Assalamualaikum dan salam bahagia. Coretan ini khas buatmu cikgu Rosnah. Sebagai anak didik yang banyak terhutang budi, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgian kan menjadi milikmu tiap waktu. Inshaallah.
Dipetang yang mendamaikan, mindaku menerawang entah ke mana. Tiba-tiba mindaku terhenti pada satu nama yang amat ku kenali. Ya, cikgu Rosnah. Seorang guru yang penuh dengan jiwa keibuan. Lantaran mengimbau kenangan bersamamu cikgu, aku lantas tarikan jejariku di atas keyboard demi menzahirkan betapa mulia hatimu cikgu.
Kau kukenali sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namamu begitu terkenal dengan perwatakan yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Membuatkan semua murid sayang padamu. Kau pernah menjadi guru kelasku, ketika aku didarjah 5. setahun kemudian kau telah bertukar ke KL dan mengajar di Sekolah Menengah Khas, yang juga sebuah sekolah pendidikan Khas. Kau mengajar di sana sehinggalah keakhir perkhidmatanmu (pencen). Dan setelah pencen, setahuku, kau masih sudi meluangkan masamu untuk anak-anak kecil senasibku. Kau menjadi guru sukarela di MAB. Kau masih tidak jemu menabur bakti kepada kami cikgu. Begitulah murni dan mulianya hatimu cikgu. Ku kira kau terlalu perihatin dan menyayangi insan seperti kami cikgu.
Dizaman remajaku, aku sering diserang Gastrik. Di sinilah aku amat tersentuh dengan sifat keibuanmu cikgu. Pernah satu waktu, aku diserang gastric yang serius diwaktu malam. Tanpa membuang masa, kau segera membawaku ke hospital. Di hospital sementara menunggu doctor, kau memangku tubuhku dan memujuk agar aku berhenti menangis. Jiwaku amat tersentuh waktu itu. rinduku kepada ibu ayah di kampung menyelubung perasaanku, membuatkan tangisanku semakin menjadi. Pun begitu kau terus sabar memujuk. Begitulah sikapmu setiap kali aku diserang gastric. Dengan sifat keibuanmu yang mendalam, kau terlalu mengambil berat akan peraturan makan minumku agar penyakit gastric ku dapat dikurangkan.
Cikgu, rasanya tak terbalas budi dan kasih sayang yang kau curahkan kepadaku. Terasa malu dalam diriku, kerana tidak pernah aku menghubungimu untuk bertanya khabar. Pernah sekali dua terserempak dengan dirimu, tapi tak berkesempatan untuk mengambil nombor telefonmu. Maafkan aku cikgu. Dan terima kasih yang tak terhingga atas setiap ilmu dan tunjuk ajar serta kasih sayang yang tak ternilai telah kau berikan pada kami, terutama diriku sendiri. Tidak ramai insan sepertimu cikgu. Yang punya Keihlasan hati dan ketulusan budi.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.