assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, November 25, 2010

KEMBAR SEIRAS

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman.  kali ini saya ingin share kesah benar kakak ipar saya.  kesah ini, bagi saya, menunjukkan betapa seorang ibu akan sedaya upaya mempertahankan emosi dan tenaga agar terus stabil, demi seorang anak.

 

Bila sebut kembar seiras, pasti terbayang di minda kita, bahawa mereka mempunyai hubungan naluri yang kuat antara satu sama lain.  Ya, fakta ini mungkin tepat untuk kebanyakan kembar seiras.  Tapi bagi kembar seiras kepunyaan kakak iparku, tidak sama sekali.

 

Kalau dipandang pada rupa paras, memang sukar untuk mencari perbezaannya.  Hatta, warna kulit mereka juga sama.  Tapi percaya atau tidak, sejak dilahirkan sehingga kini, mereka berdua seolah-olah tidak mahu bertemu antara satu sama lain.

 

Mana tidaknya, 16 tahun lalu, saat kakak iparku melahirkan kembar seirasnya, begitu menyentuh hati sesiapa yang melihat kala itu.  Si abang selamat dilahirkan di hospital Kuala Pilah.  Tapi  adik.  Ah, kenapa dengan si adik?  Kenapa dia takmahu keluar kat tempat yang sama?  Hanya Allah yang tahu jawaban dan hikmahnya.

 

Setelah doctor Kuala Pilah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan adik, namun adik terus mendiamkan diri di dalam perut ibunya.  Hanya darah yang terus mengalir dari tubuh kakak iparku.  Demi keselamatan adik dan kakak iparku, mereka dihantar ke hospital Seremban.   Jarak antara hospital Seremban dan Kuala Pilah adalah 45 minit perjalanan.  Cuba anda bayangkan, betapa kakak iparku menahan sakit saat itu.  Pun begitu, dia masih mampu tersenyum, sedang tubuhnya kelihatan semakin lemah.

 

Melihatkan keadaan kakak iparku yang kritikal, seluruh ahli keluarga membontoti ambulan yang membawanya ke hospital Seremban.  Setibanya kakak iparku di hospital Seremban, bagiku, satu keajaiban dari Allah telah berlaku.

 

Setelah kakak iparku di masukkan ke bilik pembedahan, tanpa perlu doctor bersusah payah, adik keluar dengan selamat. Alhamdulillah, seluruh keluarga mengucapkan syukur yang panjang kehadrat ilahi.

 

Dek kerana kakak iparku banyak kehilangan darah, maka, adik beradiknya sepakat mendermakan darah mereka.  Setelah dua tiga hari di hospital Seremban, kakak iparku dan adik selamat dibenarkan pulang ke rumah.

 

Sejak peristiwa kelahiran mereka di tempat berasingan, sehingga kini, kembar seiras ini kelihatan tidak langsung sealiran dari segala sudut.

 

Itulah kebesaran Allah.  Hanya Dia yang Maha mengetahui.

Tuesday, November 23, 2010

PERCUTIAN DI PANGKOR

17Nov. bersamaan 10 zulhijjah.

 

Hari ini jam 12.00, aku dan keluarga akan bertolak ke pangkor untuk bercuti selama dua malam.  Ini adalah kali pertama kami pergi bercuti ke pantai bersama si kecil.  Anakku begitu teruja.  Setiap hari, selepas papanya membeli tiket bas, dia akan menghitung hari.  Seperti biasa, setiap hari, dia akan bertanya padaku, "ma, hari ini hari apa? Dan tinggal berapa hari lagi kita nak pergi Pangkor?"  dan seperti biasa juga aku akan menyoalnya kembali.  Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengiranya sendiri.  Itulah cara aku mengajar anakku mengira dan ingat nama-nama hari.

 

"Ya Allah, kau berkati dan berilah kebahagian jua keselamatan buat kami sekeluarga di sana nanti."  Sekembalinya aku dari Pangkor, akan ku coretkan perjalanan percutian kami, Inshaallah.

 

Jam telah pun menunjukkan 5.45 am, maka, aku harus off PC untuk menyiapkan sarapan pagi dan sedikit bekal buat anakku makan di atas bas.  Maklumlah, hari nikan raya, takut takbanyak kedai makan yang buka.

