assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, October 12, 2011

TERKEDU AKU DENGAN TELATAHNYA

“ma, siapa yang boleh Korban?”
Tanya Si Kecel.

“orang islam yang berkemampuan.” Jawabku.

“berkemampuan tu apa?” tanya Si Kecil.

“orang yang ada duit lebih.” Jawabku lagi.

“macam kita?” tanya Si Kecil.

“Inshaallah adalah sikit.” Jawabku.

“ma, saya rasa, saya nak Korbanlah.” Sambung Si Kecil.

“kamu tahu tak Korban tu apa?” aku cuba memancing.

“potong kambing atau lembu pada hari Aidil Adha.” Jawab Si Kecilselamba.

“mana kamu tahu? Sengaja aku betanya.

“kan saya baca buku Sirah nabi.” Jawab Si Kecil.

Ah, terkena mukaku sendiri. Kenapalah aku boleh terlupa yang buku tu aku dan dia beli kat Pesta Buku lalu.

“kamu tak layak lagi. Kerana Korban disunatkan ke atas orang islam yang sudah ada mata pencarian sendiri.” Jelasku panjang lebar.

“tapi, kan saya ada duit simpanan sendiri. Jadi, bolehlah saya keluarkan untuk Korban. Hanya rm 230.” Si Kecil terus mempertahankan kehendaknya.

Aku terkedu seketika.

“tak apalah, nanti kita tanya papa.” Usulku.

“tak apa. Kan duit raya saya tu belum masuk bank lagi. Bolehlah kita gunakan duit tu. Saya nak letakkan nama saya sendiri kat borang ni. Sebab tulah saya nak keluarkan duit raya saya. Kan Korban,elok guna duit yang kita sayang. Betul tak ma?”

Mahu takmahu, aku akur dengan kehendaknya. Itulah kelebihan anak-anak yang suka membaca. terkadang sesuatu diluar jangkaan bertahta dibenaknya.

Maka, sebagai orang dewasa terhampir, hendaklah sentiasa memantau akan buku pilihan anak-anak agar apa yang bakal di aplikasi ke dalam kehidupan seharian tidak mendatangkan kemudaratan bagi dirinya, maupun orang sekeliling.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.