assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, June 27, 2012

WHAT TO DO IN A FIRE

saya kira langkah di bawah praktikal untuk disimpan dalam memori minda, andai berlaku sebarang situasi kecemasan.
 
marilah kita sama-sama membuat beberapa latihan,agar ianya mudah diingat dek minda ketika situasi memerlukan.
 

If you're in a room with the door closed when the fire breaks out, you
      need to take a few extra steps:
        Check to see if there's heat or smoke coming in the cracks around the
        door. (You're checking to see if there's fire on the other side.)
        If you see smoke coming under the door — don't open the door!
        If you don't see smoke — touch the door. If the door is hot or very warm
        — don't open the door!
        If you don't see smoke — and the door is not hot — then use your fingers
        to lightly touch the doorknob. If the doorknob is hot or very warm —
        don't open the door!
      If the doorknob feels cool, and you can't see any smoke around the door,
      you can open the door very carefully and slowly. When you open the door,
      if you feel a burst of heat, or smoke pours into the room, quickly shut
      the door and make sure it is really closed. If there's no smoke or heat
      when you open the door, go toward your escape route exit.Stay Low
      If you can see smoke in the house, stay low to the ground as you make your
      way to the exit. In a fire, smoke and poisonous air hurt more people than
      the actual flames do. You'll breathe less smoke if you stay close to the
      ground.
      Smoke naturally rises, so if there is smoke while you're using your escape
      route, staying low means you can crawl under most of it. You can drop to
      the floor and crawl on your hands and knees below the smoke.
      Exiting through a door that leads outside should be your first choice as
      an escape route.
 
sumber:  KidsHealth.org

Saturday, June 23, 2012

BUAL INFOR

SBM merupakan sebuah MGO OKU pengelihatan. Ianya diterajui oleh mereka yang berstatus OKU pengelihatan. Sementara ahli-ahlinya terbahagi kepada dua:

Ahli biasa (OKU pengelihatan) dan

Ahli bersekutu (orang normal, yang berpengelihatan)

Setiap dua tahun sekali, pertubuhan akan mengadakan mesyuarat agungn untuk memilih barisan kepimpinan, dari jawatan Presiden, hinggalah jawatan ahli jawatankuasa biasa.

Bermula hari ini, 23 June sehingga esok, 24 June, pertubuhan sedang mengadakan mesyuarat dwi tahunannya

Bagi teman pembaca yang ingin mendapatkan pengalaman mendengar perjalanan mesyuarat tersebut, silalah ke link


www.radiosbm.listen2myradio.com


atau kalau link di atas tidak berfungsi di laman saya, anda bolehlah cut and paste ke browser sendiri.

Thursday, June 21, 2012

BUAL ISU

Terlebih dahulu, saya mohon maaf, andai terdapat perasaan teman-teman pembaca yang tercalar dengan posting kali ini. Percayalah, tulisan ini hanya sekadar pandangan dari saya yang kurang arif. Dan pandangan ini tiada mewakili mana-mana pihak atau bertujuan menjatuhkan sesiapa.

Saya merujuk kepada sebuah blog rakan OKU pengelihatan yang sering menulis secara langsung mau pun tidak langsung berkenaan soft copy alquran hak milik sebuah MGO OKU pengelihatan yang dicuri oleh individu yang kurang bertanggungjawab.

Di sini, saya tidaklah mahu mempersoalkan ketidak amanah individu tersebut, kerana sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran islam, pasti mendapat perhitungan di sana kelak.

Pada kefahaman saya melalui beberapa posting berkenaan kes di atas, soft alquran tersebut mengandungi hampir 17 kesalahan. Maka, dengan kesalahan yang begitu banyak, sudah pasti merosakkan bacaan seseorang, dari segi nahu mau pun tajwid. Boleh jatuh berdosa bagi seseorang yang membaca alquraan dengan tidak tepat tajwidnya.


