assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, December 24, 2010

SAUDARAKU

Entah kenapa sejak kembali dari daerah kelahiranku, jiwaku dilanda resah. Hatiku menjadi sayu bila mengenangkan ikatan yang kian longkar antara kami. Demi menennagkan jiwaku, di malam yang penuh kedinginan, aku tarikan jejariku di atas keyboard untuk meluahkan isi hatiku.

Saudaraku, andai kalian terbaca coretan ini, dapatlah kiranya kalian salami bait-bait coretanku, lantas cuba mengukuhkan kembali.

Saudaraku, semakin jauh kita meniti usia, semakin renggang ikatan kita..

Mengapa itu terjadi? Aku sendiri buntu..

Aku benar-benar keliru saudaraku.. sepengetahuanku, tiada pernah ada selisih pendapat antara kita.. jauh sekali persengketaan mau pun bertikam lidah..

Saudaraku, mungkinkah ikatan ini longgar dek kerana masa dan jarak yang begitu jauh memisahkan kita?

Entahlah, aku sendiri takmengerti.. apakah dalam alaf yang serba moden dan canggih, itu masih relevan untuk dijadikan alas an?

Saudaraku, cuba kau sesekali pejamkan matamu dalam sedar, lantas memaksa mindamu putarkan masa lampau, pasti kala itu disuatu sudut, kau terpandang dua insan dewasa memayungi tubuh-tubuh kecil kita dari hujan dan panas mentari. Menjadi hakim saat kita berebutan sesuatu. Menjadi penenang kala kau, aku dan mereka takut akan hujan rebut beserta petir sambar menyambar. Dan dalam suasana yang tenang, anak-anak itu bermain bersama, share makanan bersama, jua Bantu membantu bila dalam kepayahan.

Apakah video itu telah hilang dari memorimu? Atau sengaja kau delet agar tiada kerinduan terhadap saudaramu?

Saudaraku, aku tahu, dalam usia sebegini, tak mungkin keseronokkan silam dapat dikembalikan, namun tali kemesraan kan masih boleh terjalin berlandas keakraban lalu.

Aku terlalu rindu akan suasana bual bersulam kemesraan, gurau senda berhias gelak tawa dan tangan yang saling bergandingan.

Tolong, jangan lenyapkan suasana itu dari kita. Usah masa dan komitmen hidup dijadikan alasan.

Saudaraku, bersamalah kita mengannyam tali temali kemesraan berpaksi kasih sayang agar terus kukuh demi membahagiakan dua insan yang sama-sama kita cintai.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.