 

***20th November, Sabtu.

 

Alhamdulillah, aku dan family selamat tiba di "our sweet home" jam 8.00 malam tadi.  Miski pun perjalanan begitu memenatkan, tapi aku bahagia bila melihat anakku ceria dan berpuas hati dengan percutian ini.  Hari ini, akan ku cuba lakarkan pengalamanku disepanjang percutian kami.

 

Diawal perjalanan, kami telah diuji.  Ah, tergugat juga iman kesabaranku.  Mana tidak, kami sepatutnya menaiki bas ke Lumut, jam 12.00 tengah hari.  Tapi bila tiba masanya, batang hidung bas pun tidak kelihatan.  Setengah jam kemudian, suamiku pergi ke kaunter untuk merisik-risik kabar bas.  "maaf encik, bas lewat sikit.  Mungkin sampai pukul 1.30."  ujar kerani kaunter.  Bila mendengarkan jawaban itu, aku berkira-kira dalam hati, sempatlah kami pergi makan tengah hari dan menunaikan hak ke atas Dia yang menguasai alam.

 

Sekembalinya kami di tempat bas, jam sudah menunjukkan tepat 1.30.  tanpa berlengah, aku meminta anakku mengintai-intai nombor bas seperti yang tercatat dalam tiket.  Berpeluh-peluh si kecilku ke sana ke sini dengan tiket ditangannnya.  namun tak juga kelihatan.  Kerana tak berpuas hati, aku meminta dia melihat nama distinasi yang tertera di hadapan bas.  Pun tak juga kedapatan.  Jam 2.00, sekali lagi suami dan anakku ke kaunter.  "maaf cik, bas rosak.  Tak tahu pukul berapa boleh jalan."  Beri tahu Kerani Kaunter selamba.

 

Ah, sabar aja lah hati.  Maka, jadilah aku tiga beranak penghuni stesen bas Bukit Jalil paling lama.  Mana tidaknya, kami mula menjejakan kaki ke sini jam 11.00 pagi.  dan sehingga jam 2.30, kami belum menaiki bas lagi.  Sedang penumpang lain bersilih ganti.

 

Lebih kurang jam 3.15 petang, setelah berbotol-botol muniral jadi mangsa anakku, barulah kami dapat menaiki bas.  Alhamdaulillah, lega rasa dihati bila bas mula bergerak meninggalkan perkarangan ruangan parking 15 minit kemudian.  Menurut driver bas, perjalanan ke Lumut akan mengambil masa tiga jam setengah.  Ini bermakna kami akan tiba di Lumut jam 7.00 malam.  Kecut juga rasa hatiku, maklumlah tempat itu bukannya kampong halamanku dan ini adalah kali pertama aku ke sana.  Yalah, kata orang, kalau ke tempat baru, biarlah berjalan diwaktu siang, tentu luas pandangan.  Haha, tapi pandanganku dan suami dah tentu tiada beza siang mau pun malam.  Pun begitu, dikala siang, pasti banyak mata yang memerhatikan kami, lantas tentu ada hati mulia yang sudi menghulurkan tangan disaat kami memerlukan. ya  Tapi sekarang, mahu tidak mahu, kami terpaksa meneruskan perjalanan tika malam mula berlabuh.  So, apa yang mampu aku lakukan hanyalah, tawakkal kepada Yang Maha Besar saja.  Mudah-mudahan perjalanan dipermudahkan, Inshaallah.

 

Tepat seperti yang dikatakan oleh driver bas, kira-kira pukul 7.10 malam, kami tiba di Lumut.  Dari sini kami terpaksa mengambil feri untuk sampai ke Pangkor.

 

Dari stesen bas Lumut ke jeti, pilihan yang ada, hanya berjalan kaki.  Nasib kami  baik, kerana ada beberapa penumpang yang searah dengan kami.  Kesempatan ini kami ambil untuk mencari rumah Yang Maha Agung terlebih dahulu.  Alhamdulillah, tanpa keberatan, mereka membawa kami ke sana.  Setelah masing-masing menunaikan hak Yang Maha Besar, kami meneruskan perjalanan ke jeti.  Di jeti, sekali lagi kesyukuran bersarang dihati, kerana petugas-petugas di situ dengan ramah menghulurkan tangan untuk kami tiga beranak.

