assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, April 1, 2010

ALAM BALZAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tips kehidupan alam barzah yang saya kutip dari Rancangan “tanyalah Ustaz”.

Pertama: Umat islam dilarang sama sekali mendirikan sebarang binaan di atas kubur. Cukup sekadar meletakkan sebuah batu nisan atau sedikit batu bata untuk mengelakkan tanah dari bergerak. Binaan akan menyebabkan ahli kubur lebih tersiksa.

Kedua: orang islam wajib berdoa supaya matinya kelak dalam keadaan dan suasana yang baik. Kerana kita akan dihidupkan kembali seperti mana keadaan kita mati. Contohnya: ditakdirkan kita mati sedang berada di kelab-kelab malam, maka kita akan dibangkitkan kelak seperti berzinah seumur hidup. Atau sekiranya kita mati sedang meminum arak walau pun sekali, maka kita akan dibangkitkan kelak seolah-olah kita minum arak seumur hidup. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua mati inshaallah dalam keadaan dan Suasana yang sebaik mungkin.

Sumber: rancangan “Tanyalah Ustaz” siaran 28 – 29 Mac. Terbitan tv9.

Mudah-mudahan kita bersama mendapat sedikit munafaat. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.