assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, December 30, 2011

CELOTEH DINI HARI

Lihat telatah anak-anak, dalam raincoat pun, dia nak berposing.  hahaha.
 
memandangkan musim hujan tak menentu,  Aku kira raincoat amat praktikal bagi anak-anak kecil  yang ibu bapanya menghantar mereka ke sekolah dengan menggunakan kenderaan awam,seperti kami ni.
 
Sebenarnya dah lama kami mencari raincoat untuk anak kecil,  tapi baru beberapa hari lalu kami bertemu jodoh.  sering kami ke Tasko, Giant, Maidin, dan Carefor, semuanya tak menjual raincoat untuk kanak-kanak.  tapi Alhamdulillah, ketika kami ke Sogo beberapa hari lalu, di salah sebuah kedai pakaian kanak-kanak, ada menjual raincoat.
 
aku rasa seharusnya raincoat kanak-kanak patut dijual secara meluas, berbanding payung yang agak berbahaya jika digunakan oleh anak-anak kecil.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.