assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 29, 2013

Bila EPC Berhenti, Ianya Sungguh...



Apa yang saya ingin perturunkan di sini hanyalah situasi di negeri Selangor, miski ianya melibatkan seluruh Negara.


EPc (Elaun Pekerja Cacat) diberikan kepada setiap pekerja cacat yang bergaji rm 1200 ke bawah sebulan.  Ianya pembiyaan kerajaan pusat dan diletakkan di bawah penyeliaan jabatan kebajikan negeri masing-masing.
Note:  elaun ini bukanlah pemberian secara automatic, tetapi perlu ada permohonan dari individu yang layak.


Apa yang berlaku sejak bulan Jun lalu, sungguh mengecewakan pemegang EPC tersebut.  Apa tidaknya, elaun mereka diberhentikan tanpa apa-apa surat notis.  Pemberhentian tersebut bukan secqara serentak, tetapi secara berperingkat-peringkat, membuatkan mereka bertanya sesama sendiri, apa sebenarnya yang sedang berlaku.


Apabila ditanya kepada pegawai kebajikan, jawaban yang diterima ialah:
“oh, awak kena membuat permohonan baru.  Pihak kementerian sedang membuat kaji semula.”


Sungguh mudah pegawai itu memberi jawaban tanpa memikirkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh pemegang elaun tersebut.  Yalah, dengan pemberhentian secara mengejut, ruang perbelanjaan mereka menjadi sesak (tidak mencukupi) luar kawalan.  Sesudah membuat permohonan semula, masa yang diambil oleh pihak kementerian untuk meluluskan permohonan agak lama, iaitu dua ke tiga bulan.  Ini bermakna, tiga ke empat bulan pemohon terpaksa mengecilkan kos perbelanjaan yang semamangnya cukup-cukup sahaja.


Kes en. Ali, bukan nama sebenar lebih menyakitkan.


Bulan July lalu dia telah ke jabatan kebajikan Kajang kerana menemani isteri membuat permohonan semula.  Terlanjur ke situ, dia telah meminta pegawai bertugas menyemak status EPcnya, samada dia perlu membuat permohonan semula atau tidak.  Jawaban yang diterima mengembirakan:
“erm, nampaknya  abang punya okay.  Tahun depanlah, abang buat permohonan semula.”


Maka setelah selesai urusan isterinya, kembalilah en. Ali dengan penuh rasa syukur.


Ah! Rupa-rupanya jawaban gembira yang diterimanya July lalu tidak terus menjadi miliknya.  Kenapa?


Awal bulan October lalu, en. Ali seperti biasa ke Agro bank untuk mengeluarkan EPC, namun setelah dibuat update ke atas accountnya,  ternyata elaunnya telah diberhentikan


Untuk memastikan keadaan, en. Ali telah menghubungi JKM Kajang.  Sungguh mengecewakan hatinya bila jawaban yang diterima:
“ya, encik kena buat permohonan semula.  Ini arahan dari AG, kami menurut aje.”

Ini bermakna en. Ali terpaksa pergi sekali dua lagi untuk menyelesaikan permohonannya pula.


Nampaknya dari situasi di atas, saya berpendapat, pihak JKM tidak boleh dipersalahkan, kerana mereka tidak mendapat arahan bertulis.  Mereka juga samar-samar dari mana arahan mutlak itu datang, samada dari AG aatau dari KKM.  Mereka hanya mendapat arahan mulut (lisan) dari boss (Ketua Jabatan) sahaja.


Saya kira andai pihak Kementian Kebajikan Masyarakat (KKM) atau AG (accountant General)telus dalam soal kaji semula, pihak KKm perlu:
*Menghantar surat panggilan interview kepada setiap pemegang EPC


Jika tidak hadir, barulah:
*menghantar surat notis pemberhentian elaun.


Cara begitu Nampak lebih manis dan professional.

Monday, October 28, 2013

Bual Budget



Erm! Pembentangan budget 2014 Jumaat lalu masih bagai goring pisang panas vdiperkatakan menerusi media cetak, eletronik mahu pun media social.


Masing-masing dengan hujah tersendiri, terutama mengenai pengumuman terhangat iaitu perlaksanaan GST (goods  service tacts), penarikan subsidi gula dan tak ketinggalan habuan bagi kakitangan kerajaan.    Ada yang masih tersenyum lebar hingga ke pagi ini.  Hahaha.


Bagi saya, sebagai pengguna dan sebagai salah seorang individu pembayar  GST kelak, kita hendaklah mencari sebanyak mungkin pengetahuan berkenaan GST dan baik buruk penarikan subsidi terhadap rakyat pertengahan dan bawahan.


Dari beberapa perbincangan isu GST dan penarikan subsidi yang saya ikuti menerusi BFM radio, dapatlah saya sedikit sebanyak ilmu ekonomi yang mungkin selama kini masih samar-samar dikotak minda ini.


Dengan terlaksananya GST kelak, maka saya percaya setiap dari kita akan lebih mengikuti dan meneliti setiap perbelanjaan kerajaan.  Sudah pasti kita mahu cukai yang telah dibayar dibelanjaakan kea rah memunafaat.


Secara tak langsung juga, dengan terlaksana GST, mudah-mudahan dapatlah setiap rakyat desa mahu Bandar membuka mata untuk jadikan salah satu kayu ukur bagi menilai kecekapan kerajaan hari ini.


Saya juga tertarik dengan cadangan kerajaan untuk meletakkan data penerima Ikasih, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (brim), dan pemegang bantuan kebajikan dibawah satu pusat yang dikendalikan oleh jabatan Perdana Menteri.  Mudah-mudahan dengan ini, ia lebih melancarkan proses mengenalpasti gulungan sasar untuk diberi apa-apa bantuan yang berbentuk (cash).


Mudah-mudahan pengakuan kerajaan untuk membenteras pembaziran dan kebucuran wang benar-benar dilaksanakan dan bukan hanya omong kosong yang dilafazkan saban tahun selepas menerima laporan dari audit Negara.

Sunday, October 13, 2013

T-sokma



Hai, rasanya dah lama saya tak turunkan resipi di sini.  Sempena cuti Idil Adha ni,apa kata kali ini kita sama-sama cuba buat kuih tradisi Terengganu iaitu kuih t-sokma.


Saya kira kuih ini terlalu simple dan murah.


t-sokma:
bahan-bahan:
*sebiji telur, pecahkan dan kacau
*secawan tepung beras
*dua cawan santan
*sekeping nisan/gula kabung


Cara-cara:
*letakan periuk/kuali di atas dapur, nyalakan api sederhana
*masukan santan
*masukan nisan, kacau
*masukan tepung beras,
*masukan telur


Kacau kesemua bahan tadi di atas dapur sehingga pekat.  Setelah benar-benar pekat, angkat dan tuang ke dalam Loyang.  Setelah sejuk, boleh dipotong lalu dihidangkan.


Selamat mencuba.


Sumber:  dari ibu tercinta.