Terlebih dahulu, saya mohon maaf, andai terdapat perasaan teman-teman pembaca yang tercalar dengan posting kali ini. Percayalah, tulisan ini hanya sekadar pandangan dari saya yang kurang arif. Dan pandangan ini tiada mewakili mana-mana pihak atau bertujuan menjatuhkan sesiapa.
Saya merujuk kepada sebuah blog rakan OKU pengelihatan yang sering menulis secara langsung mau pun tidak langsung berkenaan soft copy alquran hak milik sebuah MGO OKU pengelihatan yang dicuri oleh individu yang kurang bertanggungjawab.
Di sini, saya tidaklah mahu mempersoalkan ketidak amanah individu tersebut, kerana sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran islam, pasti mendapat perhitungan di
Pada kefahaman saya melalui beberapa posting berkenaan kes di atas, soft alquran tersebut mengandungi hampir 17 kesalahan. Maka, dengan kesalahan yang begitu banyak, sudah pasti merosakkan bacaan seseorang, dari segi nahu mau pun tajwid. Boleh jatuh berdosa bagi seseorang yang membaca alquraan dengan tidak tepat tajwidnya.
Maka di sini, jika tidak menjadi kesalahan, apa kata pihak MGO berkenaan mengenepikan sebentar soal cara pengambilan soft copy alquraan oleh individu tersebut, tetapi lebih menumpukan kepada usaha agar alquraan yang tidak sempurna itu tidak dicetak untuk disebar luaskan kepada masyarakat OKU pengelihatan.
Demi kesejahteraan komuniti islam OKU pengelihatan, mungkin pihak MGO tersebut boleh cuba sekali lagi mengadakan perbincangan dengan individu tersebut dengan dihadiri oleh pihak berkuasa agama, dan membuktikan berkenaan ketidak sempurnaan alquraan yang berada di dalam simpanan individu itu.
Saya kira, setiap kebuntuan pasti ada jalan penghuruaiannya.
Bermohonlah pertolongan dari Allah. Inshaallah, andai kita ikhlas melakukan sesuatu, pasti Allah membuka jalan dan mempermudahkannya.
Lakukanlah, demi kebikan kita bersama.
Berjuang demi kesempurnaan alquraan, pasti mendapat perlindungan dari DIA YANG MAHA SUCI.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.