assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 4, 2011

CELOTEH PAGI

Ha, di sana sini, orang sibuk dengan harapan. Yalah, masing-masing mengharapkan sesuatu yang lebih baik dalam budget Jumaat ni..

Aku? Tentulah punya keinginan yang sama dengan mereka. Mereka? Ya mereka, mereka yang punya kepentingan, yang siang malam memikirkan keperluan mengisi perut sendiri. Setelah terisi agak boncit, barulah mulut-mulut lain dipedulikan.

Sebagai insan yang hidup bersumberkan hasil business, pastilah mengharapkan semua warga swasta dan awammemperolehi pendapatan lebih dari kos sara hidup.

Kenapa? Mana tidaknya, bila semua orang mempunyai lebihan dari kos sara hidup, pasti yang lebih itu dapat disalurkan ke arah kehendak. Dan kehendak orang ramai pastilah menambah baikkan kesihatan. Maka, Pusat Reflexology Ideal adalah salah satu destinasi orang awam.

Ha,biarlah tak ada wartawan nak tanya pendapat aku, tapi aku nak cerita sikit.

apa yang sedang dialami masa kini, kos sara hidup melebihi pendapatan. so, orang ramai terpaksa mendahuluikan keperluan dari memikirkan kehendak.

jadi secara tak langsung, business aku terkesan akan situasi semasa. kerana business aku tergulung dalam katagori kehendak.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.