Mungkin kerana manusia kota terlalu menghargai masa, atau mungkin warganya terlalu berhati-hati akan keselamatan diri sendiri, maka, sukar bagi orang-orang yang dalam kewsusahan diperjalanan memohon pertolongan. Pun begitu, usah kita nafikan bahawa masih ada lagi hati suci yang sudi memberi pertolongan tanpa balasan.
Hari ini, mungkin Allah hendak menguji kesabaran saya atau mungkin ianya satu kifarat buat diri saya, maka diberi sedikit kesusahan.
Entah salah siapa, saya sendiri kurang faham. Samada pemandu teksi tak faham percakapan saya atau beliau sendiri tak tahu membaca. Sedang tempat yang hendak saya tuju tesergam indah bangunannya dan “sign board” juga besar terpapar namanya. Tapi, saya masih diturunkan bukan pada tempatnya. Bila anak saya memberi tahu pemandu teksi bahawa belum sampai distinasi kami, dia mula meninggikan suara. Demi keselamatan saya dan anak, saya turun saja setelah membuat pembayaran.
Setelah saya turun, saya dapati kawasan agak lengang. Kereta pun sesekali melintasi kami. Dalam takut, saya terpaksa tunjuk berani demi memberi semangat kepada anak. Setelah 20 minit kami berjalan, barulah bertemu jalan yang agak sibuk dengan kereta. Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah, kami bertemu dengan seorang pejalan kaki yang boleh ditanya. Menurut pejalan kaki itu, tempat yang hendak kami tuju, sejauh 2 kilometer lagi jaraknya. Maka, saya meminta pejalan kaki itu menunjukkan arah kepada anak, dengan harapan anak saya memahami.
Setelah beberapa langkah kami berjalan, kami dihampiri oleh dua buah motor. Pada mulanya kecut juga, namun setelah dua anak muda tersebut dengan sopan bertanya distinasi kami, maka, hilanglah sedikit kegusaran dihati saya. salah seorang dari mereka bersunguh ingin memberi pertolongan kepada kami dengan membonceing motornya.
Setelah berfikir sejenak, dan melihatkan anak sudah keletihan dibawah pancaran matahari, dengan berbekal “tawakkallah”, saya terima pertolongan anak muda itu. Maka,jadilah “hari ini dalam sejarah” saya membonceing motosikal dengan orang yang tak dikenali.
Alhamdulillah,dengan kehendak Allah, kami dihantar dengan selamat ke tempat distinasi oleh pemuda tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga dan sekalung tahniah saya ucapkan buat pemuda yang menolong kami, kerana masih punya sifat kasih sayang yang tinggi dalam diri miski terhadap orang yang takdikenali.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.