Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Sekadar menulis perkembangan putraku Haikal.
Hari ini kau pulang dari sekolah seperti biasa dengan riang sambil memeluk dan mencium mama. Seperti hari-hari lalu, kau bagai burung murai bercerita tentang kesah kau di sekolah. mama hanya tersenyum sambil mengangguk tanda mama mendengar ceritamu. Di akhir ceritamu kau merengek dengan mengatakan hari ini cikgumu memberi banyak kerja rumah matematik. Katamu homework ni kerana kerja minggu lepas sewaktu kau cuti sakit. Alahai kesian anak mama. Tapi mama hanya tersenyum.
Selesai makan dan mandi, kau segera mengajak mama membuat homework. Terbit rasa kagum dihati mama bila melihat kau bersungguh-sungguh berusaha menyiapkan homework. mama tahu kau tak kan terhabis untuk siapkan dalam masa 1 jam. Matematik yang perlu kau siap sebanyak 50 soalan dan melibatkan angka yang agak besar bagi seorang anak seusiamu. Sepanjang kau membuat homework, selama itulah mama terpaksa duduk di sampingmu sambil menunjuk ajar apa yang kurang kau faham. Akhirnya kau terpaksa mengalah dengan panggilan matamu untuk tidur. Dalam mengantuk itu, kau gusar takut dimarahi cikgu kerana tidak dapat menyiapkan homework,. “tak apa kal, esok mama call cikgu yang Haikal telah berusha untuk menghabiskan homework, tapi tak kesampaian kerana mengantuk.” Kau sedikit gembira. Beberapa minit kemudian, kau terus masuk ke aalam mimpi.
Begitulah rutin harianmu, tepat jam 7.30 malam, kau pasti mula bersedia untuk kea alam fantasi. Mama tahu, kau terlalu letih kerana seharian di sekolah. Moga kau beroleh rehat yang cukup untuk hari esok sayang.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.