Baru-baru ini, 29, Ogos, bersamaan Rabu, telah berlangsung satu sesi dialog antara komuniti blind bersama Ahli Majlis MAB.
MAB (Malaysian Association For The Blind) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada 1951 atas dasar menjaga kebajikan orang-orang buta pada ketika itu.
Sesi dialog itu tercetus kerana tersebar luasnya rasa ketidak puasan hati di kalangan komuniti blind terhadap pentadbiran MAB dan kepimpinan atasan persatuan tersebut.
Saya sebenarnya tidaklah hadir ketika berlangsungnya dialog tersebut, tetapi atas kemurahan hati rakan-rakan blind, mereka telah merakam program tersebut dan melalui kemudahan teknologi masa kini, mereka telah menguploadkan ke alam maya. Maka saya yang duduk di hujung kampung pun dapatlah sama-sama menghayati dialog tersebut.
Any way, terima kasih bebanyak kepada rakan yang telah merakamnya, biar pun ada commercial brake yang tidak disengajakan, saya kira.
Di sini saya tidaklah mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, kerana saya sendiri tidaklah begitu akrab dengan MAB. Kewujudan saya di MAB, hanya sesekali, bilamana ada program yang menarik minat sahaja.
Saya hanya ingin melontarkan pendapat saya terhadap dialog tersebut, berdasarkan pemerhatian telinga saya semata-mata.
Hu hu, begitu ghairah kenkawan blind melontar pandangan, mau pun menyuarakan ketidak puasan hati masing-masing, sehingga ada kalanya tercetus imosi diluar kawalan dikedua-dua belah pihak. Tetapi dengan kematangan pihak mc, suasana sentiasa "under control"
*Terdapat persoalan persaraan beramai-ramai yang ditimbulkan oleh pihak komuniti blind. Dan dijawab baik oleh pihak Dato' Presiden.
Bagi saya, ada baiknya mereka yang lebih had umur meninggalkan kerusi masing-masing, maka dengan ini akan memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda yang kehausan kerja pula. Mudah-mudahan ruang dan peluang tersebut akan dibuka luas untuk gulungan blind sendiri.
*masalah unit jualan juga turut mendapat perhatian kenkawan blind.
Saya sebagai sebahagian dari komuniti blind juga amat berharap agar pihak atasan MAB dapatmemberi perhatian serius terhadap masalah kenaikan harga jualan peralatan sokongan untuk kami.
Peralatan sokongan yang dijual seperti:
*white cane,
*jam tangan untuk lelaki/perempuan,
*clock bersuara,
*niddle tradler dan berbagai lagi alat sokongan harian.
Barangan ini dibeli dengan duit yang diimfaqkan oleh orang awam keatas nama blind, maka, apa salahnya bila ianya dijual kembali kepada kami, biarlah dengan harga yang bersesuaian dengan kemampuan sebahagian besar dari kami.
Saya kira dialog tersebut agak berjaya merongkai sebahagian kecil dari ketidak puasan hati komuniti blind. Tetapi harapan saya, andai dialog seperti ini diadakan, pihak MAB perlu mencatat setiap persoalan yang timbul dari pihak kami. Kerana pada pendengaran saya, ada persoalan yang tidak dijawab, mungkin atas faktor lupa kerana kelemahan tidak mencatat.
Semoga program sebegini terus dijalankan oleh pihak persatuan dan komuniti blind. Paling tidak, pihak pemimpin atasan dapat bertukar salam atau paling lekeh pun, bersua muka dengan masyarakat awam blind.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.