assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, February 7, 2011

BEBERAPA TIP BAGI MENYEMAI MINAT MEMBACA DALAM DIRI SI KECIL

Memang bukan mudah untuk menanam sikap gemar membaca di kalangan anak kecil. Tapi segalanya akan menjadi mudah, jika kita menyemainya sejak anak itu bayi lagi.

Saya hanya mampu menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Pengalaman dari sudut seorang ibu OKU pengelihatan.

Saya mula membentuk minat itu, ketika anak saya berusia 4 bulan, di mana waktu itu dia sudah mula pandai memberi sedikit konsentrasi dan respon terhadap apa yang dilihat.

Pasti pertanyaan bersarang dihati, bagaimana saya yang OKU pengelihatan dapat mengetahui akan perkara di atas. Ianya tidak langsung sulit, jika kita sering bermain dengan anak.

Sewaktu saya mengagah-agahnya, tiba-tiba tiada respon darinya. Lantas, saya memegang badannya, dan saya dapati kepalanya diangkat tegak menghadap tv yang ketika itu sedang menyiarkan iklan.

Dari situasi tersebut, maka, tahulah saya, bahawa anak saya sudah boleh memahami apa yang berlaku di sekelilingnya.

Maka langkah yang pertama saya ambil:

**saya tampalkan a b c yang beranika warna disekitar ruang tempat saya letakkan dia diwaktu siang.

**setiap hari, saya akan menyanyikan lagu a b c sambil menyentuhkan jejarinya ke atas setiap huruf.

Bila saya lihat dia sendiri menyentuh sambil mulutnya berbunyi-bunyi, saya yakin anak saya benar-benar berminat dengan a b c. maka langkah seterusnya:

**saya tampalkan alif, ba, ta, pula.

**juga perkara yang sama saya lakukan. Saya akan lagukan huruf alif, ba, ta, sambil menyentuhkan jejarinya ke atas huruf-huruf tersebut.

Biar pun dia belum tahu menyebutnya, apa lagi hendak membezakannya,tapi saya mahu dia biasa melihat kedua-dua jenis huruf.

**sebulan kemudian, saya mula membeli buku-buku beranika gambar yang kertasnya khas untuk dipegang oleh bayi.

**ketika usia setahun, saya mula tampalkan a b c dan alif,ba,ta, yang terdapat gambar beserta perkataannya sekali.

**dalam usianya 3 tahun, saya mula membeli buku-buku cerita pendek, yang pada setiap helaian, hanya mengandungi dua tiga patah perkataan sahaja.

Dan hasilnya, Alhamdulillah, pada usianya 5 tahun, dia sudah boleh membaca dengan lancer serta suka pada buku.

Dek kerana minatnya pada buku, dapat juga saya tempiasnya. Sekurang-kurangnya, dengan mata yang ada padanya, tahulah saya serba sedikit akan perkembangan buku dan majalah kanak-kanak yang ada di pasaran.

Sehingga kini, dia, saya lihat sudah pandai buat koleksi buku dan majalah. Antaranya:

**“ANA MUSLIM”
**”IKHTIAR HIDUP”
**”THOMAS AND FRIENDS”
**”CARL”

**di samping kita menyemai minat membaca pada anak, diri kita sendiri juga hendaklah terlebih dahulu mempunyai kecenderungan terhadap membaca. Kerana proses pendidikan lebih berkesan dengan mengikut apa yang dilakukan orang sekeliling, dari menerima arahan semata-mata.

Jadi, bagi saya, sesuatu itu tidak akan datang sendiri, sehinggalah kita wajib berusaha dan bersungguh untuk mencapainya. Bilamana usaha telah kita lakukan yang terbaik, maka, hendaklah kita memohon kepada DIA YANG SATU, agar dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.