assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, December 29, 2011

TAMAN ICT

Ahad lalu,  aku dan Haikal ke Taman ICT Shah Alam.  Kami ke sana bersama keluarga adikku.

 

Di situ terdapat tempat permainan kanak-kanak dan Snowwalk.

 

Untuk memasuki snowwalk, charge yang dikenakan agak tinggi,  rm 30 seorang.  Sementara setiap satu permainan di carge rm 5 untuk seorang kanak-kanak.

 

Tempat ini bagi aku lebih kepada santai mata, kerana setiap objek dipantulkan cahaya mengikut bentuk objek.  Maka bagi aku?  Nampaknya tak dapatlah nak santai mata,  nak ganti dengan santai telinga pun, begitu tak menarik sekali,  karna kat sini berkonsepkan fund-fair.  So bisingnya bukan kepalang.

 

Orang punyalah ramai,  sehingga pada masa kami meninggalkan tapak itu, kira-kira jam 12.30 malam, orang masih beratur panjang untuk memasuki ruang snowwalk.

 

Rasanya cukuplah sekali kami ke sana, kerana kebetulan Haikal juga kurang berminat dengan kebisingan yang melampau..

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.