assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, December 20, 2009

coretan buat ibu

Assalamualaikum dan salam saying buatmu ibu. Dengan rasa penuh kasih-sayang, ku hulurkan ribuan kalungan doa buatmu ibu. Moga kau dalam lindungan allah tiap masa dan ketika ibu.

Tika ku tarikan jejariku di atas keyboard, hati dan perasaanku tertumpu hanya padamu ibu. Masih segar dalam ingatanku, bagaimana aku meronta dan menangis agar aku tidak dilepaskan kepada insan-insan yang tidak ku kenali. Aku lihat airmatamu bercucuran ibu. Katamu “mek harus ke sekolah, mesti jadi orang pandai, dan bila besar nanti boleh hidup senang.” Sambil memeluk dan mencium diriku. Begitulah pujukanmu setiap kali kita harus berpisah setelah tamat cuti sekolah.

Bila menjangkau remaja, lain pula kerenahku ibu. Tak mungkin ku lupakan betapa hancurnya hatimu ibu bila mana aku sering merajuk andai permintaanku tidak ditunaikan. Sekali lagi ku lihat airmatamu tumpah tika ku ugut tak mahu balik lagi hanya kerana kau terlupa belikan beg sekolah idamanku. Maafkan aku ibu atas segala sikapku yang menyakitkan hatimu ibu. Ku tahu bu, betapa kau menyayangiku dan memberi perhatian yang lebih pada diriku. Aku benar-benar insaf kini dan aku berjanji pada diriku, akan ku jaga hatimu seperti mana kau menjaga hati dan perasaanku ibu.

Kini bila ku dewasa, ku mengerti erti kepayahanmu ibu, erti tangisanmu ibu, erti kemarahanmu ibu jua erti titisan peluh yang mengalir dari tubuh mu ibu. Apa yang kau lakukan demi kasihsayangmu untuk seorang insan yang bergelar anak. Miski pun anakmu ini tidak sesempurna anak-anak yang lain, namun kau tak pernah membezakan antara diriku dan mereka. Kini ku tahu bu, bukan senang menjadi seorang isteri dan ibu.

Alhamdulillah bu, doamu dimakbulkan allah, anakmu kini hidup penuh kebahgian dan dilimpahi rezeki yang tak terhingga kenikmatannya. Inshaallah bu akan ku jaga dan ku amalkan setiap amanat yang kau berikan untukku bu. Akan ku pelihara hubunganku dengan dia yang maha esa bu.

Terima kasih ibu untuk ke sekian kalinya. Jasa dan pengorbananmu terlalu besar buat diriku bu. Tak mungkin terbalas oleh anakmu ini. Aku hanya mampu berdoa kepada yang esa agar ibu tetap dalam peliharaannya dan akan ku cuba lakukan yang terbaik untukmu dalam meniti usia tuamu bu.

Saturday, October 24, 2009

bukan permata asli

Miski kau bukan permata asli
Kau tetap bertakhta dihati
Siang malam mu ku jaga teliti
Sedetik tangismu pasti ku halusi

Miski kau bukan permata asli
Kau tetap anugerah dari ilahi
Hadirmu disisi menjadi penyeri
Mengisi ruang dulu nan sepi

Ku tatang dikau malam dan siang
Telapak kecilmu berlari riang
Ke sana ke sini memenuhi ruang
Berbukit kasih mengunung saying

Biar kau bukan permata dariku
Akan ku asuh jadi bermutu
Lalu ku teliti perilakumu
Demi memuliakan peribadimu

Terkadang ku marah terkadang ku saying
Janganlah dikau berhati walang
Ku lakukan dengan penuh kasih-sayang
Demi hari mukamu yang cemerlang

Tuesday, September 1, 2009

merdeka, merdeka, merdeka.

Miski hidup dalam sejahtera
Sejarah lama jangan dilupai
Bukan senang merdekakan Negara
Dengan cara penuh berdiplomasi.

Di negeri 9 dodol dipanggil penganan
Kuih tradisi musim perayaan
Bersama kita menjaga keamanan
Disamping mengelakan berlaku perpecahan.

Rakyat disaran mengeratkan perpaduan
Disamping meningkatkan taraf ekonomi
Kenapa ahli politik sering bercakaran
Menimbulkan rasa cuak di hati ini.