Maka di sini, jika tidak menjadi kesalahan, apa kata pihak MGO berkenaan mengenepikan sebentar soal cara pengambilan soft copy alquraan oleh individu tersebut, tetapi lebih menumpukan kepada usaha agar alquraan yang tidak sempurna itu tidak dicetak untuk disebar luaskan kepada masyarakat OKU pengelihatan.

Demi kesejahteraan komuniti islam OKU pengelihatan, mungkin pihak MGO tersebut boleh cuba sekali lagi mengadakan perbincangan dengan individu tersebut dengan dihadiri oleh pihak berkuasa agama, dan membuktikan berkenaan ketidak sempurnaan alquraan yang berada di dalam simpanan individu itu.

Saya kira, setiap kebuntuan pasti ada jalan penghuruaiannya.

Bermohonlah pertolongan dari Allah. Inshaallah, andai kita ikhlas melakukan sesuatu, pasti Allah membuka jalan dan mempermudahkannya.

Lakukanlah, demi kebikan kita bersama.

Berjuang demi kesempurnaan alquraan, pasti mendapat perlindungan dari DIA YANG MAHA SUCI.

Monday, June 18, 2012

SIMBANG TENGAHARI

Aku sememangnya belum terlatih untuk menghadapi situasi di bawah:

 

Anak buah:  "saya nak keluar."

 

Aku:  "nak pergi mana?"

 

Anak buah:  "taktahu."

 

Aku:  "dengan siapa?"

 

Anak buah:  "tak tahu."

 

Aku:  "nak balik bila?"

 

Anak buah:  "tak tahu."

 

Timbul bibit-bibit geram dalam hati.

 

"kalau dah tak tahu nak ke mana dan dengan siapa pun tak tahu, buat apa keluar."  Detikku dalam hati.

 

'taktahu'  menunjukkan tiada perancangan.  Bila tiada perancangan, banyak buruk dari baiknya.

 

Hmm,  nampaknya bukan mudah menghadapi anak akhir belasan yang baru terlepas dari kongkongan ibu ayah.

 

Bagi aku, main-main  tarik tali adalah cara yang terbaik dalam membentuk anak-anak remaja masa kini.

 

Bila anak mencecah belasan tahun,  mereka mula hendak keluar dengan kawan.  Di sinilah, peranan ibu ayah, sebagai pemantau profesional dituntut.

 

Aku rasa, ketika inilah, 'time management' diperkenalkan.  Agarmereka sentiasa merancang sebelum melakukan sesuatu,  dan dengan ini, memudahkan kita meluluskan atau menasihat/berbincang,jika didapati apa yang dirancang itu kurang baik.

 

Bila amalan ini sudah sebati dalam diri,  Inshaallah, biar berbatu mereka berpisah dari kita, ianya tetap menjadi rutin.

Wednesday, June 13, 2012

BUAL INFOR

Cara-cara menghapuskan alQuran lama/yang sudah tidak boleh dibaca:

 

Alquran terbahagi kepada 2:

*HELAIAN KERTAS YANG BERTULIS AYAT-AYAT SUCI TANPA CAMPURAN TERJEMAHAN/TAFSIRAN (ALQURAN MUTLAK)

 

**HELAIAN KERTAS YANG BERTULIS AYAT SUCI DISELANGI TERJEMAHAN/TAFSIRAN (TIDAK MUTLAK)

 

*ALQURAN MUTLAK YANG MENGGUNAKAN DAKWAT YANG MUDAH TERHAPUS,  HANYA PERLU DILALUKAN DENGAN AIR SEHINGGA TERPADAM DAKWATNYA.

 

SEMENTARA ALQURAN MUTLAK YANG MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL,  HENDAKLAH DIBAKAR KERTASNYA SEHINGGA MENJADI ABU,  KEMUDIAN ABUNYA HENDAKLAH DIKEBUMIKAN DI BAWAH POKOK RENDANG AGAR TIDAK DILANGKAH OLEH MANUSIA MAU PUN HAIWAN.

