assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 23, 2012

RESIPI; Rendang Maman


Pernahkah anda makan rendang maman

Kalau belum, apa kata hari ini kita sama-sama mencubanya.

Masakan ini adalah masakan tradisi orang Negeri Sembilan.  Setiap kali ada keraian, rendang maman takmungkin dilupakan.

Rendang Maman;

Bahan-bahan:
*1 kg daging/1 ekor ayam,
*3 setengah biji kelapa, diambil santan,
*setengah kilo daun maman,
*5 keping asam gelugur,
*dua genggam cilipadi/ikut ketahanan pedas anda
*garam secukup rasa,
*sedikit kunyit hidup.

Cara-cara membuat:

*bersihkan daging/ayam
*daging dihiris nipis,
*tumbuk kunyit, cili padi, sehingga lumat,

*potong daun maman,  ambil daun dan batang lembut sahaja,
*bersihkan daun maman dan toskan air
*masukkan daging ke dalam periuk bersama air dan bahan yang ditumbuk, asam keeping,
*biarkan daging kecut
*setelah air  kering, masukan santan
*setelah daging empuk dan kuah tinggal sedikit, masukkan maman,
*masukkan garam secukup rasa, kacau hingga sebati,
*didihkan sehingga kering

Nota:  jangan kacau terlalu kerap,  agar rendang tidak pahit.


Resipi dari:  ibu mertua

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.