 

Nampak saja feri, berbagai soalan yang dilontarkan anakku kepada petugas jeti.  Dari tawa riangnya, aku tahu, betapa terujanya dia untuk menaiki feri buat pertama kali.  Kami mula menaiki feri jam 8.00.  perjalanan feri ke pulau Pangkor, memakan masa lebih kurang setengah jam.

 

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami tiba di jeti Pulau Pangkor.  Dari situ  kami mengambil teksi untuk ke tempat penginapan kami di Putri Bayu, Pasir Bogak.  Perjalanan dari jeti ke Pasir Bogak hanya memakan masa 5 minit sahaja.

 

Setiba kami di Putri Bayu, kami disambut mesra oleh petugas kaunter.  Tanpa sebarang masalah, proses "chek in" berjalan lancer.

 

Oleh kerana terlalu letih, tiada aktiviti yang kami lakukan di malam pertama.  Sekadar berehat di bilik.

 

Hari kedua, 18th November.

 

Selesai sarapan, kira-kira pukul 9.00 pagi, aku dan suami menunaikan hajat si kecil untuk bermain air di pantai.  Dia begitu seronok dan kelihatan tiada langsung perasaan takut dalam dirinya.  Bila melihat keterujaan anakku yang luar biasa, aku dan suami terpaksa memberi tumpuan seratus peratus ke atas si kecil kami.  Setiap pergerakkannya dikawalrapi oleh suamiku.  Mentelah lagi, keadaan pantainya tidak landai dan pasirnya mudah melurut bila dipijak.  Keadaan ini agak berbahaya untuk anak kecil.

 

Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami kembali ke bilik.  Aktiviti seterusnya, kami bercadang untuk ronda-ronda Pulau Pangkor dengan teksi.

 

Setelah mendapatkan perkhidmatan teksi dari kaunter hotel, lebih kurang 11.30 pagi, kami mula menaiki teksi untuk keliling Pangkor.

 

Tempat pertama,kami dibawa ke Teluk Nipah.  Di sini, kedapatan banyak deretan kedai yang menjual t.shirt dan kedapatan juga restoran.  di sini juga terbentang laut luas.  Di kawasan ini juga, terdapat banyak chalet persendirian.

 

Alhamdulillah, kami mendapat driver teksi yang perihatin dengan keadaan aku dan suami.  Maka, setiap tempat yang dibawa, driver teksi akan turun sekali, dan dia dengan rela menjadi guide serta pengawal gerak geri si kecil kami.

 

Seterusnya, kami dibawa melawat ke Tokong tertua di Pangkor.  Di sini terdapat taman monyet, kolam ikan besar, kolam kura-kura dan taman burung.  Tokong ini terletak di kampong Pinang Kecil.

 

Lebih kurang pukul 1.30 tengah hari, kami berhenti makan di Teluk Dalam.  Selesai makan, kami meneruskan expidisi ronda-ronda kami.

 

Kemudian kami dibawa ke tempat sejarah,di mana terdapat serpihan kota belanda.  Di sini juga terdapat kedai yang menjual barangan craft tangan dan cendera hati seperti mug serta berbagai bentuk key chain.

 

Akhir sekali,kami dibawa ke kilang memproses hasil laut.  Terdapat berbagai jenis keropok samada mentah mau pun telah dijadikan makanan rengan.

 

Lebih kurang jam 3.30 petang, kami sampai semula ke hotel.  Sesudah asar, sekali lagi aku dan suami menemani si kecil ke pantai.  Sungguh leka dia bermain dengan menterjemahkan apa yang dilihat di kaca tv selama ini, seperti membina istana pasir.  Kami bermain-main air sehingga pukul 6.45 petang.

 

Disebelah malamnya, kami hanya bersiar-siar disekitar Pasir Bogak sahaja.  Di sini, terdapat banyak rumah kedai.  Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan boat untuk melihat-lihat pulau.  Tapi kami tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana anakku langsung tak berminat.  Mungkin belum tahpnya lagi untuk menghargai keindahan alam semulajadi.

 

Hari ketiga, 19th November.

 

Hari ini kami akan meninggalkan Pasir Bogak dengan membawa bersama memori manis serta garis-garis kepenatan ke KL.  Selesai sarapan, kira-kira pukul 10.45, kami "chek out" dan teksi telah bersedia untuk membawa kami ke jeti Pangkor.  Tambang yang dikenakan dari Pasir Bogak ke jeti ialah rm 10.  dan begitulah sebaliknya.

