Hello mr. c, biar berdekad telah berlalu namun aku masih merindui belay kasihmu. Masih ku ingat mula kita bertemu ketika aku di standard 3. dalam usia yang terlalu muda, aku dan kawan-kawan terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang. Maka dek kerana hauskan kasih-sayang orang tua, aku terlalu menyayangimu bila diri ini diberi perhatian yang lebih dari anak-anak lain.
Masih terbayang di kotak memoriku, Bagaimana kau memujuk manja bila diriku merajuk atau menangis kerana sakit. Bilamana aku nakal, kau akan memarahiku seperti anakmu. Begitu juga bila aku beroleh kejayaan kau akan memberi pujian yang berlebih-lebih. Sehingga terkadang rakan-rakan sekelasku cemburu.
Hatiku terlalu sayu untuk berpisah denganmu bilamana aku harus berhijrah ke kl untuk melangkah ke form1. aku menangis saat bersalaman denganmu. Lantas kau menasihati aku agar menjadi insan berguna, menjaga diri dan berbagai-bagai nasihat lagi yang sehingga kini masih tersemat dalam kotak ingatanku.
Miskia ia bertahun-tahun telah berlalu, namun jasa dan kasihsayangmu tetap tersimpul rapi dalam kotak memoriku. Andai masa boleh dikembalikan, ingin sekali aku berundur ke zaman kanak-kanakku. Biar kita berlainan agama, namun aku sentiasa mendoakan kebahgian dan kesejahteraanmu cikgu.
Di samping guru-guru lain, kaulah satu-satunya cikgu yang paling ku sayangi dank ku hormati serta orang yang aku kagumi sehingga kini.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.