52 tahun Negara merdeka
Setiap tahun sambutan diadakan
Jangan sekadar dibibir merdeka
Bersamalah kita mengisi erti kemerdekaan.

Negarawan dulu tak keterlaluan berpolitik
Membangunkan Negara satu kewajiban
Wahai sekelain ahli politik
Kurangkan kepentingan utamakan kewajiban.

Monday, August 31, 2009

bingkisan buat ustaz

Assalamualaikum pembuka bicara. Terlebih dahulu biarku hadiahkan alfatihah buatmu cikgu. Inshaallah insan yang berhati mulia sepertimu akan aman dan tenteram di sana. Amin. Itulah doaku buatmu dan orang-orang yang telah berjasa kepada diriku. Mudah-mudahan doaku diterima oleh yang maha esa.

Cikgu, Mengalir airmataku bila membaca biodata dirimu yang ditulis oleh teman sepermainanku dulu. Terlalu besar pengorbananmu terhadap kami insan OKU pengelihatan. Betapa kau sanggup melepaskan kepentinganmu demi menyampaikan ilmu allah kepada insan seperti kami. Sehingga kini budimu tak terbalas dek kami cikgu. Tanpa dirimu tak mungkin aku dapat membaca tulisan jawi dan alquraan brail dengan baik. Miski aku dilahirkan dengan kekurangan pengelihatan, namun aku bearsyukur kerana telah diketemukan dengan seorang insan sepertimu cikgu.

Masih ku ingat lagi dizaman kanak-kanakku, bagaimana sabarnya kau menunjuk-ajar kami cara-cara yang betul mendirikan solat. Kau juga seorang yang pemurah cikgu. Boleh dikatakan kau sering mengeluarkan wang sakumu yntuk membelikan kami ice-cream atau roti bai bilamana kau melihat kami tak lagi berminat dengan pengajaranmu.

oh cikgu, seluruh hidupku aku terhutang budi denganmu. Kerana bacaan dan tulisan alquraan adalah kewajiban bagi setiap insan beragama islam mengetahuinya.

Akhirkata sekali lagi alfatihah ku hadiahkan buatmu dan inshaallah setiap kali selesai solatku kau tak mungkin kulupakan sehingga akhir hayatku. Berbahialah kau di sana cikgu.

Friday, August 28, 2009

bersunat

First june yang lalu haikal telah mencapai apa yang diidamkan selama ini. Boleh dikatakan setiap hari dia akan memohon agar dia disunatkan. Bila aku bertanyakan samaada dia tahu taka pa tu sunat, dengan selamba dia menjawab yang sunat tu potong birdnya. Dan setelah bersunat yang dia tahu, dia akan ke masjid dengan papanya. Aku rasa dia tak tahu bahawa bersunat itu akan menyakitkan. Kami juga tak pernah memberitahu haikal yang bersunat agak menyakitkan.

Tiba harinya first june isnin, kami telah membawa haikal ke hospital untuk disunatkan. Dalam perjalanan ke hospital, haikal tidak henti-henti memberitahu sesiapa saja yang ditemuinya yang dia akan bersunat. Dia terlalu gembira untuk bersunat dan seolah-olah tidak sabar lagi bertemu doctor.

Tepat jam 4 petang haikal dimasukan ke operation room. Hatiku tidak bimbang kerana aku tahu haikal akan ditidurkan semasa doctor melakukan proses bersunat. 1 hour kemudian haikal dihantar kembali ke wad. nampak sahaja aku dia mula menangis mengadu kesakkitan. Lantas aku memeluk dan memujuknya. Setelah diberi ubat penahan sakit, setengah jam kemudian, dia dah mula nak bercakap dan minum. Lebih kurang 2 hour kemudian, setelah haikal didapati boleh kencing tanpa berdarah kami pun dibeanarkan pulang.

Alhamdulillah di malamnya dan hari-hari berikutnya dia tak membuat ragam atau mengadu sakit. Dan birdnya juga sentiasa kering. 3 hari haikal dah mula pakai seluar yang lembut. Pada mulanya dia agak takut juga nak pakai seluar, tapi setelah dicuba-cuba dan terasa tak menyakitkan, dia terus memakainya.

amalan yang sihat

Mencuci rumah di hari ahad
Mengangkut air bertung-tung
Kalau badan tak cukup rehat
Kelak mudah diserang penyakit jantung.

