assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. kali ini saya ingin share kesah benar kakak ipar saya. kesah ini, bagi saya, menunjukkan betapa seorang ibu akan sedaya upaya mempertahankan emosi dan tenaga agar terus stabil, demi seorang anak.
Bila sebut kembar seiras, pasti terbayang di minda kita, bahawa mereka mempunyai hubungan naluri yang kuat antara satu sama lain. Ya, fakta ini mungkin tepat untuk kebanyakan kembar seiras. Tapi bagi kembar seiras kepunyaan kakak iparku, tidak sama sekali.
Kalau dipandang pada rupa paras, memang sukar untuk mencari perbezaannya. Hatta, warna kulit mereka juga sama. Tapi percaya atau tidak, sejak dilahirkan sehingga kini, mereka berdua seolah-olah tidak mahu bertemu antara satu sama lain.
Mana tidaknya, 16 tahun lalu, saat kakak iparku melahirkan kembar seirasnya, begitu menyentuh hati sesiapa yang melihat kala itu. Si abang selamat dilahirkan di hospital Kuala Pilah. Tapi adik. Ah, kenapa dengan si adik? Kenapa dia takmahu keluar kat tempat yang sama? Hanya Allah yang tahu jawaban dan hikmahnya.
Setelah doctor Kuala Pilah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan adik, namun adik terus mendiamkan diri di dalam perut ibunya. Hanya darah yang terus mengalir dari tubuh kakak iparku. Demi keselamatan adik dan kakak iparku, mereka dihantar ke hospital Seremban. Jarak antara hospital Seremban dan Kuala Pilah adalah 45 minit perjalanan.
Melihatkan keadaan kakak iparku yang kritikal, seluruh ahli keluarga membontoti ambulan yang membawanya ke hospital Seremban. Setibanya kakak iparku di hospital Seremban, bagiku, satu keajaiban dari Allah telah berlaku.
Setelah kakak iparku di masukkan ke bilik pembedahan, tanpa perlu doctor bersusah payah, adik keluar dengan selamat. Alhamdulillah, seluruh keluarga mengucapkan syukur yang panjang kehadrat ilahi.
Dek kerana kakak iparku banyak kehilangan darah, maka, adik beradiknya sepakat mendermakan darah mereka. Setelah dua tiga hari di hospital Seremban, kakak iparku dan adik selamat dibenarkan pulang ke rumah.
Sejak peristiwa kelahiran mereka di tempat berasingan, sehingga kini, kembar seiras ini kelihatan tidak langsung sealiran dari segala sudut.
Itulah kebesaran Allah. Hanya Dia yang Maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.