assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, September 4, 2012

RAYA 2012 DALAM KENANGAN2

Di sebelah malam syawal kedua, bersamaan 20 Ogos, kami tiga beranak terbang ke Terengganu pula. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Subang airpot,, kami selamat tiba di Terengganu dan disambut oleh abang keduaku di airpot Sultan Mahmud.

Kami bermukim di Terengganu selama 4 hari, 4 malam.

Raya di Terengganu kali ini nampaknya memberi nilai tambah untuk kami sekeluarga:

Bilamana aku berkesempatan menjenguk kaum kerabat yang telah agak lama tidak ketemu.

Bila bertemu dengan kak sepupu yang seorang ini, bagai drama swastalah pula. Sambil berdakapan, manik-manik mutiara beliau turut berderai. Aku? Ah, turut sebak, walau tak tahu punca.

Sementara Haikal pula mendapat kepuasan bila dapat menterjemahkan apa yang diidamkan selama ini.

Dia sungguh gembira apabila dapat menjejakkan kakinya ke sawah padi, miski pun sawah kering kontang, kerana musim menuai telah berlalu.

24 Ogos, bersamaan Jumaat, tibalah masa untuk aku tiga beranak berangkat meninggalkan tanah tumpah darahku.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di “our sweet home” tepat jam 8.00 malam. Biar pun kepenatan, namun ku lihat Haikal begitu enjoy.






No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.