assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, April 4, 2010

BUNGA KENANGAN

Hari ini Jumaat 2nd april.

Lama rasanya aku tak menjenguk taman memoriku. Entah apakhabar agaknya bunga-bunga kenanganku. Lantas aku memejamkan mata. Perlahan aku membuka pintu taman memori. Harum semerbak tertusuk kedalam rongga hidung.

Kini aku berdiri dikelilingi bunga-bunga kenanganku. Aku memandang ke setiap penjuru. Kesemua bunga masih kelihatan mekar miski kedapatan warna yang agak pudar kerana sukar dirawat dek duri yang terlalu berbisa. Alangkah indah bunga kenangan yang ku gubah di zon kanak-kanak. Lalu aku mendekati penjuru yang menempatkan bunga-bunga kenangan zaman kanak-kanakku. Ku bilik satu persatu. Hati melonjak riang. Semuanya masih segar. Jelas terukir zaman kegemilanganku di alam sekolah rendah. Aku dipilih sebagai pelajar cemerlang (best girl) dua tahun berturut-turut. Semua mata kakitangan sekolah tertumpu kepadaku. Kalungan tahniah ku terima dari rakan taulan. Yang paling gembira saat itu, guru kesayanganku. Takrif cemerlang waktu itu merangkumi: pelajaran, sukan dan tingkah laku. Alangkah manis dan bahagianya detik itu.

Sejenak kemudian, aku berppaling ke penjuru di mana terletak gubahan bunga zaman remajaku. Aku masih boleh tersenyum puas. Miski zaman itu, aku tidak aktif bersosial. Namaku tak seharum anak remaja yang lain. Pun begitu, masih kedapatan kalungan bunga kejayaan zaman itu. Setiap kali menerima keputusan pepereksaan utama, namaku turut tercatat di atas. Entah di mana silapku, kakiku tak terlangkah ke menara gading. Aku tak langsung berminat untuk melangkah ke situ. Miski keputusan STPM mengizinkan untuk aku ke sana. Saat itu ayah ibuku, insan yang paling terkilan. Maffkan anakmu ayah ibu.

Senyumku mula terhakis bilamana mata terarah ke penjuru gubahan bunga alam dewasaku. Longlai kakiku melangkah menghampiri penjuru itu. Mataku mula berkaca tika tanganku mengangkat satu persatu gubahan tersebut. Zaman dewasa terlalu mencabar kewibawaan insan seperti aku. Di celah-celah gubahan bunga yang penuh berduri, teserlah sebuah gubahan yang sungguh indah. Yang sehingga kini masih ku nikmati. Miski bunga itu dihadiahkan oleh seorang insan yang kurang menyerlah. Namun pemberian itu sungguh berarti buat diriku. “ya Allah, sungguh besar kurniamu. Terima kasih ya Allah.” Satu kebahgian telah menghilangkan seribu kedukaan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.