assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILLAH

Setelah kami gagal menempatkan si kecil di sekolah DA, aku dan suami terus berusaha mencari sekolah yang sealiran dengan sekolah tersebut. Atas factor keterbatasan pergerakkan, kerana tak punya transport sendiri,aku dan suami memohon pertolongan dari rakan dan kenalan untuk tolong mengintai-intai sekolah yang kami maksudkan disekitar Ampang. Setiap kali kami mendapat informasi lokasi sekolah, aku dan suami pergi sendiri untuk menyiasat akan model pembelajaran yang ditawarkan.

ya, sebenarnya aku sekali-kali tidak pernah memandang rendah terhadap sekolah kebangsaan. Namun Memandangkan aku dan suami, Oku pengelihatan, maka, kami rasakan memilih sekolah yang menyediakan model pembelajaran (dinnia, akademik dan hafazzan) dalam satu sekolah amat bersesuaian kerana:
**kami tidak perlu menghantar anak ke tempat lain untuk kelas Kafa dan mengaji Alqur’an.
**secara tidak langsung, ini akan memudahkan anak untuk belajar tanpa mengalami kepenatan yang malampau dan kami tidak perlu lari ke sana sini, lantas banyak masa dapat diselamatkan, sekali gus menjimatkan kos.
**kami tidak perlu risau tentang pemakanan anak. Kerana untuk menjadi hafiz, sumber pemakanan amatlah dititik beratkan. Jadi sudah pasti pihak sekolah akan menyediakan makanan yang baik dan berkualiti untuk menjaga kecerdasan ingatan anak didik.
**bila mana makan tengah hari dan dua tea termasuk dalam yuran bulanan, maka, sudah tentu tiada penjualan makanan di sekolah, dengan ini, anak-anak akan kurang terdedah dengan makanan rengan.
**oleh kerana waktu persekolahan sehingga jam 5 petang, dengan ini akan mengurangkan risiko anak melepak tanpa tujuan.
**memandangkan pengaruh negative terlalu kuat dan luas di mana-mana,sementara kami pula tidaklah begitu arif dalam soal hokum hakkam, maka, kami berpendapat biarlah anak mendapat didikan agama intensif sedari asas dan hendaknya ia berakar umbi di dalam diri. Mudah-mudahan dengan ini si anak dapat membezakan baik buruk dan dapat menepis bisikan syaitan dalam mengharungi lautan duniawi kelak.

Berbalik kepada kesah pencarian sekolah anaakku. Dalam pada aku dan suami sibuk tilik menilik serta memperhalusi model pembelajaran beberapa buah sekolah yang telah kami pergi, tiba-tiba, pada Jumaat 28th oktober, aku terima panggilan dari sekolah DA.
Pemanggil: “assalamualaikum puan. Saya dari DA, nak menjemput anak puan untuk interview kali kedua.”
Aku: “waalaikummusalam. Apa? Bukan ke hari tu, puan kata anak saya gagal?”
Pemanggil: “ya, betul. Tapi pengetua suruh kami panggil anak puan menghadiri interview kali kedua. Boleh puan hadir?”
Aku: “puan jamin anak saya diterima, jika saya menhadirkan diri? Dan adakah puan pengetua sudi bertemu kami?”
Pemanggil: “saya rasa Inshaallah. Kalau puan setuju, sila datang pada 3rd November, Rabu, jam 10.00 pagi.”
Aku: “Inshaallah. Terima kasih.”
Pemanggil: “assalamualaikum.”
Aku: “waalaikummusalam.”
Lantas HP ku matikan.

Kalau diturut kata hati yang masih tersinggung, rasanya mahu ku tolak saja. Tapi mengenangkan si kecilku yang masih menaroh harapan untuk ke sana, dan memandangkan sekolah tersebut amat berhampran dengan tempat tinggalku, dengan rela, aku kikis segala perasaan negative yang masih tersisa.

Selesai bercakap dengan pemanggil dari DA, aku terus call suamiku untuk memberi tahu beliau tentang offer yang dibuat DA kepada kami. Bila saja aku menceritakan perihal perbualan aku dan pemanggil dari DA, suamiku tergelak kecil. Aku keharanan. Rupa-rupanya, menurut suamiku, dua tiga hari sebelum, suamiku ada menceritakan rasa tidak puas hati dengan alas an yang menyebabkan kegagalan anakku memasuki DA, kepada pelanggannya yang boleh dianggap rapat dengan kami. Menurut suamiku lagi, diakhir perbualan mereka, pelangganya itu ada berkata, “Inshaallah anak awak dapat jugak sekolah kat situ nanti.” So, aku rasa mungkin pelanggan suamikulah yang menyebabkan si kecilku dipanggil untuk interview kali kedua. Hai, nampaknya nak masuk sekolah pun,perlu ada kabel. Sedangkan kami tak punya apa-apa kabel, baik besi mau pun dawai.

Setelah timbang-menimbang perasaan anak, congak mencongak kos dan jarak perjalanan beberapa buah sekolah lain, aku dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk hadir ke interview kali kedua itu. Kali ini aku redha dan tekad,demi si kecil.

Tepat pada hari dan waktu yang ditetapkan, kami sekali lagi menjenguk sekolah DA. Setiba kami di sekolah itu, belum pun panas bontot anakku, dia dipanggil untuk menjalani ujian kemahiran sekali lagi. Haha, kat sini aku rasa pihak DA cuba membuat lawak pagi. Atau nak menguji EQ kami mungkin. Baru dua tiga minit anakku masuk untuk ujian, datang peng interview kepada kami dan berkata. “puan, anak puan diterima belajar di sini. Maaf, hari tu orang lain yang interview dia.” Tanpa bercaakap banyak, dia berlalu semula. Aku hanya sempat mengucapkan terima kasih sahaja. Dalam hatiku bersungut sendiri: “kalau dah tahu dapat, kenapa takdiberi tahu on the phone saja. Kan senang, tak perlu datang dua tiga kali.” Entah aku sendiri tak faham.

Setelah selesai anakku interview, datanglah kembali peng interview tadi. “ern, hari ni lancer pula anak puan baca.” Aku hanya tersenyum pahit. Dalam hatiku: “tadi kau kata dulu orang lain yang interview, tapi sekarang kau bercakap, seolah-olah kau jugak yang interview dulu.” namun demi anakku, aku sabarkan saja hati ini.

Selesai berurusan bayar membayardiposit dan sebulan dua yuran bulanan dan bertanya tentang uniform, aku meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, aku bertanya pada anakku,adakah sama orang interview dia hari ini dengan yang sebelum. Selamba anakku menjawabb: “yalah ma, cikgu tulah, muka dia garang. Taksenyum langsung.”

Alhamdulillah, pencarian sekolah anakku telah berakhir. Miski hati kecilku masih tercalit luka peristiwa semalam, namun rela ku buang jauh dari lubuk hati, rasa negative itu demi si kecilku. Biarlah anakku mengecapi bahagia seperti anak-anak lain yang punya ibu bapa normal.
***”mama akan berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan hak dan dirimu seperti anak-anak lain. Apa yang mama dan papa inginkan, sayang membesar tanpa terganggu dek kekurangan kami.” Sebagai ibu, aku hanya berusaha dan berdoa agar acuan yang ku pilih untuk anakku tidak terpesong dari landasan hakiki. © ron2010

1 comment:

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.