Hai rakan-rakan sekomuniti
Vitamin C terkandung dalam bayam
Minum susu tepung dua kali sehari
Untuk mengekalkan badan berkalsium.

Anak kecil perlu banyak tidur
Dalam tidur berlaku proses tumbesaran
Nasi diambil 4 jam sebelum tidur
Untuk mengelakan peningkatan berat badan

Bulan ramadhan untuk sekelian hamba
Tingkatkan amalan dcarilah keredhaan
Banyakkan pengambilan makanan fiber
Untuk melancarkan proses pencernaan.

Saturday, August 22, 2009

warkah buat cikgu

Hello mr. c, biar berdekad telah berlalu namun aku masih merindui belay kasihmu. Masih ku ingat mula kita bertemu ketika aku di standard 3. dalam usia yang terlalu muda, aku dan kawan-kawan terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang. Maka dek kerana hauskan kasih-sayang orang tua, aku terlalu menyayangimu bila diri ini diberi perhatian yang lebih dari anak-anak lain.

Masih terbayang di kotak memoriku, Bagaimana kau memujuk manja bila diriku merajuk atau menangis kerana sakit. Bilamana aku nakal, kau akan memarahiku seperti anakmu. Begitu juga bila aku beroleh kejayaan kau akan memberi pujian yang berlebih-lebih. Sehingga terkadang rakan-rakan sekelasku cemburu.

Hatiku terlalu sayu untuk berpisah denganmu bilamana aku harus berhijrah ke kl untuk melangkah ke form1. aku menangis saat bersalaman denganmu. Lantas kau menasihati aku agar menjadi insan berguna, menjaga diri dan berbagai-bagai nasihat lagi yang sehingga kini masih tersemat dalam kotak ingatanku.

Miskia ia bertahun-tahun telah berlalu, namun jasa dan kasihsayangmu tetap tersimpul rapi dalam kotak memoriku. Andai masa boleh dikembalikan, ingin sekali aku berundur ke zaman kanak-kanakku. Biar kita berlainan agama, namun aku sentiasa mendoakan kebahgian dan kesejahteraanmu cikgu.

Di samping guru-guru lain, kaulah satu-satunya cikgu yang paling ku sayangi dank ku hormati serta orang yang aku kagumi sehingga kini.

Thursday, August 20, 2009

ragam anakku

Ahad 28 June yang lalu adalah birthday Azim. Azim ialah kawan tadika haikal. Seminggu sebelum itu parents azim telah mengedarkan invitation card untuk semua anak-anak di tadika itu,.

Setiap hari haikal akan mengingatkan kami untuk ke party rakannya itu. Dan setiap kali itu juga aku akan memberitahunya yang kita tidak dapat hadir ke party tersebut atas alasan tertentu. Maklumlah kami tak punya transport untuk ke sana. Memanglah boleh kami menaiki taxi untuk pergi, tapi bila nak pulang, akan menimbulkan masalah buat kami. Selalunya kalau di kawasan rumah orang-orang kaya, taxi agak susah. Lagi satu aku juga tak pernah menganali parents azim.

Di pagi ahad haikal mula menyebut yang hari itu adalah birthday kawannya. Pada mulanya dia sekadar mengingatkan aku saja, tapi lama-kelamaan dia mula merengek nak pergi. Dalam hatiku hanya allah yang tahu betapa sebak dan kasihan melihatkan kelakuan haikal yang tak putus-putus merengek untuk pergi ke party itu. Dengan spontan aku menadah tangan sambil berdoa agar haikal faham keadaan kami “ya allah kau hentikanlah haikal dari menangis dan fahamkalah dia akan keadaan mama dan papamya.” Tanpa diduga haikal seolah-olah mengerti permintaan aku. Dengan perlahan dia menghampiriku dan meminta maaf kerana teleh menyebabkan aku bersedih dan berjanji tidak lagi menulangi perlakuan seperti itu. Dengan titisan air mata aku memeluk dan memohon maaf darinya kerana tidak dapat menunaikan permintaannya kali ini.

Begitulah telatah haikal yang seolah-olah memahami akan mama dan papanya yang terkadang tidak mampu menunaikan permintaan attas kekurangan kami.

