Assalamualaikum pembuka bicara. Terlebih dahulu biarku hadiahkan alfatihah buatmu cikgu. Inshaallah insan yang berhati mulia sepertimu akan aman dan tenteram di sana. Amin. Itulah doaku buatmu dan orang-orang yang telah berjasa kepada diriku. Mudah-mudahan doaku diterima oleh yang maha esa.
Cikgu, Mengalir airmataku bila membaca biodata dirimu yang ditulis oleh teman sepermainanku dulu. Terlalu besar pengorbananmu terhadap kami insan OKU pengelihatan. Betapa kau sanggup melepaskan kepentinganmu demi menyampaikan ilmu allah kepada insan seperti kami. Sehingga kini budimu tak terbalas dek kami cikgu. Tanpa dirimu tak mungkin aku dapat membaca tulisan jawi dan alquraan brail dengan baik. Miski aku dilahirkan dengan kekurangan pengelihatan, namun aku bearsyukur kerana telah diketemukan dengan seorang insan sepertimu cikgu.
Masih ku ingat lagi dizaman kanak-kanakku, bagaimana sabarnya kau menunjuk-ajar kami cara-cara yang betul mendirikan solat. Kau juga seorang yang pemurah cikgu. Boleh dikatakan kau sering mengeluarkan wang sakumu yntuk membelikan kami ice-cream atau roti bai bilamana kau melihat kami tak lagi berminat dengan pengajaranmu.
oh cikgu, seluruh hidupku aku terhutang budi denganmu. Kerana bacaan dan tulisan alquraan adalah kewajiban bagi setiap insan beragama islam mengetahuinya.
Akhirkata sekali lagi alfatihah ku hadiahkan buatmu dan inshaallah setiap kali selesai solatku kau tak mungkin kulupakan sehingga akhir hayatku. Berbahialah kau di sana cikgu.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.