assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, December 22, 2010

BUATMU IBU

Ibu, gembira hatiku melihat kau kini sudah mampu tersenyum lagi. Lapang dadaku mendengar tawa ikhlas darimu. Hangat tubuhku, bila menerima sentuhan erat dari tanganmu yang kian bertenaga kembali.

Ibu, betapa bahagianya aku, kerana pulangku kali ini dapat menjamah kembali masakanmu. Biar hidangannya tidak beranika, namun aku terlalu bahagia bu, kerana air tanganmu tetap ku rindui.

Ibu, usah dipersoalkan akan sumbanganku anakmu bu, kerana sesungguhnya jasamu takternilai dek intan menggunung,Kasihmu tiada tolok bandingnya di bumi Allah, dan seteguk susumu takmungkin terbayar dek aku anakmu.

Ibu, mengertilah bu, atas rasa naluri yang bertaut erat, akan ku cuba sehabis dayku untuk memperelokkan kembali kesihatanmu bu.

Ibu, jangan dibebani fikiranmu dengan permasalahan anak-anak, kerana saat ini tiba masanya untuk aku dan mereka mengembalikan hasil yang kau semai sedari dulu. aku tahu bu, itu bukan pintamu, tapi masa inilah kewajiban kami untuk membahgiakanmu.

Ibu, maafkan aku anakmu bu, kerana masih mengharapkan sesuatu darimu. Ya bu, aku sehingga kini masih memerlukan secebis doa dari seorang ibu. Mudah-mudahan sebaris doa yang terbit dari hati sucimu, Allah akan mempermudahkan setiap langkah dalam perjalanan hidupku bu. Dan demi kasihku padamu, akan ku pohon kehadrat ilahi agar ibuku diberi ketenangan dan kebahagian dalam meniti usia lanjutmu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.