assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, October 20, 2011

BUAL PAGI

Dalam 2 3 hari ni, Ideal Reflexology ada menerima beberapa commend dari beberapa customer, terutama mereka yang mengidap diabetis, meluhkan rasa kekeliruan kerana ada di antara General doctor tidak menggalakkan gulungan ini (pengidap diabetis) melakukan reflexology, atas alasan dibimbangi akan merosakkan saraf di tapak kaki.

Maka atas dasar rasa tanggungjawab, kami telah mendapatkan nasihat dari beberapa pakar, terhadap keluhan pengidap diabetis yang diluahkan kepada kami sejak kebelakangan ini.

Menurut pakar-pakar tersebut, kebimbangan rosaknya saraf, boleh berlaku jika pengidap diabetis tadi melakukan reflexy dengan pengamal reflexology yang menggunakan kayu sebagai kaedah mengurut.

Bila seseorang pengamal reflexology menggunakan kayu sebagai alat mengurut, maka, reflexologist tersebut tidak dapat mengimbangi tahap tekanan ke atas tapak kaki seseorang customer. Dan jika tekanan terlalu kuat sehingga terdapat kesan merah/lebam pada tempat urutan, ianya boleh menyebabkan kecederaan pada saraf.

Untuk pengetahuan kita, ada dua kaedah reflexology:

*menggunakan kayu
Cara ini kebanyakan di kalangan pengamal reflexology normal

**menggunakan tangan
Cara ini di amalkan oleh keseluruhan pengamal reflexology OKU pengelihatan.

Menurut pakar itu lagi, jika kaedah tangan digunakan, pengamal rflexology mudah mengimbangi tahap tekanan yang diperlukan oleh seseorang pesakit.

So, jika anda juga pernah dinasihatkan agar tidak melakukan reflexology atas sebab yang sama di atas, kini usah merasa ragu lagi.

Mudah-mudahan, dengan melakukan reflexology dari pengamal reflexologist yang terlatih, pegidap diabetis sekurang-kurangnya dapat menstabilkan tahap diabetis mereka.

Apa-apa pun, kebanyakan penyakit berpunca dari cara pemakanan kita. So, ambillah diet yang seimbang dan sihat demi kesihatan yang sejahtera,Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.