assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, February 9, 2011

HARTA PUSAKA

Pagi semalam, saya berkesempatan mendengar rancangan “Tanyalah Ustaz” yang disiarkan tv9. perbincangan kali ini mengenai pembahagian harta pusaka. Setiap kali mendengar majlis-majlis ilmu, terasa terlalu daif dan kerdilnya diri ini kerana terlalu banyak lagi pengetahuan yang wajib di install ke dalam minda.

Kalau nak diperturunkan dengan tulisan apa yang saya dengar semalam, memang tak mampu saya lakukan atas factor keterbatasan ingatan saya terhadap butiran tutur kata tuan penceramah yang lengkap bersandarkan alqur’an dan hadith.

Namun di sini saya masih mampu berkongsi sedikit ilmu yang masih terpahat di minda sempit ini. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, dapat juga menambah koleksi ilmu lantas dijadikan pedoman hidup.

Menurut tuan penceramah, asas ilmu Far’aid wajib dituntut oleh semua umat islam. Namun sering dianggap mudah oleh kebanyakkan orang.

Jika berlaku kematian kepada dua pewaris harta yang sah pada satu masa, wajib ditentukan ‘siapakah yang dahulu habis nafasnya’
Kerana ia mempengaruhi pembahagian harta secara Far’aid.

Contoh permasalah di atas ialah:
Sepasang suami isteri terlibat dalam satu kemalangan, lalu kedua-duanya meninggal. Maka di sini, pewaris wajib mendapat pengesahan pihak doctor atau pihak-pihak berwajib untuk menentukan siapakah yang terlebih dahulu meninggal.

Kerana dalam hukum Far’aid seseorang pewaris sah, berhak ke atas harta pusaka miski pun meninggal lewat beberapa minit, hatta saat sekali pun.

**pembahagian harta pusaka terbahagi kepada 3 cara:
*Far’aid
*Wasiat
*He’bah

*secara far’aid
Far’aid termaktub dalam hukum Syar’ak yang wajib dipatuhi oleh semua umat islam setelah berlaku kematian.

*secara wasiat
Wasiat boleh diguna pakai jika menepati syarat:
Menepati perkiraan faraid dan
Dipersetujui semua pewaris.

*secara he’bah
He’bah boleh dilakukan semasa empunya harta masih hidup.
Ia disunatkan menghe’bahkan harta sama rata kepada setiap pewaris.

Harta pusaka yang diwarisi oleh seseorang isteri daripada keluarganya haram bagi suami menuntut sebagai harta sepencarian.

Penama EPF hanyalah pemegang amanah dan bukan hak mutlak untuk dia mendapat kesemua wang tersebut.

Wang EPF juga tertakluk kepada hukum Far’aid.

Sumber: rancangan "Tanyalah Ustaz" keluaran tv9, siaran 7 - 8 Feb. 2011

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.