Seperti biasa, saya mohon maaf, andai catatan ini berkemungkinan mencalarkan hati mana-mana individu. Percayalah, catatan ini sekadar meluahkan apa yang terpendam di dalam kotak minda blogger sahaja.
***semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini, terasa informasi aktiviti PERTIS semakin jauh dari pengaetahuan peribadi saya. Kalau sebelum ini, informasi aktiviti pertubuhan ini tersebar luas di alam maya, lantas menyebabkan saya yang tinggal jauh dipedalaman pun berjaya meng-accessnya, dan terkadang turut sama dapat meraikan. Tapi kini, ia seolah-olah sepi tiada khabar.
Dek kerana ingin tahu akan perkembangan semasa aktiviti pertubuhan tersebut, saya cuba dile perkhidmatan answering machine yang disediakan, namun hampa. Kemudian saya
Melihatkan situasi ini, tertanya dihati saya, apakah tiada aktiviti yang dijalankan, atau mungkinkah informasi aktiviti hanya tersebar melalui mulut ke mulut (rakan rapat) atau disampaikan kepada mereka yang bertaut hp sahaja.
Kalau itu terjadi, maka, tersisihlah saya yang tinggal di hujung negeri untuk sesekali turun padang untuk sama-sama meraikan aktivitipertubuhan, atau paling tidak, dijadikan input sebagai sebahagian dari komuniti.
Dengan kemudahan teknologi masa kini, seharusnya pihak pertubuhan dapat menggunakan peluang seluas-luasnya untuk mendampingi sebahagian besar komuniti blind islam Malaysia. Dan begitulah sebaliknya, kami akan lebih mengenali pertubuhan, maka dengan sendirinya, menarik minat ramai blind islam untuk menjadi ahli pertubuhan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.