Demi menceriakan cuti persekolahan Haikal, dan menambah pengalamannya, Khamis lalu,kami telah membawanya melawat bandar Kuantan.
Alhamdulillah, rezki kami agaknya, kami ke
Sungguh, beliau suami isteri berpekerti tinggi, setinggi jawatan yang dipegangnya dalam salah sebuah syarikat GLC. Beliau tidak sedikit pun menunjukkan rasa canggung duduk makan semeja dengan kami.
"terima kasih encik Shah suami isteri. Mudah-mudahan kalian terus dirahmati dan diberkati Allah."
Kami bermukim di
Hotel ini berdekatan dengan Berjaya Mall, Terminal Bas Kuantan dan dikelilingi beberapa restaurant.
Aha, kos untuk transport agak tinggi di sini. Anda bayangkan, untuk perjalanan 2 km, perjalanan yang tiada kesesakan, tambang yang dikenakan rm 15.
Pada hari pertama, kerana belum tahu jaraknya, kami ke Terminal Bas Kuantan dengan menaiki teksi dari hotel. Lebih kurang 5 minit perjalanan, kami telah pun sampai ke destinasi. Tambang yang dikenakan ke atas kami, rm 10.
Untuk balik semula ke hotel, kami hanya berjalan kaki. Rupa-rupanya, kami hanya mengambil masa selama 10 minit perjalanan.
Malam kedua, kami berkesempatan ke Tanjung Lumpur. Di mana tempat ini sering diperkatakan orang, makanan lautnya fresh dan enak.
Tujuan utama kami ke
Untuk menggantikan ikan aji-aji, kami order ikan siakap bakar. Okay jugalah, siakap dibakar bersama petai yang dipotong kecil-kecil dengan kulitnya sekali. Harga? sama jugalah seperti makan kat KL.
Aku kira kos sara hidup kat Kuantan tak beza dengan KL. Mana tidaknya, harga makanannya sama saja di KL.
Apa pun, terima kasih bebanyak kat staff hadapan hotel Grant, terutama mereka yang bertugas di cafe Manja, yang sukarela serve sarapan untuk kami bertiga.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.