 

Kami mula menaiki feri pada pukul 11.15 dan feri mula bertolak meninggalkan Pulau Pangkor jam 11.30 pagi.  Setengah jam kemudian, kami tiba di jeti Lumut.  Disepanjang jalan dari jeti ke stesen bas Lumut, terdapat banyak deretan kedai termasuk kedai makan.

 

Alhamdulillah, kali ini bas ke KL datang tepat pada waktunya.  Kami mula meninggalkan Lumut jam 1.30 tengah hari.  Mengikut jadual, kami akan tiba di stesen bas Bukit Jalil jam 5.00 petang.  Tapi dek kerana hujan yang terlalu lebat, maka bas terpaksa dipandu perlahan.  Bila hujan, secara sendirinya di mana pun, berlakulah traffic jam yang melampau, terutama Bandaraya Kuala Lumpur.  Dengan pemanduan bas yang tersekat-sekat, maka, akhirnya sampailah kami di stesen bas Bukit Jalil jam 7.30 malam.

 

Secara keseluruhannya, aku sungguh berpuashati dengan percutian ini.  Disepanjang percutian, penerimaan orang awam terhadap kami begitu memuaskan.  Aku dapat rasakan, tiada langsung pandangan sinis dari mereka.  Begitu juga disetiap langkahan kami, begitu mudah pertolongan kami perolehi.  Terima kasih ku tidak terhingga kepada setiap insan berhati mulia yang ku temui disepanjang percutian kami.

 

Ya Allah, kesyukuran tidak terkira, kerana dengan izin dan kehendak Mu, kami sukses dalam perjalanan.

Saturday, November 20, 2010

PENGALAMAN PERTAMA DI PANTAI

inilah kali petama kaki kecilnya mencecah pasir putih pantai.
 
tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya dia saat matanya melihat laut terbentang didepan mata.
 
mama hanya mampu tersenyum bahagia bila melihat kamu gembira.
 
mama dan papa akan cuba sedaya upaya untuk memberi seribu penglaman untuk kamu nikmati di alam kanak-kanakmu,Inshaallah.
 
agar apa yang kau lalui hari ini, dapat membentuk peribadimu hari esok.

Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILLAH

Setelah kami gagal menempatkan si kecil di sekolah DA, aku dan suami terus berusaha mencari sekolah yang sealiran dengan sekolah tersebut. Atas factor keterbatasan pergerakkan, kerana tak punya transport sendiri,aku dan suami memohon pertolongan dari rakan dan kenalan untuk tolong mengintai-intai sekolah yang kami maksudkan disekitar Ampang. Setiap kali kami mendapat informasi lokasi sekolah, aku dan suami pergi sendiri untuk menyiasat akan model pembelajaran yang ditawarkan.

ya, sebenarnya aku sekali-kali tidak pernah memandang rendah terhadap sekolah kebangsaan. Namun Memandangkan aku dan suami, Oku pengelihatan, maka, kami rasakan memilih sekolah yang menyediakan model pembelajaran (dinnia, akademik dan hafazzan) dalam satu sekolah amat bersesuaian kerana:
**kami tidak perlu menghantar anak ke tempat lain untuk kelas Kafa dan mengaji Alqur’an.
**secara tidak langsung, ini akan memudahkan anak untuk belajar tanpa mengalami kepenatan yang malampau dan kami tidak perlu lari ke sana sini, lantas banyak masa dapat diselamatkan, sekali gus menjimatkan kos.
**kami tidak perlu risau tentang pemakanan anak. Kerana untuk menjadi hafiz, sumber pemakanan amatlah dititik beratkan. Jadi sudah pasti pihak sekolah akan menyediakan makanan yang baik dan berkualiti untuk menjaga kecerdasan ingatan anak didik.
**bila mana makan tengah hari dan dua tea termasuk dalam yuran bulanan, maka, sudah tentu tiada penjualan makanan di sekolah, dengan ini, anak-anak akan kurang terdedah dengan makanan rengan.
**oleh kerana waktu persekolahan sehingga jam 5 petang, dengan ini akan mengurangkan risiko anak melepak tanpa tujuan.
**memandangkan pengaruh negative terlalu kuat dan luas di mana-mana,sementara kami pula tidaklah begitu arif dalam soal hokum hakkam, maka, kami berpendapat biarlah anak mendapat didikan agama intensif sedari asas dan hendaknya ia berakar umbi di dalam diri. Mudah-mudahan dengan ini si anak dapat membezakan baik buruk dan dapat menepis bisikan syaitan dalam mengharungi lautan duniawi kelak.

