assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, October 4, 2012

CELOTEH PAGI


Masih rancak warga Malaysia memperkatakan perihal budget minggu lepas.  Masing-masing membelek-belek catatan budget, mencari sesuatu yang akan memberi impak terhadap diri secara langsung.

Anak belia tersenyum lebar dengan volcher rm 200 untuk gajet canggihh, manakala mereka yang berpendapatan bawah rm 3000pula tersengih kerana mendapat potongan 50 peratus ke atas lrt.  Dan pakcik-pakcik pencen rasa berbangga dengan penyelarasan semula wang pencen.

Tapi dengan kenaikan harga gula, siapa pula yang ketawa riang?  Para penanggung keluarga sudah pasti mengeluh.  Masing-masing sudah pasti dapat mengagak bahawa bebanan kos sara hidup bertambah lagi.

Kalau hari ini, rm 2 boleh mendapat 5 biji kuih, tapi esok lusa, rm 2 hanya untuk 4 atau 3 keping kuih sahaja.

Kalau hari ini, makan sekeping roti canai kosong dan minum secawan teh tarik kat kedai mamak, hanya rm 2,  tapi esok lusa, rm2.30-2.50sudah pasti.

Begitu juga anak-anak sekolah, tidak lagi  cukup dengan wang saku rm 2 untuk makan di kantin.

So, siapa yang pening kepala?

Untuk menghalalkan kenaikan harga gula, sekali lagi diabetis dijadikan alasan.  Wal'hal pengambilan kabohidrat yang berlebihan adalah penyumbang utama terhadap berlakunya diabetis.

Yang pasti, pi mai, pi mai, tang tu jugak.  Kos sara hidup, dari hari ke hari terus meningkat rakus.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.