assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, January 5, 2011

KESAH NAKALKU

Setelah selesai melakukan rutin harianku, sementara menunggu kepulangan putraku dari sekolah, dapatlah aku melayani pc ku. Dalam pada membaca salah sebuah cerpen yang menarik minatku dalam salah sebuah list yang ku sertai, tetiba mindaku menerawang kezaman remajaku. Bibirku lantas mengukir senyum bilamana satu peristiwa nakalku berlegar-legar diruang mataku.

Demi meluahkan apa yang bermain diminda, aku lantas menarikan jejariku di atas keyboard. Paling tidak,dapatku hiaskan laman maya sebagai hiburan bagi yang sudi menyelusuri laman mayaku.

Ya, miski peristiwa nakal itu telah jauh ditinggalkan dek masa, namun ia tetap terpahat dikotak memori.

Kala peristiwa nakal terjadi, aku di lower 6, sementara Ani di upper 6 dan Ida di form 5. sepatutnya, dalam usia begitu, aku tak sepatutnya melakukan peristiwa nakal itu. Tapi entah kenapa, dek kerana malas ke prap (kelas malam), aku tega melakukannya.

Sudah menjadi undang-undang asrama, setiap pelajar mesti mengosongkan dom untuk berada di ruang belajar setiap malam bermula jam 8.00 pm hingga 10.00 pm. Tapi entah kenapa hari itu aku malas nak ke prap. Kebetulan, Ani dan Ida juga sepertiku. Apa lagi seronoklah kami, saling berteman.

Demi tidak mahu pelajar lain tahu yang kami tidak ke prap, kami off kan lampu dan tutup pintu dom agar dianggap tiada penghuni dalam dom kami oleh orang lain.

Nak dijadikan cerita, Sedang kami duduk santai sambil makan-makan, tetiba guru asrama membuat rondaan kesetiap dom. Kami hanya menyedari kehadiran cikgu R, bila mendengar hentakan kasutnya telah menghampiri dom kami. Nasib kami agak baik, kerana pada masa itu tiada komunikasi suara antara kami bertiga. Masing-masing sibuk mengunyah.

Tanpa off kipas, dan dengan makanan ditangan, masing-masing sepantas kilat menyelamatkan diri. Aku dan Ida menyelinap masuk ke dalam carbord sendiri, kerana saat itu, aku dan Ida duduk berhampiran carbord. Sementara Ani terpaksa mengecilkan tubuhnya ke bawah katil. Kerana tika itu dia duduk berhampiran katil. Nasib baik badan Ani tidaklah sebesar mana.

Dari tempat persembunyianku aku mendengar cikgu R mengomel.

“ern, banyaknya selipa.” Lalu pintu dom ditarik “ya Allah, tutupkanlah pandangan cikgu R seketika.” Doaku dalam hati.

“biar betul budak-budak ni. Kipas pun tak di off kannya. Ha, tin biskut dibiarkan terdedah.” Sungut cikgu R lagi. Mungkin tidak berpuas hati, dia berjalan mundar-mandir dalam dom kami berberapa ketika.

“ya Allah, janganlah ada antara kami yang mengeluarkan bunyi.” Doaku lagi dalam hati.

Setelah berpuashati agaknya, cikgu R berlalu dengan menutup kembali pintu dom kami.

Setelah hentakan kasutnya jauh dari pendengaranku, aku pun melompat keluar dari carbord. Begitu juga dengan Ani dan Ida. Masing-masing ketawa kecil sambil mengucapkan Alhamdulillah kerana terselamat.

Berpeluh-peluh jugalah aku dan Ida kerana kepanasan. Yalah, terkurunglah katakan.

Nasib baik, akal cikgu R tu tak panjang kala itu. Kalau tak, tentu dia intai-intai bawah katil dan buka semua carbord.

Hahaha, nakal juga aku dulu-dulu rupanya. Namun itu semua hanya tinggal dalam kekotak memori.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.