Seperti biasa, setiap Khamis, rancangan MHI, tv3 akan mengutarakan slot Doktor. Boleh dikatakan, slot ini, setiap minggu dalam pemerhatian saya..
Hari ini, ia membincangkan perihal canser di kalangan kaum adam yang jumlahnya semakin tahun menampakkan pertambahan.
Canser yang sering dikaitkan dengan kaum adam ialah:
Paru-paru tertinggi
Usus semakin meningkat pengidapnya
Prostat juga meningkat
Dan akhir sekali
Payu Dara yang setakat ini baru 24 orang tetapi mempunyai peluang untuk terus meningkat.
Ha, bab istilah payu dara di kalangan kaum adam ni, agak tak sesuai saya rasakan. Apa kata, kalau pihak pakar perubatan menukarkan kepada buah dada. Kan itu lebih molek bunyinya. Apa-apa pun, itu sekadar pandangan dari minda Seorang Aku.
Menurut doktor itu lagi, setakat ini, canser-canser yang dihidapi lelaki kesemuanya berpunca dari cara hidup yang tidak sihat atau genatik.
Tidak seperti wanita, canser rahim dan serviks adalah berpunca dari virus.
Diakhir kalam doktor itu, dia menyeru kepada kaum lelaki agar lebih terbuka untuk membuat saringan canser.
Disepanjang perbualan doktor itu ada satu kata-katanya yang menarik perhatian saya.
“sebelum mengambil apa-apa supplimen, mintalah nasihat doktor terlebih dahulu. Kerana vitamin atau mineral yang berlebihan di dalam badan juga boleh mengundang penyakit.”
Oh ya, doktor hari ini ialah:
Dr. Abdur Rahman Mohd Ali.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.