaview, lebih kurang jam 6.50 petang.  Biasalah, setelah begitu begini,  lebih kurang 10 minit, barulah selesai proses chek in.

 

Setelah melunaskan hak YANG MAHA PENCIPTA ke atas hambanya, dan kesegaran badan dikembalikan, kami tiga beranak mula menyulusuri jalan untuk mencari kedai makan yang sesuai.

 

Oh alangkah bertuahnya, tidak jauh dari Seaview, di kiri kanannya terletak beberapa restaurant dan gerai makan.

 

Untuk malam pertama, tiada explorasi yang kami lakukan.  Hanya sekadar menikmati kesejukan angin malam di beranda bilik hotel saja.

 

Keesokan harinya, setelah sarapan, kira-kira jam 9.30, bermulalah explorasi kami 3 beranak.  Kami telah menempah teksi dari perkhidmatan yang disediakan di hotel ini.

 

Dalam masa 4 jam, charge yang dikenakan rm 100, dan sekiranya lebih masa,akan dikenakan charge rm 25 per hour.

 

Pada mulanya kami berkira-kira untuk ke cable car sebagai destinasi pertama, namun kami diberitahu bahawa setiap Rabu, ianya hanya dibuka jam 12.00 tengahhari, so kami bertukar arah ke Padang Mad Sirat, iaitu lokasi lagenda Mahsuri.

 

kalau 10 tahun lalu, untuk masuk ke kawasan lagenda ini tidak perlu berbayar, namun sekarang, ianya telah dikenakan charge.  Pun begitu rezki kami di hari itu, murah agaknya, maka kami dibenarkan masuk secara percuma.

 

Oh ya, terdapat dua kaunter tiket yang disediakan, iaitu

*kaunter A untuk pelancung luar, dan

**kaunter B untuk pelancung dalam negara.

 

Setelah lebih kurang 45 minit kami di situ, kami meneruskan perjalanan ke Under Water World pula.  Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak memakan masa juga.

 

Di Under Water World,  anakkulah orang yang paling girang.  Selain terdapat pelbagai jenis spesis ikan, terdapat juga penguin.

 

Nota:  harga tiket bagi pelancung luar, dalam negara dan penduduk tempatan adalah berbeza-beza.

 

Setelah Si Kecil kami puas bermain-main dengan ikan-ikan, barulah kami bertolak ke lokasi cable Car iaitu di kaki gunung Mad Cincang.

 

Di sini, kenderaan tidak boleh menghampiri bangunan stesen cable car, so untuk sampai ke stesen ini, pengunjung perlu berjalan merentasi dua jambatan.  Salah satu darinya adalah jambatan gantung.

 

Charge yang dikenakan untuk menaiki cabel car ialah

*rm 15 untuk dewasa dan

**rm 10 untuk kanak-kanak

 

Nota:  Harga tiket untuk pelancung luar dan dalam negara juga berbeza.

 

Tempoh berada di dalam cable car lebih kurang 15 ke 20 minit.  Terdapat 3 stesen:

*stesen pertama adalah kaki gunung, di mana permulaan menaiki cable car

**stesen kedua adalah dipertengahan dan

***stesen ketiga adalah puncak gunung

 

Pengunjung dibenarkan turun di stesen kedua dan ketiga untuk menikmati keindahan pemandangan.

 

Kemudian, on the way balik ke hotel, kami singgah di gudang  batik dan gamat untuk membeli sedikit buah tangan untuk kaum kerabat.

 

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 2.30 petang.

 

Sungguh berbaloi mengambil pakage sewaan teksi rm 100 untuk 4 jam kerana jarak perjalanan dari bandar Kuah ke Gunung Mad Cincang memakan masa 40 minit dan harga satu perjalanan adalah rm 40.

 

bersambung

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDIL AHDA

Berarak awan mendung cuaca,
Garang mentari sinar tiada,
Menampakkan hari seolah redup;
Bersama kita kupas cerita,
Kesah nabi Ibrahim bersama anaknya,
Lalu dijadikan inspirasi hidup.

Bunga raya menyala merah,
Lambang keberanian pahlawan terpilih,
Demi menjaga kedaulatan negara;
Aidil Adha penuh sejarah,
Tanda tunduk dan kasih
Seorang hamba kepada penciptanya.

Bertahta mempelai di pelaminan,
Tersenyum indah dua sejoli,
Bawah cahaya balam berbalam;
Apakah kita sanggup berkorban,
Demi agama Allah yang suci,
Seperti nabi Ibrahim Alaihissalam.

Indah tersusun ayat alqur’an,
Kait berkait cerita disampaikan,
Tiada terlawan gaya bahasanya;
Telah tercatat dalam alqur’an,
Kaum adam dipertanggungjawabkan,
Memelihara keluarga dari api neraka.

Gugur cempedak di taman larangan,
Dikutip oleh puteri Tanjung;
Salam Aidil Adha saya hulurkan,
Buat semua teman pengunjung.

Wednesday, November 2, 2011

BINGKISAN MALAM

Semalam telah berlangsung pameran IT di perkarangan MAB (Malaysia Association For The Blind). Pameran ini mempamerkan peralatan teknologi masa kini untuk kegunaan OKU pengelihatan, antaranya, eye-phone, mac pro, dan screen reader terkini,samada untuk hand phone juga PC. Tapi sayang seribu kali sayang, aku tak dapat merakamkan imej di situ kerana betri HP ku kehabisan.

Demi tidak mahu ketinggalan dalam pengetahuan arus teknologi moden, maka aku pun turut mengintai-intai beberapa booth yang terdapat di pameran tersebut. Kalau nak diturut kata hati, memang mac pro keluaran apple sungguh mencuri kehendak naluri. Namun apakan daya, menyedari bahawa itu bukan keperluan mendesak, dan ditambah lagi dengan kepingan kertas bernilai yang tidak mengizinkan, lantas cukuplah mac pro itu menjadi santapan jejariku dikala itu.

Dalam pada bahu saling berselisih,tongkat putih galak berlaga, aku terjumpa seorang kawan lama yang benar-benar lama tak ku temui. Kami mula berkenal mesra disekitar tahun 1979 – 1980. ketika itu aku masih di sekolah rendah.

Seingat aku, beliau ketika itu sedang menunggu keputusan STPM, dan aku juga difahamkan, beliau kala itu dalam persedian mental dan fisikal untuk beralih alam. Dari alam normal (sighted) ke alam abnormal (BLIND).

Menurut beliau, alamnya mula berubah ketika beliau sedang belajar di UM. Dan sehingga semalam, pengelihatannya hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Beliau kini hanya dapat melihat cahaya dan bayang-bayang objek sahaja. Ah, itulah kehendak Allah.

Pertemuan semalam sedikit menyentuh perasaanku, mana tidaknya, setelah 30 tahun berlalu, namun beliau masih mengingati suara dan kenakalanku saat itu. Ah, alangkah terharu diri ini, karna namaku masih tercatat dalam kotak memorinya.

Menurut beliau lagi, setelah lebih 20 tahun menjadi pensyarah di UM, dia kini sudah pencen dan sedang berjinak-jinak dengan tanah. Dia kini aktif bertanam pisang. Tahniah mr. Tan Tok Siong.

Setelah setengah jam bertukar cerita dan khabar dengan beliau, aku bermohon diri untuk meneruskan langkahku ke beberapa booth lagi.

Kerana masa tidak mengizinkan aku berlama di pameran itu, lebih kurang jam 1.00 tengah hari, aku melangkah pulang dengan seribu kepuasan.