Tuesday, August 18, 2009

ingat-mengingat

Gadis kecil memakai cekak,
Cekak dibeli di kuala Lumpur,
Hai abang adik dan kakak,
Jum kita kurangkan menjual airliur

Ragam manusia berwarna-warni,
Tersiar dalam MHI tiap hari,
Sibuk nak tolong di sana-sini,
Jum kita tolong diri sendiri.

Asyik dengan menjana pendapatan,
Sehingga tidur berbantalkan lengan,
Bulan ramadhan penuh keberkatan,
Tingkatkan usha kurangkan berangan.

En. Azli berhati mulia
Dengan tenang memberi penerangan
Jangan ashik berangan nak kaya
Andai duduk berpangku tangan.

Ramadhan dan syawal saling berteman
Hati sepi pastikan teriris
Maafkan saya pembaca budiman
Kiranya ada hati yang terguris

Sunday, May 31, 2009

report card

Jumaat 29th of May adalah hari report card di sekolah Haikal.
seperti ibubapa anak-anak yang lain, mama papa juga ke sekolah Haikal untuk mengambil report card dan bertemu guru-guru.

Kami sungguh gembira kerana haikal telah menunjukkan kecemerlangan di sekolah. seperti mana haikal di rumah, begitulah telatahmu di sekolah. semua guru-guru memuji atas kelincahan dan kepintaranmu.

miski pun kau baru berusia 4 tahun, tetapi kau telah menunjukkan kebolehan dan minat yang mendalam terhadap sekolah. alhamdulillah, rasa kesyukuran mama panjatkan kepada ilahi kerana mengurniakan anak sepintar Haikal.

Tuesday, May 26, 2009

sikap

kita sering membicarakan tentan sikap ketidakcekapan dalam sektor awam. tetapi dalam kes saya, ianya berlaku dalam sektor swasta.

saya ada membeli sebuah rumah di taman seremban selatan dan telah pun membuat full-paymentkepada pihak bank pada tahun 2003.tetapi sehingga kini saya masih lagi belum mendapat title rumah tersebut. dalam tempoh 6 tahun, sudah 3 kali saya diminta menandatangani dokumen pertukaran hak-milik dari bank kepada saya. setiap kalisaya mengajukan persoalan ini kepada pihak bank atau lawyer mereka, masing-masing menuding jari antara satu sama lain.

so the moral of the story, sikap ketidakcekapan ini berlaku di mana-mana samada di sektor awam maupun swasta. sikap begini boleh dielakkan jika setiap pekerja mengutamakan tugas yang diamanahkan .

Tuesday, April 28, 2009

Rumah Oh Rumah

dalam tempoh seminggu ni, aku terasa begitu penat. badan terasa letih, mental juga terasa letih. macam-macam yang harus dibereskan dalam masa seminggu ni. nak beli rumah pun susah, nak jual rumah pun susah. aku ni dah oku pengelihatan, kesana-sini terpaksalah mengambil taxi. bila menaiki taxi, almaklumlah, macam airlah wang harus ku gunakan.

masalahku kini dengan pihak bank. setiap kali aku telephone, diriku dijadikan bola. aku bukannya apa, hanya nak menuntuk bayaran fire-assurance sahaja. masalah bermula bilamana pihak developer telah memotong uran mantainance dan diagihkan kepada fire-assurance tanpa memberitahuku. ini bermakna aku telah membayar double fire-assurance, kepada pihak bank dan developer. sudahlah aku terpaksa membayar tonggakkan mantainance yang jumlahnya ratusan ringgit, aku juga disuruh menyelesaikan sendiri tuntutanku dengan pihak bank. sedangkan punca segala-galanya dari mereka.

