assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, December 22, 2011

BUBUR ASYURA

Mengacau bubur Asyura bukan lagi satu pesta di kampung-kampung.  Kalau di zaman 70an dan 80an,  ia boleh dikatakan satu kemestian disetiap kampung mengacau bubur Asyura.

 

Begitu juga dengan ibuku,  agak lama makanan ini ditinggalkan.  Bukan kerana melupakan,  tapi kerana tiada siapa yang hendak ditugaskan untuk mengacau.  Almaklumlah cara pembuatannya agak rumit,  bubur ini perlu dikacau sekurang-kurangnya, 5 ke 7 jam,  barulah hasilnya cantik dan sedap dimakan.

 

Bubur Asyura ialah campuran beras bersama daging, ayam, ikan, jagung, kacang hijau, kacang merah, ubi keledik, santan, manisan dan rempah-rempahan.

 

Beras dimasak menjadi bubur, kemudian baru dimasukkan bahan lain yang telah direbus terlebih dahulu.

 

Kemudian, dikacau sehingga sebati selama beberapa jam.

 

Begitulah serba ringkas cara membuat bubur Asyura.  Ia boleh dimakan dalam dua keadaan;

Ketika panas  dan

 dibekukan menjadi seperti kek.

 

Imej di atas berbentuk kek iaitu setelah bubur Asyura dibiarkan sejuk.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.