assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, May 5, 2010

TEKSI OH TEKSI

Sabtu 1st Apr. 2010

Seperti biasa di hari-hari cuti umum, suamiku jarang pulang untuk makan tengahari. Maka disebelah petang aku dan putraku ke tempat kerjanya untuk menghantar nasi. Tempat kerja suamiku taklah begitu jauh dari rumah. Seperti selalu, kami ke sana dengan menaiki teksi.

Tak ku sangka hari ini kurang baik untuk aku. Mungkin ianya kifarat dan pengajaran buat diriku. Ketika di dalam teksi, drivernya begitu ramah sekali dengan kami. Pelbagai soalan yang dilontarkan berkisar dengan kehidupan keluarga OKU pengelihatan.. aku dengan jujur menjawab setiap soalan yang diberikan. Kemudian berbagai pujian pula diberikan. Pun aku tetap masih tersenyum kerana menyangka pujian itu lahir dari hati yang ikhlas. Dalam ramahnya itu, perbualan driver tu terarah kepada soal sex. Aku mula merasa takut dan cuba tidak melayan perbualan lagi. Tapi tak kusangka, dek kerana aku tak melayan perbualannya menimbulkan rasa tak puashati dipihak driver teksi tersebut.

Tiba-tiba putraku berkata dengan nada agak kuat. “uncle, jangan sentuh mama saya, nanti papa marah.” Lantas putraku memeluk diriku seolah-olah cuba melindungi aku. Serentak itu juga nama Allah dan rasul tak putus-putus dari hatiku. Mudah-mudahan kami berdua dilindungi oleh Dia yang maha Esa. Dengan nada tak malu driver tu berkata, “pandai anak awak ni.”

Setiba di tempat yang kami tuju, setelah membuka pintu, aku berkata kepada driver teksi tu. “bang, ingat pada anak perempuan dan isteri abang.” Masih dengan selambanya dia menjawab. “tak apa, isteri dan anak saya tak cantik dan tak suka senyum.” Tanpa menutup pintu, aku dan putraku terus berlalu.

Peristiwa hari ini mengingatkan aku kepada kejadian berbelas tahun lalu. Bezanya waktu itu aku masih lagi nampak sedikit dan masih mampu mengelak jika ada yang cuba berbuat tak baik terhadap diriku. Tapi hari ini aku seolah-olah menyerah diri atas segala-galanya dek kerana pengelihatanku tiada erti lagi.

Wahai insan-insan yang merasakan diri anda kuat dan gagah atau berkelebiham, usahlah mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Setiap perbuatan kita pasti dicatat dan dihitung oleh Dia Yang Berkuasa.. ingatlah, kita semua hamba Nya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.