1st Feb. Selasa:
Pagi ini seperti yang dirancangkan, setelah menghantar anak ke sekolah, aku dan suami terus ke Legen hotel di mana lokasi demo Alqur’an Ebraille akan dijalankan. Oleh kerana kedudukan Legen hotel hanya bersebelahan stesen LRT PWTC, maka, kami ke sana juga menggunakan perkhidmatan LRT.
Aku dan suami tiba di Legen hotel lebih kurang jam 8.15. setelah tiba ke distinasi, aku dan suami begitu mudah mendapat pertolongan dari pekerja hotel tersebut untuk membawa kami ke tingkat dan dewan di mana acara demo Alqur’an Ebraille diadakan.
Demo Alqur’an Ebraille ini adalah anjuran UTM Skudai dengan kerjasama PERTIS. PERTIS adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh orang-orang OKU pengelihatan sendiri untuk kepentingan OKU pengelihatan sebagai ahli. Persatuan ini diwujudkan khas buat OKU pengelihatan yang beragama Islam.
Alqur’an Ebraille adalah sesuatu yang baru bagiku. Maka, aku amat teruja untuk mendemostrasikannya sendiri, atau paling tidak, dapat menyentuh dengan jejariku secara life. Almaklumlah, selama ini, kami (oku pengelihatan) hanya membaca alqur’an Braille yang dicetak di atas kertas dan dijilidkan sebanyak 6 jilid kesemuanya. Itu pun kalau dicetak menggunakan “double sided paper”. So, ianya begitu membebankqan terutama kepada para pelajar dan sama sekali tidak praktikal untuk dibawa ke masjid.
Bila saja aku dan suami tiba di tempat demo Ebraille diadakan, aku merasakan rezekiku berganda-ganda. Mana tidaknya, di situ aku disambut mesra oleh teman rapat sewaktu kecil dahulu. Miski beliau kini sebagai Yang Dipertua PERTIS dan telah berpuluh tahun tidak ku temui, namun kemesraan beliau masih tidak berubah. “terima kasih temanku”.
Kedua, di situ juga aku pertama kali bertemu dengan seorang insan yang selama ini banyak menyumbang tutorial dan menjawab banyak permasalahan IT di kalangan OKU pengelihatan di dalam beberapa buah mailing list tempatan. Sungguh aku gembira dapat mengenalinya. Yalah, kalau selama ini, hanya namanya sering ku baca dilayar screen, tapi hari ini, aku berpeluang bertegur sapa secara nyata. “selamat berkenalan saudaraku.”
Ketiga, dapat menyentuh dan berkenal mesra dengan sesuatu yang baru bagiku. Dan itulah kemuncak tujuan hadirku di Legen hotel. Terasa seribu rahmat dan sungguh, Allah itu Maha Besar, kerana menggerak hati kecil ini untuk turut sama menghadiri demo Ebraille alqur’an.
Projek Ebraille alqur’an ini dijalankan atas kesedaran sekumpulan pelajar UTM terhadap betapa OKU pengelihatan memerlukan kaedah mempelajari dan membaca Alqur’an dengan lebih mudah dan moden selari dengan kemajuan IT dunia hari ini. “terima kasih atas kesedaran kalian.”
Ebraille alqur’an adalah sebuah panel yang dilengkapi dengan struktur key sepertimana yang terdapat di Perkins brailler. Perkins brailler adalah sebeuah mesin alat tulis manual yang digunakan oleh OKU pengelihatan sejak dahulu sehingga kini dan mungkin selamanya.
Panel Ebraille ini telah dimasukkan data alqur’an dan tulisan jawi serta disediakan software untuk membolehkan panel ini disambung kepada computer biasa. Tapi aku terlupa bertanya kepada kumpulan penyelidik tersebut, samada software itu bersesuaian atau tidak dengan screen reader yang wajikb digunakan oleh OKU pengelihatan untuk mengendalikan PC.
Yang menariknya pada Ebraille ini, sambil kita mendengar bacaan alqur’an, selari itu juga, titik huruf Braille akan timbul di atas screen panel tersebut. Maka, dengan ini, akan memudahkan proses melancarkan penguasaan tajwid.
Ebraille Alqur’an bagi pendapatku secara peribadi, amat memunafaatkan kami (OKU pengelihatan) kerana:
**ia amat mudah bagi sesi pembelajaran. Contohnya:
*kalau secara manual, guru terpaksa pergi dari satu meja ke satu meja untuk memastikan anak didik menyentuh pada huruf yang betul seperti mana diminta oleh guru.
*Tapi, dengan adanya Ebraille alqur’an, guru hanya perlu control pada main computer. Bila ditekan pada keyboard huruf alif, maka, kelaurlah alif pada setiap panel yang terdapat pada setiap pelajar.
*ini menjimatkan banyak masa guru dan
*secara tak langsung lebih banyak pembelajaran dapat dilakukan dalam satu-satu masa.
*mengelakkan berlakunya tersalah bawa jilid yang diperlukan
**mudah dibawa ke mana-mana kerana 30 juzuk alqur’an terdapat di dalamnya
**memudahkan lagi untuk menguasai tajwid
**dengan pelbagai fungsi key yang disediakan, lebih mudah, cepat untuk mencari surah/ayat
Aku amat berpuashati dengan layanan yang diberi oleh adik-adik pelajar dan prof-prof dari UTM yang secara langsung terlibat dengan penyeilidikkan projek Alqur’an Ebraille. Setiap pertanyaan kami (pengunjung demo) yang semestinya terdiri dari OKU pengelihatan dijawab dengan sabar oleh mereka. Begitu juga setiap cadangan/komen penambahbaikan yang dilontarkan oleh kami, diterima dengan terbuka.
Terima kasih dari sudut hatiku yang paling dalam, ku ucapkan buat kumpulan penyelidikan projek Ebraille alqur’an dari UTM. Mudah-mudahan setiap tenaga dan ilmu yang kalian pertarohkan keatas projek ini akan membuahkan hasil cemerlang, lantas mmemberi munafaat kepada kami (OKU pengelihatan) gulungan sasar kalian.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.