 

**HELAIAN ALQURAN TIDAK MUTLAK.  Ia BOLEH DIGUNTING HALUS DAN KEMUDIAN DIHAPUSKAN SEPERTI BIASA.

 

 

Sumber:  slot isu bersama ustaz Zahazan,  MHI tv3,  13 June 2012

 

Nota:  terdapat pusat penghapusan alquran/hiasan ayat suci di:

Batu 10, ceras, Kuala Lumpur

Monday, June 11, 2012

KUANTAN VISIT




Demi menceriakan cuti persekolahan Haikal, dan menambah pengalamannya, Khamis lalu,kami telah membawanya melawat bandar Kuantan.

Alhamdulillah, rezki kami agaknya, kami ke sana dengan menumpang kereta regular customer suamiku, encik Shah.

Sungguh, beliau suami isteri berpekerti tinggi, setinggi jawatan yang dipegangnya dalam salah sebuah syarikat GLC. Beliau tidak sedikit pun menunjukkan rasa canggung duduk makan semeja dengan kami.

"terima kasih encik Shah suami isteri. Mudah-mudahan kalian terus dirahmati dan diberkati Allah."

Kami bermukim di sana selama 2 malam. Untuk memudahkan pergerakan kami, hotel yang betul-betul di tengah bandar duduknya, Grant continental menjadi pilihan kami.

Hotel ini berdekatan dengan Berjaya Mall, Terminal Bas Kuantan dan dikelilingi beberapa restaurant.

Aha, kos untuk transport agak tinggi di sini. Anda bayangkan, untuk perjalanan 2 km, perjalanan yang tiada kesesakan, tambang yang dikenakan rm 15.

Pada hari pertama, kerana belum tahu jaraknya, kami ke Terminal Bas Kuantan dengan menaiki teksi dari hotel. Lebih kurang 5 minit perjalanan, kami telah pun sampai ke destinasi. Tambang yang dikenakan ke atas kami, rm 10.

Untuk balik semula ke hotel, kami hanya berjalan kaki. Rupa-rupanya, kami hanya mengambil masa selama 10 minit perjalanan.

Malam kedua, kami berkesempatan ke Tanjung Lumpur. Di mana tempat ini sering diperkatakan orang, makanan lautnya fresh dan enak.

Tujuan utama kami ke sana, untuk merasa sendiri ikan aji-aji bakar. Maklumlah, nama ikan tersebut pun tak pernah terdengar dek kami. Tetapi mungkin rezki tidak menyebelahi kami, sesampai kami ke sana, ikan aji-aji baru habis. Nampaknya kempunanlah kami.

Untuk menggantikan ikan aji-aji, kami order ikan siakap bakar. Okay jugalah, siakap dibakar bersama petai yang dipotong kecil-kecil dengan kulitnya sekali. Harga? sama jugalah seperti makan kat KL.

Aku kira kos sara hidup kat Kuantan tak beza dengan KL. Mana tidaknya, harga makanannya sama saja di KL.

Apa pun, terima kasih bebanyak kat staff hadapan hotel Grant, terutama mereka yang bertugas di cafe Manja, yang sukarela serve sarapan untuk kami bertiga.

Sunday, June 10, 2012

MELAWAT PUSAT SAINS NEGARA

Hai, sekarang sedang berlangsung pameran “Dinosaur Life”, di Pusat Sins Negara. Pameran ini berlangsung sehingga 31 July 2012.

Berkebetulan kami pergi ketika cuti sekolah, Orang punyalah ramai. Nak beli tiket, terpaksa beratur selama lebih kurang 1 jam.

Pengunjung dibenarkan memegang patung-patung dinosaur. Bagi sesiapa terutama OKU pengelihatan yang tak pernah dapat membayangkan bentuk dinosaur, bolehlah mengambil peluang untuk mengenali rupa bentuk makhluk dinosaur ni.

Charge yang dikenakan:

Dewasa rm 15

Pelajar rm 12

Kanak-kanak di bawah 12 tahun rm 6