assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Saturday, May 22, 2010

TANAM POKOK

Sabtu 22 Mei

Semalam kau pulang dari sekolah dengan penuh kegembiraan. Seperti biasa kau akan memeluk dan mencium pipi mama sambil meluahkan rasa rindumu. “mama, ni Haikal ada bawa pokok. Tadi kat sekolah cikgu ajar tanam pokok dalam cawan.” Katamu sambil cawan kertas diletakkan ditangan mama. Kau baegitu teruja dan tak habis-habis bercerita tentang aktiviti di sekolahmu. Seperti selalu, mama akan senyum sambil mengangguk tanda mama mendengar ceritamu. “mama, cikgu cakap, pokok ni akan tumbuh dalam 4 hari. Ni dah berapa hari?” “haikal kan baru tanam tadi. Jadi, tinggal berapa hari lagi?” mama kembali menyoal haikal. “hari ni 1, jadi 3 hari lagi.” Katamu dengan lancer. “pandai pun anak mama.” “mama, ni pokok apa?” “mana mama tahu kan Haikal yang tanam.” “cuba mama sentuh, Haikal rasa mama mesti tahu pokok ni.” Sambil tangan mama kau letakkan dalam cawan kertas. Mama senyum “ini tauge la kal.” “ooo, nanti bolehlah mama masak tauge Haikal kan?” mama terus senyum dengan telatahmu.

Hari ini pagi-pagi lagi kau sudah melihat pokokmu. Jam baru menunjukkan 6.00 pagi. “mama, hari ni dah berapa hari Haikal tanam pokok ni?” “semalam 1 hari ni berapa?” “hari ni 2. esok mungkin tumbuhlah kan ma?” “inshaallah.” Pendek saja mama menjawab. Begitulah telatahmu seharian. Timbul rasa bangga dihati mama, kerana kau punya rasa tanggungjawab terhadap pokokmu. Kau sentiasa memberi perhatian dalam memastikan apa yang dipertanggungjawabkan kepadamu berada dalam keadaan baik. Mudah-mudahan sikap begini akan kekal dalam dirimu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.