assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, November 26, 2013

PLG Gthering



Atas inisiatif salah seorang bekas instructor PLG (Pusat Latihan Gurney), iaitu miss Lim 

dan beberapa orang bekas pelajarnya, maka Sabttu lalu terhasillah satu perjumpaan santai sekumpulan kecil bekas pelatih dan beberapa orang bekas instructor institusi terbabit.



Antara bekas tenaga pengajar yang hadir, Miss Lim, cik Raja Norsaadah, Mrs. Liao, Mrs. Yu, Miss Lata, kak Bayah, dan orang paling penting di dekad 80an-90an iaitu pengetua PLG, Mr. Chin.



Program tersebut miski santai dan sekitika Cuma, namun ianya sungguh bermakna bagi kebanyakkan mereka yang hadir.



Mana tidaknya, ada diantara pelatih yang tidak pernah bersua muka mahupun berselisih bahu dengan bekas instructor semenjak meninggalkan pusat latihan.  So pertemuan Sabtu lalu benar-benar memberi ruang untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus sekian lama.



Event Sabtu lalu tidaklah mempunyai aturacara sempurna, hanya sekadar menjamu selera  ringkas disamping mendengar kata alu-aluan dari penggerak event, iaitu Misll Lim dan ucapan ringkas dari Mr. Chin selaku orang terpenting suatu masa dahulu.  Di dalam ucapan ringkas Mr. Chin, beliau mencadangkan  agar dapat mengadakan  satu gathering yang lebih meluas penyertaan dan lebih teratur suatu masa kelak.  Lalu cadangan tersebut disambut baik oleh para tamu dan masing-masing bersepakat menetapkan program akan berlangsung dalam bulan April 2014.  Inshaallah.



Rasanya elok juga program reunion sebegini dijalankan setiap tahun.  Sekurang-kurangnya dapat menjalinkan uqwah di kalangan bekas-bekas pelajar dengan bekas-bekas tenaga pengajar yang pernah berjasa.

Monday, November 18, 2013

Renungan Pagi



Penarikan subsidi minyak kurang lebih sebulan setengah berlalu, sementara penarikan subsidi gula pula sudah hamper tiga minggu berkuatkuasa.  Maka nampaknya kini tibalah pula untuk masyarakat marhain sepertiku merasa bahang kehangatan kenaikan harga terutama makanan.  Kehangatan ini mungkin tidak dirasai oleh pak-pakmenteri, para timbalannya, YB-YB atau para Setiausaha politik sekalian.  Maklumlah, setiap perbelanjaan hatta perbelanjaan dapur sekali pun boleh membuat tuntutan balik.  (correct me from wrong).


Apa tidaknya, kalau sebelum ini, dengan 60 sen, kita masih dapat membeli sebiji bilis/kaya/ atau apa-apa bun keluaran Gardenia, tetapi kini untuk membeli sebiji bun yang sama, kita terpaksa menambah 30 sen lagi.  Boleh dikatakan semua product keluaran syarikat ini telah dinaikan harga makanannya sebanyak 30 ke 40 sen.  Dari tren kenaikan product syarikat ini, seolah-olah 1 kg gula untuk  sebiji bun/cake/roti.


Begitu juga dengan nasi lemak yang dijual di gerai-gerai mahu pun kedai-kedai mamak.  Kalau sebelum ini, sebungkus nasi lemak biasa berharga rm 1.50, tetapi kini rm 2.00.  nampaknya sekkali lagi,  masyarakat marhain sepertiku terpaksa menanggung kos keanikan gula dan minyak para peniaga nasi lemak pula.


Lalu bebanan masyarakat marhain sepertiku nak diletak ke bahu siapa pula?

Thursday, November 7, 2013

Renungan Pagi



terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PERTIS (Persatuan Islam Orang Buta Malaysia) atas kesungguhan menganjurkan program  carnival Nasyid dan Deklomasi Sajak Sabtu lalu.


Saya percaya tujuan utama pihak PERTIS melahirkan program di atas adalah untuk mendidik jiwa ahli-ahlinya agar lebih menghayati erti perhambaan kepada Allah melalui kaedah hiburan.  Namun apakah tujuan murni itu telah dapat diselami oleh rata-rata ahlinya yang hadir?


Entahlah.  Namun apa yang dapat tertangkap dek pendengaran saya, sebahagian besar ahlinya tidak langsung menghayati bait-bait sajak atau baris-baris nasyid yang disampaikan oleh para peserta.  Sedang bait-bait sajak dan senikata nasyid yang disampaikan jelas dan terang dapat mendekatkan diri kepada Allah serta menginsafkan para pendengar jika dihayati.


Telatah  sebahagian besar ahli-ahlinya yang hadir seolah-olah bukan berada di dalam wadah agama.  Nampaknya Juruacara majlis tidak berupaya membawa para hadirin untuk sama-sama menhayati bait-bait sajak dan senikata nasyid yang penuh berunsurkan ketuhanan.


Alangkah moleknya jika semua ahli yang hadir dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang cuba disampai oleh peserta melalui sajak dan nasyid.  Sekurang-kurangnya, miski berada di majlis santai, kita masih mendapat tiga perkara:
  • melepas ketegangan minda
  • merasa lebih perhambaan kepada Yang Maha Pencipta
  • mendapat pahala dari Allah Inshaallah.


Saya dengan rasa rendah diri, memohon kemaafan andai catatan ini mengguris hati mana-mana pihak.