Berbalik kepada kesah pencarian sekolah anaakku. Dalam pada aku dan suami sibuk tilik menilik serta memperhalusi model pembelajaran beberapa buah sekolah yang telah kami pergi, tiba-tiba, pada Jumaat 28th oktober, aku terima panggilan dari sekolah DA.
Pemanggil: “assalamualaikum puan. Saya dari DA, nak menjemput anak puan untuk interview kali kedua.”
Aku: “waalaikummusalam. Apa? Bukan ke hari tu, puan kata anak saya gagal?”
Pemanggil: “ya, betul. Tapi pengetua suruh kami panggil anak puan menghadiri interview kali kedua. Boleh puan hadir?”
Aku: “puan jamin anak saya diterima, jika saya menhadirkan diri? Dan adakah puan pengetua sudi bertemu kami?”
Pemanggil: “saya rasa Inshaallah. Kalau puan setuju, sila datang pada 3rd November, Rabu, jam 10.00 pagi.”
Aku: “Inshaallah. Terima kasih.”
Pemanggil: “assalamualaikum.”
Aku: “waalaikummusalam.”
Lantas HP ku matikan.

Kalau diturut kata hati yang masih tersinggung, rasanya mahu ku tolak saja. Tapi mengenangkan si kecilku yang masih menaroh harapan untuk ke sana, dan memandangkan sekolah tersebut amat berhampran dengan tempat tinggalku, dengan rela, aku kikis segala perasaan negative yang masih tersisa.

Selesai bercakap dengan pemanggil dari DA, aku terus call suamiku untuk memberi tahu beliau tentang offer yang dibuat DA kepada kami. Bila saja aku menceritakan perihal perbualan aku dan pemanggil dari DA, suamiku tergelak kecil. Aku keharanan. Rupa-rupanya, menurut suamiku, dua tiga hari sebelum, suamiku ada menceritakan rasa tidak puas hati dengan alas an yang menyebabkan kegagalan anakku memasuki DA, kepada pelanggannya yang boleh dianggap rapat dengan kami. Menurut suamiku lagi, diakhir perbualan mereka, pelangganya itu ada berkata, “Inshaallah anak awak dapat jugak sekolah kat situ nanti.” So, aku rasa mungkin pelanggan suamikulah yang menyebabkan si kecilku dipanggil untuk interview kali kedua. Hai, nampaknya nak masuk sekolah pun,perlu ada kabel. Sedangkan kami tak punya apa-apa kabel, baik besi mau pun dawai.

Setelah timbang-menimbang perasaan anak, congak mencongak kos dan jarak perjalanan beberapa buah sekolah lain, aku dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk hadir ke interview kali kedua itu. Kali ini aku redha dan tekad,demi si kecil.

Tepat pada hari dan waktu yang ditetapkan, kami sekali lagi menjenguk sekolah DA. Setiba kami di sekolah itu, belum pun panas bontot anakku, dia dipanggil untuk menjalani ujian kemahiran sekali lagi. Haha, kat sini aku rasa pihak DA cuba membuat lawak pagi. Atau nak menguji EQ kami mungkin. Baru dua tiga minit anakku masuk untuk ujian, datang peng interview kepada kami dan berkata. “puan, anak puan diterima belajar di sini. Maaf, hari tu orang lain yang interview dia.” Tanpa bercaakap banyak, dia berlalu semula. Aku hanya sempat mengucapkan terima kasih sahaja. Dalam hatiku bersungut sendiri: “kalau dah tahu dapat, kenapa takdiberi tahu on the phone saja. Kan senang, tak perlu datang dua tiga kali.” Entah aku sendiri tak faham.

Setelah selesai anakku interview, datanglah kembali peng interview tadi. “ern, hari ni lancer pula anak puan baca.” Aku hanya tersenyum pahit. Dalam hatiku: “tadi kau kata dulu orang lain yang interview, tapi sekarang kau bercakap, seolah-olah kau jugak yang interview dulu.” namun demi anakku, aku sabarkan saja hati ini.

