assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, October 15, 2012

INTERNASIONAL WHITE CANE DAY

Mungkin tak ramai dari kita yang tahu bahawa hari ini adalah hari Tongkat Putih Antarabangsa (Internasional White Cane Day) yang diiktiraft dunia.

Sebagaimana umum tahu, tongkat putih (white cane) adalah satu alat sokongan bagi memudahkan seseorang OKU pengelihatan bergerak di luar rumah.

Tugas utama tongkat putih (white cane):
*membantu mengesan sebarang halangan yang berada di hadapan penggunanya.

*membantu agar pemandu kenderaan lebih berhati-hati bila melalui jalan yang ramai pengguna tongkat putih (white cane).

*membantu menarik perhatian para pemandu kenderaan agar berhenti, ketika OKU pengelihatan hendak melintas jalan.

Sabtu lalu, 13 Oktober, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama komuniti Kota Damansara telah mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Internasional White Cane Day peringkat daerah.

Mereka telah mengundang lebihkurang 100 OKU pengelihatan untuk turut sama menjayakan acara tersebut.

Acara dimulakan dengan:
*berjalan di dalam Hutan Simpan Kota Damansara,
*perasmian oleh YB Elizabeth Wong,
*pemberian tongkat putih (white cane) kepada OKU pengelihatan yang hadir.

Semoga pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya terus mengiktiraf pengguna tongkat putih di daerah mereka.  Dan mudah-mudahan tahun hadapan, biarlah acara dijalankan di tempat awam.  agar dapat melibatkan ramai masyarakat umum, terutama pemandu jalanraya.

Saya berpendapat Hari Tongkat Putih (White Cane Dayh) arus disambut di setiap negeri di Malaysia.  Kerana:

*memberi kesedaran kepada masyarakat setempat, bahawa di tempat mereka, ada pengguna tongkat putih,
*meningkatkan kesedaran para pemandu setempat, terhadap pengguna tongkat putih,



No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.