assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, January 10, 2011

KICAP OH KICAP

Mungkin apa yang bakal ku ceritakan kali ini tidaklah menarik perhatian teman-teman.  Tetapi bagiku ianya memberi pengajaran buat diriku sendiri.

 

Sepanjang hidupku, aku tak pernah mengambil pusing untuk cuba membuka tudung botol kicap.  Setiap kali nak membuka botol kicap, aku akan meminta orang lain yang melakukan.  Kerana bagiku, membuka botol kicap, merumitkan.  Tapi semalam segalanya  berubah.

 

Tersebutlah alkisah, semalam tetiba Si Kecilku meragam nak makan masak kicap.  Pada asalnya, aku dan Si Kecil merancang untuk masak gulai ayam dan untukn ya ayam goring.  Tapi saat aku mula menyediakan bahan-bahan masakan, saat itulah dia datang buat order baru.

 

"ma, tolong buatkan saya ayam kicaplah."  Katanya sambil memeluk pinggangku.

 

"okay, saiap." Jawabku tanpa merujuk kepada botol kicap terlebih dahulu.

 

Bila tiba saat aku memerlukan kicap, aku pun mendapatkan botolnya, "alamak, tudungnya tak berbuka lagi." Sungutku dalam hati.

 

Termenung aku seketika.  Nak ku tebuk, aku tak punya alat penebuk.  Yang aku ada, hanya pembuka tin.  Nak tebuk menggunakan pisau, aku tak berani.

 

"sayang, hari ni, tak payahlah, masak kicap ya."  Kataku cuba memujuk Si Kecil.

 

"tak boleh.  Saya nak juga masak kicap.  Kalau tak saya tak nak makan."  Jawab dia mula nak menangis.

 

"alamak, dia mengugut pula."  Kataku dalam hati.

 

Kerana malas nak cuba membuka aku sekali lagi merayu pada Si Kecilku.  Tapi entah apa anginnya semalam, dia mula mengeluarkan lagu yang paoling tak menarik, dengan lirik "nak kicap."  Berulang-ulang.

 

Mahu tidakmahu, aku pun mengambil pembuka tin dan cuba membuka tudung botol kicap.  Sekali, dua kali, "ah, Ya Allah, mudahnya. Patutlah selama ni suamiku selalu kata senang dan gelak, setiap kali aku suruh dia buka."  Bualku dalam hati.

 

Jadi, dapatlah aku hentikan lagu yang membosankan dari mulut Si Kecilku.

 

The moral of the story:

**setiap perkara itu, cuba lakukan sendiri

**jangan cepat berkata "susah" sebelum mencubanya

**sebagai isteri/ibu, explore apa sahaja yang berkaitan dengan tugasan dapur.

**ada mulut, bertanya.  jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang/kemudahan yang ada.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.