Assalamualaikum sayang. Saat mama menulis ini, kau sedang berada di sekolah. Mudah mudahan kau tenang dan penuh bersemangat menimba ilmu dari guru gurumu.
Dalam seminggu ni, setiap kali pulang sekolah, kau akan memberitahu yang kau menangis di sekolah kerana rindukan mama. Tersentuh hati mama sayang, ketahuilah Kal, mama dan papa teramat menyayngi Haikal. Oleh kerana itu kami hantar Haikal ke sekolah diusia awal dan menempatkan Haikal di sekolah yang bermula awal pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Ini bukan bererti mama cuba mengelakkan tanggungjawab dari menjaga atau ingin mengurangkan masa untuk bersama Haikal. Sama sekali tidak sayang. Kami lakukan demi memberi yang terbaik buatmu. Di sekolah itu, kami dapati tersedia ilmu dunia dan akhirat. Kerana kedua-dua ilmu dunia dan akhirat amat penting buat kita sebagai hamba Allah.
Mama tahu mungkin kau merasakan terlalu lama berada di sekolah, membuatkan Haikal kurang senang. Tapi percayalah sayang, semakin usiamu meningkat, Haikal pasti memahami dan mengerti akan hakikat hidup ini.
Sebagai anak lelaki, Haikal harus kuat dan tidak boleh cepat menitiskan airmata. Kerana bila dewasa nanti, kau bakal menjadi ketua keluarga. Jadi, Haikal mesti menjadi seorang yang kuat semangat.
Mama tetap mendoakan moga Haikal terus mudah menimba ilmu dan disayangi oleh semua orang. Moga Haikal terus membesar dalam keimanan. Inshaallah.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.