Sebagai ingatan pada diri sendiri jua kepada saudara seagama
yang menyelusuri blog ini.
Dalam mengharungi
dunia yang kian kepenghujung ini, bersamalah kita menggemgam erat hidayah yang
dikurnia Allah kepada kita insan terpilih.
Baja dan suburkanlah dengan ilmu, iman dan amal agar penghabisan nafas
kita dalam Husnul Khatimah, Inshaallah.
Alangkah zalimnya kita terhadap rasul SAW dan Allah, andai
kita yang mengaku sebagai penganut agama suci, tetapi kita sendiri meruntuhkan
tiang-tiang agama itu.
Bentuklah anak-anak/orang-orang di bawah tanggungan kita
agar menegakkan tiang-tiang agama walau di manapun jua.
Di sini saya ingin share satu kesah benar:
Seorang gadis tionghua yang baru memilih agama fitrah
menceritakan:
Sewaktu beliau di PLKN, beliau telah ditempatkan bersama 20
pelatih dalam satu dom. Yang mana
berkebetulan, di dalam domnya, semua pelatih melayu beragama islam.
Apa yang menyedihkan beliau,
di dalam domnya, hanya dua orang sahaja yang menegakkan tiang
agama/solat.
Perasaannya ketika itu marah bercampur sedih, mana tidaknya,
beliau begitu sukar dalam menyambut hidayah Allah. Terpaksa melalui duri dan ranjau untuk mempertahankan
sebuah hidayah, sementara kenkawannya yang dilahirkan dalam agama suci seolah-olah
tidak menghargainya.
Nota: kesah dipetik dari
Rancangan “Islam Agamaku” terbitan radio ikim.
bersamalah kita fikirkan, di mana silapnya kita sebagai ibu bapa/penjaga.
ReplyDeleteStop by my homepage; erotic massage london