Saturday, April 25, 2009

ibu oh ibu

seperti hari-haribiasa, aku melakukan tugas harianku. selesai menyediakan sarapan untk anak dan suamiku, tiba-tiba hand-phoneku berlagu. aku tahu lagu itu menamdakan panggilan dari keluargaku di kampung. saat itu juga ingatanku terjurus kepada ibu. "hello" kataku, "assalamualaikum mek" perlahan kedengaran suara ayah. "waalaikummusalam ibu macam mana?"aku terus bertanyakan ibu. "ibu semakin lemah dan nak bangun pun tak larat." sayu suara ayah memberitahuku.

selesai bercakap dengan ayah, aku terus call along di perak. mendengar saja suaraku tersedu, along turut menangis. "mek, along nak balik pagi ni juga" kata along. tanpa bercakap panjang, aku memutuskan talian. suamiku menghampiri sambil menenangkan aku. sedang kami berbincang untuk pulang ke kampung dengan menaiki flight, hand-phoneku berlagu lagi. kali ini panggilan dari ina adik bungsuku. "hello mek, jum tumpang aku balik." kata ina. tanpa berfikir panjang aku bersetuju dengan pelawaan ina.

jam 10 pagi itu kami bertolak pulang ke terengganu. setelah 2 jam di dalam kereta, anakku mula membuat ragam. "mama haikal penat, haikal naknaik aerplane. kan kalau balik rumah wan terengganu kita naik aeroplane, ni kenapa kita naik kereta pak su pula." haikal mula mengeluarkan lagu yang tak enak didengar. rimas kami dibuatnya. puas suamiku cuba memujuknya. aku tak salahkan haikal berkelakuan begitu, kerana dia belum pernah berjalan jauh dengan menaiki kereta.

lebih kurang 4 setengah petang kami sampai di kampung. aku dan ina terus masuk mendapatkan ibu. aku menangis sambil mendakap ibu. setelah kami adik-beradik bertanya itu dan ini kepada ayah, tahulah aku kini ibu rupanya food-poisoning. lantas aku memanggil suami untuk membuat rawatan rfllexology kepada ibu. dalam masa reflexology dilakukan, ibu banyak mengeluarkan angin. setelah selesai, suara ibu kedengaran agak bermaya. menurut menurut along, ibu mula berpeluh-peluh. lantas ayah memberikan ibu bubur dan glukos. di malamnya, ibu dah boleh duduk dan mula nak bercerita. "ya allah aku bersyukur kepadamu". melihatkan ibu yang agak ceria, dan boleh makan bubur yang agak banyak, kami mula mengusik ayah dan ibu.

setelah 3 hari di kampung, ibu dah beransur pulih dan boleh berjalan. pada hari keempat, aku dan family pulang ke kuala lumpur dengan menaiki flight. sementara adikku ina dan familynya pulang ke kl keesokan harinya.

warkah buat haikal

assalamualaikum sayang, saat mama menulis coretan ini kau sedang lena diulit mimpi. kau sungguh istimewa buat mama dan papa. kau membuatka kami merasa kehidupan ini begitu bahagia sayang.

miski terkadang kerenahmu amat mencabar kesabaran mama, namun mama sedaya upaya membentuk peribadimu sebaik mungkin. mama dan papa akan tetap berusha memberikan yang terbaik buatmu sayang.

miski pun mama tidak seperti ibu-ibu yang lain, yang dapat melihat pergerakan anak-anak mereka, tapi mama bersyukur Allah memberi kekuatan untuk mama terus membesarkan kamu seperti anak-anak seusiamu. kau sudah mampu menulis, membaca dan menghafaz surah-surah. mama selalu mengucapkan alhamdulillah bila mendengar guru-gurumu memuji tentang kelincahan dan krpintaranmu di sekolah.

setiap kali selesai solat, mama sentiasa berdoa agar kau membesar dengan keperibadian yang baik dan kelak menjadi seorang dewasa yang sepurna di sisi allah dan masyarakat. inshaallah

Tuesday, April 21, 2009

PUSAT REFLEXOLOGY IDEAL

pusat ini telah dibuka tanggal 1 March 1998 atas usha saya, suami dan seorang rakan kongsi. ianya beroperasi di alamat 24A jalan besar ampang.

di pusat ini kami menyediakan perkhidmatan urut kaki "reflaxology" dan urut badan "body massage". pusat ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 10 am -10 pm. kecuali pada hari jumaat bermula jam 2 pm -10 pm.

di pusat ini kami mempunyai 6 orang petugas yang terlatih. ke semua mereka adalah rakan-rakan oku pengelihatan. pelanggan yang datang ke pusat ini dari pelbagai kaum. setakat ini alhamdulillah pusat ini menerima sambutan yang baik daripada orang awam.