assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, December 26, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

aku baru saja pulang dari kenduri walimatu urus seorang kawan lama.
 
aku yang tak tahu kesah, mulanya terkejut juga bila terima undangan dari mulut dia sendiri.  nampak sangat aku seperti katak bawah tempurung.  langsung hilang punca berita sensasi mahu pun tak dari dunia Brickfields.
 
Brickfields boleh dikatakan sebuah perkampungan untuk kebanyakan OKU pengelihatan.  kat situlah terdapat MAB dan SBM iaitu persatuan dan pertubuhan bagi kami OKU pengelihatan sepertiku.  tapi dek kerana aku dah berkeluarga, so aku mengambil keputusan untuk merantau jauh dari perkampungan itu.  kalau ada satu-satu progam yang ingin aku sertai, barulah aku menampakkan diri kat daerah tu.
 
Apa pun, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Maznan dan pasangannya.
 
jadikanlah penyebab kegagalan lalu sebagai garis panduan dalam mengharungi cabaran mendatang.
 
perkatakanlah apa yang diinginkan dan tidak dikehendaki dalam hidup berumahtangga, diawal perkahwinan danbukannya dipertengahan atau sesudah berlaku sesuatu yang tidak digemari.
 
sebagai kawan lama, saya turut gembira dan berdoa akan kebahgian kalian.  mudah-mudahan bahtera kali ini selamat menuju ke pelabuhan, Inshaallah.
 
sebagai hamba kerdil, kita disuruh beruasaha ke arah hidup yang sepurna, dan kemudian berdoa serta tawakkal kepadaNYA.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.