Selesai berurusan bayar membayardiposit dan sebulan dua yuran bulanan dan bertanya tentang uniform, aku meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, aku bertanya pada anakku,adakah sama orang interview dia hari ini dengan yang sebelum. Selamba anakku menjawabb: “yalah ma, cikgu tulah, muka dia garang. Taksenyum langsung.”

Alhamdulillah, pencarian sekolah anakku telah berakhir. Miski hati kecilku masih tercalit luka peristiwa semalam, namun rela ku buang jauh dari lubuk hati, rasa negative itu demi si kecilku. Biarlah anakku mengecapi bahagia seperti anak-anak lain yang punya ibu bapa normal.
***”mama akan berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan hak dan dirimu seperti anak-anak lain. Apa yang mama dan papa inginkan, sayang membesar tanpa terganggu dek kekurangan kami.” Sebagai ibu, aku hanya berusaha dan berdoa agar acuan yang ku pilih untuk anakku tidak terpesong dari landasan hakiki. © ron2010

Tuesday, November 2, 2010

BINGKISAN BUAT AYAH

Assalamualaikum ayah. Dari kejauhan, anakmu ini sentiasa menadah tangan memohon kehadrat ilahi, agar ayah terus diberi kudrat dan dibanjiri kasih sayang demi menjaga ibu tercinta yang saat ini sedang keuzuran.

Ayah, aku sungguh bangga dan kagum bercampur terharu, punya seorang ayah sepertimu. Ketekunan dan kesungguhan menjaga ibu, suatu inspirasi buat diriku. Apakah mampu aku melakukan perkara yang sama terhadap pasanganku kelak?

Andai dulu, setiap hari, ibu pasti menyediakan makanan kegemaran ayah, tapi kini, sejak hamper dua bulan, tugas itu telah dilakukan ayah dengan rela.

Saat ibu segar, dialah yang mencuci pakaian ayah, agar sentiasa bersih dan kemas. Tapi kini, setiap hari, ayah akan memastikan pakaian ibu berganti, malah, jika kedapatan bau yang kurang menyegarkan, ayah segera menggantikan pakaian ibu.

Waktu ibu cergas, wanita itulah yang menguruskan rumah tangga, agar sentiasa sempurna dimata suaminya. Namun kini, ayah berlapang dada mengemas rumah, terutama di bilik tidur ibu. Bagi ayah, kalau boleh, biar ibu gembira dan tenang tinggal dalam rumah sendiri. Ayah mahu, ibu tetap merasakan kesegaran sepertimana ibu sihat.

Ya Allah, bertuahnya ibu, memiliki lelaki semulia ayah. “Ibu, ayah, doakanlah kami, agar sisa hidup kami juga sebahagia hidup kalian.”

Bila mana aku menghubungi ibu ayah menerusi telefon, ayah pasti menceritakan perihal kesihatan ibu yang semakin baik, dan tugas harian ayah dengan nada gembira. Seolah-olah tidak wujud kepenatan dan kekesalan dalam dirimu. Setiap kali aku cuba utarakan cadangan anak-anakmu untuk mengambil pembantu, ayah segera menolak, dengan alasan, “biarlah tangan ayah sendiri membelai ibu. Tiada apa lagi yang dapat ayah buktikan kasih ayah terhadap ibu. Atau setidak-tidaknya, ayah dapat menyelami betapa ibu selama ini kepenatan membahagiakan ayah.” Menitis airmataku kala itu. “oh, inikah yang dikatakan cinta sejati? Dapatkah aku memiliki cinta yang sama dari insan bernama suami?”

Maafkan kami anak-anakmu ibu, kerana tiada upaya untuk sentiasa berada di samping saat-saat tenagamu mula berkurangan. Maafkan kami ayah, kerana membiarkan ayah seorang diri menjaga dan membelai ibu. Percayalah ayah ibu, kasih sayangku tiada bertepi buat kalian.

Aku secara peribadi benar-benar memohon ampun darimu ibu ayah, kerana terpaksa berjauahan dari kalian. Dayaku hanya mampu menghubungi kalian menerusi telefon setiap hari. Inshaallah, ibu, ayah, aku akan pulang setiap dua bulan sekali. Dan Inshaallah, aku akan memastikan setiap minggu,ada antara anak-anakmu menjenguk kalian.

Terima kasih ibu, ayah, dari lubuk hatiku yang paling dalam. Kasih kalian tiada tndingan di dunia ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati pengorbanan ayah buat ibu.