assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, April 15, 2013

Redang Iland, Good Bye



                                               
Setibanya kami di hotel Laguna, seperti biasa proses “check in” dijalankan.  Sementara menunggu proses “check in” selesai, para tamu dihidang segelas minuman sebagai pembasah tekak (refreshmen), atau juga mungkin tanda ucapan selamat datang kepada para tamunya.


Setelah proses “check in” selesai, kami tiga beranak dibawa ke bilik, di mana di situlah kami akan bermaustautin selama 2 malam.  Aku sengaja memilih bilik yang menghadap kolam renang “pool view”.  Bilik-bilik di sini mempunyai 3 suasana pemandangan:
*menghadap kolam renang “pool view”
*menghadap laut “sea view”
*menghadap taman “garden view”


Setelah beberapa ketika meleraikan rasa kepenatan, lebih kurang jam 12.40 kami keluar untuk ke bangunan utama di mana letaknya restaurant bagi para tamu menjamu selera.



Sedang kami bertanyakan beberapa soalan pada “reception”, kami disapa oleh seseorang.  Oh, Maha Besar Allah, kami diketemukan dengan Mr. Peter, seorang kenalan yang hanya baru dua kali kami temui ketika di KL.  Rupa-rupanya beliau ialah (GM) di hotel Laguna itu.  Kami berbual beberapa ketika. 



Setelah makan tengahari, lebih kurang jam 3.00, kami mengikuti trip ke Taman Laut Redang, “Redang Iland Sea Park”.  Aktiviti itu juga  termasuk di dalam package.


Dari Laguna, para tamu boleh berjalan kaki atau menaiki service pick up yang disediakan untuk ke jeti Redang.  Dari jeti Redang, sebuah boat telah menunggu para tamu untuk di bawa ke taman laut Redang.  Perjalanan dari jeti Redang ke taman laut, lebih kurang 20 minit.  Di sini para tamu diberi masa selama 2 jam mejalankan aktiviti sendiri.




Dek pantai yang cantik bersih, airnya yang jernih serta hidupan laut yang masih terpelihara, maka taman laut ini menjadi salah sebuah distinasi utama bagi penggemar aktiviti menyelam “snorkerling”.


25 March, isnin:



Di sebelah pagi, kami hanya menghabiskan masa bermain-main dengan ombak dan ikan di pantai berhampiran hotel.  Sementara sebelah petangnya, kami memberi ruang untuk guide cilik kami berendam dalam kolam renang.  Dan tatkala malam, kami bersiar-siar dalam kawasan hotel.


Di Laguna terdapat beberapa kemudahan riadah buat para tamu:


*kedai cendera hati
*Memanah “archery” dengan rm 10 untuk 20 aro
*Meredah hutan “jungle tracking”
*Peralatan bagi mereka yang gemar menyelam juga disediakan.



26 March, Selasa.



Setelah dua hari menikmati kesegaran udara pulau dan dibakar mentari laut, pagi ini kami meninggalkan Pulau Redang dengan seribu kepuasan terutama bagi Haikal.


Kalau sebelum ini Haikal hanya melihat imej coral, tetapi di pulau Redang dia dapat menyentuh, menikmati sendiri pelbagai bentuk dan betapa cantiknya warna warni coral secara langsung.  Dia juga sudah memahami  tujuan bendera hijau dan merah dinaikkan oleh pengawal laut.


Alhamdulillah, cuaca seolah merestui percutian kami di pulau Redang, biar sedikit panas membakar, namun ombak laut tenang diwaktu pagi miski sesekali agak tinggi disebelah petangnya.



Terima kasih Mr. Peter dan seluruh staff Laguna kerana telah melayan kami begitu istimewa sekali.  Kemesraan dan layanan baik kalian pasti terssemat dalam kotak memori kami.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.