Hari ini, Haikal pertama kali mengenakan cermin mata diwajahnya. Dan hari ini juga dia bakal menjadi pengguna cermin mata tegar. Mengertikah dia? Entahlah! Aku sendiri tak pasti. Yang pasti, dia, ku lihat begitu teruja dengan penampilan barunya.
Seminggu yang lalu, tika aku dan semua ibu-bapa pelajar baru sekolah Haikal menghadiri kursus “Kesinambungan Pembelajaran Sekolah Di Rumah”, sewaktu makan tengahhari, aku didatangi guru kelas Haikal.
Menurut guru itu, Haikal menghadapi sedikit permasalahan pengelihatan di dalam kelas. Dia sering tidak dapat membaca dengan tepat tulisan di (white board), tambahnya lagi.
Aku terima dengan hati terbuka akan perkhabaran itu. Yalah, kerana menyedari akan kekurangan yang ada pada diriku dan suami, sudah tentu kami tidak dapat mengesan ketidak stabilan pengelihatan Haikal.
Dua hari kemudian, aku dan suami membawa Haikal ke pakar mata untuk mendapat pemereksaan terperinci.
Setelah Haikal menjalani beberapa peringkat ujian pengelihatan, doctor telah mengesahkan yang Haikal mengalami “Rabun Silau” (astig-matism) pada mata kanannya.
Namun aku bersyukur kerana mata kirinya masih dalam keadaan normal. Demi untuk mengelakkan mata kananya menjadi “lazy eye”, maka, doctor menyarankan Haikal menggunakan cermin mata yang ber-power untuk mata kanannya. Menurut pakar itu lagi, dengan menggunakan cermin mata yang berterusan,mata kanannya Inshaallah akan beransur pulih menjelang usianya 12 tahun.
Aku bersyukur dan benar-benar berterima kasih kepada guru kelas Haikal kerana dapat mengesan ketidak stabilan pengelihatan anakku pada kadar segera miski baru sebulan setengah dia bersama anakku. Itu bermakna, guru kelasnya benar-benar perihatin dan beri perhatian penuh terhadap setiap anak didiknya. “terima kasih cikgu.”
Dalam pertemuan aku dan pakar mata tempoh hari, aku bertanyakan, kenapa selama ini Haikal tak pernah complain sakit kepala atau matanya cepat letih walau pun dia banyak membaca.
Pakar itu menjelaskan, kerana mata kiri Haikal masih normal, jadi, Haikal memusatkan pengelihatannya kepada mata kiri, tanpa menggunakan mata kanannya yang kurang jelas. Dan jika dibiarkan keadaan itu berlanjutan, ia akan menyebabkan terjadi “lazy eye”, dan lama kelamaan, boleh merosakkan mata kanan sepenuhnya.
“Ya Allah, aku bersyukur kepadamu, kerana menyedari akan ketidak stabilan pengelihatannya diperingkat awal. Sesungguhnya, aku seboleh-bolehnya, tidak mahu anakku memasuki alamku. Alam yang meletakkan orang-orang sepertiku ke klas kedua dimata manusia. Bukan menyesali, tapi, itulah hakikat kehidupan.”
Sebagai ibu, aku akan istiqamah berdoa kepada Allah Azawajjalla, agar Haikal terus dilindungi dari segala mara bahaya. Dan Inshaallah, dengan kudrat yang ada, jua dengan keizinan Allah, aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik, demi meletakkan dia dalam sebuah kehidupan normal, Inshaallah, “AMIN.”
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.