assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, April 2, 2013

Redang Ilan, Nice To Meet You




Alhamdulillah, atas rahmat dan keizinan Allah, aku tiga beranak telah dapat merealisasikan perancangan kami untuk ke pulau Redang pada cuti persekolahan lalu.


24 Mac, bersamaan Ahad.


Pagi itu, tepat jam 4.30, kami tiga beranak telah bertolak ke LCCt.  Biar pun flight kami dijadualkan jam 7.00 pagi, namun aku lebih selesa tiba awal sedikit, maka dapatlah aku bersantai menarik nafas dan menunaikan hak Allah dengan lebih khushuk tanpa tergesa-gesa.


Oh ya, bagi mereka yang kurang arif letaknya surau di LCCT, ianya terletak dalam Balai Berlepas berhampiran tandas.


Oleh kerana proses “chek in” telah dilakukan atas talian, maka setibanya kami di LCCt, kami terus dibawa masuk ke Balai Berlepas setela menjalani proses imbasan.


Lebih kurang jam 6.50 am, kami dibawa menaiki pesawat.  Tepat jam 7.00, setelah segalanya di bawah kawalan,  pesawat mula bergerak berligar-ligar di landasan.  Lebih kurang 15 minit kemudian, barulah ia punyai kekuatan meluncur ke udara.


Tepat jam 8.00 kami selamat menjejakkan kaki di bangunan airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu.  Kami kemudian terus mendapatkan kaunter teksi untuk membeli tiket demi meneruskan perjalanan kami ke jeti Shah Bandar.  Di airport ini  juga disediakan service teksi berkupon.  Charge yang dikenakan dari airport ke jeti Shah Bandar adalah rm 25.  sementara jarak masa perjalanan ialah lebih kurang setengah jam.



Setibanya kami di jeti, jam baru menunjukkan pukul 8.35.  ini bermakna kami masih punyai masa lebih kurang satu jam untuk menaiki boat ke pulau.

Alamak, perut mula berkeroncong, almuklumlah ianya belum terisi dengan makanan berat lagi, sedang perjalanan sudah beratus batu dari “our sweet home”.


Demi meneruskan kehidupan dan menjaga keselesaan perut, kami mula merisik-risik dari pengawal jeti, di mana letaknya Pasar Payang.  Kerna sudah dalam pengetahuanku, Pasar Payang tidak jauh dari Jeti namun aku tidak tahu arah lokasi sebenar.

Setelah pengawal jeti memberi tunjuk arah kepada guide cilik kami, kami pun dipandu oleh guide cilik ke Pasar Payang.  Memanglah benar, jaraknya tidak jauh, kami hanya mengambil masa lebih kurang 5 – 6 minit berjalan kaki.


Setelah perut masing-masing diisi dengan pilihan sendiri, antaranya:  nasi lemak, nasi dagang dan keropok leko, kami melangkah semula ke Jeti Shah Bandar.



Sebelum menaiki boat, setiap penumpang dikehendaki mengisi nama, nombor my card/my kid dan nombor reservation di dalam sehelai borang yang disediakan di kaunter pendaftaran.


Maaf, aku tidak pasti berapakah charge yang dikenakan untuk satu perjalanan, kerana aku memilih pakage penginapan termasuk charge boat pergi dan balik.


Lebih kurang jam 9.40 am, kami menaiki boat untuk ke pulau Redang.  Jarak masa yang diambil agak lama juga, iaitu 1 jam 30 minit.  Lebih kurang jam 11.15 kami tiba di jeti pulau Redang.



Dari situ kami dibawa dengan menaiki train iaitu service pick up yang disediakan oleh hotel Laguna Redang untuk para tamunya.  Sebenarnya jarak dari jeti ke hotel Lguna Redang tidaklah jauh, hnya memakan masa 6 -10 minit berjalan kaki, namun sudah disediakan service sedemikian, guna ajelah.


bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.