assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, September 30, 2010

TELATAH SI MANJAKU

Esok sekolah Haikal akan mengadakan majlis sambutan Aidil Fitri. Haikal begitu teruja sekali untuk menghadirinya. Seteiap hari, dia akan bertanya “ma, hari ini hari apa? Berapa hari lagi nak hari Jumaat?” setiap kali Haikal lontarkan persoalan pada mama, soalan yang sama mama akan ajukan kepada Haikal. Jadi, secara tak langsung dengan sendirinya Haikal akan mengingati nama-nama hari dengan lancer. Dan seminggu yang lalu, Haikal telah menyuruh kami menempah kek dan kuih kegemarannya untuk dibawa ke sekolah. Setiap hari juga Haikal akan mengingatkan kami agar jangan lupa turut hadir dalam majlis tersebut. “ma, mama dan papa mesti pergi masa sekolah Haikal adakan jamuan nanti ya. Jangan susah, Haikal akan ambilkan makanan untuk mama dan papa. Kalau Haikal tak boleh ambil sendiri, Haikal minta tolong cikgu ambilkan.” Mama percaya sayang, setiap apa yang Haikal katakan, pasti Haikal lakukan. Telatahmu amat mencuit hati mama. Terkadang ianya mengundang rasa sebak dalam hati, kerana dalam usiamu yang masih mentah, Haikal telah memahami situasi mama dan papa.

Saat mama menulis kesahmu, kau telah pun lena diulit mimpi indah Inshaallah. Sebut tentang mimpi, teringat mama, yang Haikal sering terjaga malam dan mengatakan Haikal mimpi itu dan ini. Selalunya apa yang Haikal mimpi, semuanya berkisar apa yang Haikal lakukan disiang hari. Dalam mengantuk, terpaksa juga mama melayan kerenahmu sayang.

Sebelum tidur tadi, Haikal telah pun memasukkan baju rayanya ke dalam beg sekolah. Kalau hari-hari biasa, baju persalinannya adalah t-shirt dan seluar track, tapi esok, dia disuruh oleh gurunya membawa baju raya. Sebelum tidur, sempat Haikal mengingatkan mama agar jangan lupa call auntie yang buat kek dan kuih untuk dibawa ke sekolah esok.

Jangan bimbang sayang, segalanya akan berjalan lancer. Inshaallah, bila Haikal bangun esok, semuanya akan tersedia seperti keinginanmu. Mudah-mudahan esok akan memberi keceriaan buatmu.

Wednesday, September 22, 2010

RESOLUSI BAYANJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman.

Di bawah ini saya lampirkan sebuah ceerpen yang bagi saya, ianya begitu simbolik sekali. Marilah kita baca cerpen ini dengan menggunakan minda dan akal. Dan bersamalah kita huraikan apa yang tersirat di dalam cerpen di bawah. tangan-tangan dan akal kita punya kuasa untuk menolak budaya kuning ini dari terus menular di kalangan masyarakat kita. So, semaikanlah didikan agama sedari anak-anak kita dilahirkan. Inshaallah, dengan didikan agama yang kuat dan berakar umbi dalam diri seseorang, segala maksiat dapat ditepis, jika masih ada Allah dalam hati.


Dipetik dari Utusan:

SASTERA
ARKIB : 22/08/2010


Resolusi Bayanj

BUKIT kering jingga itu yang semalamnya kontang, kini sudah padat. Melimpah hingga memadatinya. Berjuta-juta hitungannya. Hanya kepala nampak berceratukan.
Semuanya melolong-lolong kesukaan, hingga meleleh-leleh liur jatuh ke tanah kering yang merah jingga.

"Semua sudah ada di sini?" Datuk Paduka Seri Dog Setiusaha menjerit dari atas rostrum di puncak bukit. Luas dahinya, bulat matanya, juga teguh badannya.
Tapi mukanya sinis, petanda banyak akal pusingnya.

"Sudaaaaahhhhh!!!" jawab kepala-kepala berceratukan yang memenuhi segenap inci bukit dan padang kering itu, dengan suara yang menggempita bumi. Suara itu
bergaungan, menyebabkan debu-debu kering bergumulan terbang ke angkasa yang kering jingga juga warna rayanya.

"Bagus! Bagus! Sejak seminggu lalu kami para menteri sekalian kaum Bayanj ini telah bermesyuarat panjang. Dari terbit ubun-ubun fajar, sampai terbenam di
kaki mega. Dari terbenam di kaki mega, hingga terbit semula ubun-ubun fajar.

"Kita sudah mengira populasi kaum Bayanj di negara Malayous ini. Kita gunakan mesin kira berteknologi supernano dan radar di langit sana, maka kini kita
sudah tahu angka rasminya. Kemudian, kami para pemimpin kaum Bayanj sudah mesyuaratkan panjang lebar sepanjang seminggu lalu tentang apa yang bakal kita
laksanakan nanti. Mesyuarat yang sangat hebat, dan sangat menakjubkan.

"Jadi, hari ini kami pemimpin-pemimpin tertinggi kaum Bayanj akan mengumumkan berita-berita maha penting untuk kamu sekalian. Kamu semua mesti ada di sini
sebab masing-masing kamu mempunyai tugas untuk dilaksanakan. Tugas yang wajib, yang akan memastikan bumi Malayous ini menjadi milik kita. Faham?" soal
Dog Setiausaha yang bermuka sinis itu dengan suara bergemuruh, sambil tangannya didepakan ke sana ke mari. Suaranya yang bagaikan petir itu menggoncang
akal sekalian jutaan kaum Bayanj yang melauti bukit merah jingga.

"Hari ini adalah hari gembira untuk kita. Selaku pemimpin yang ditugaskan untuk menghitung populasi, saya umumkan di sini bahawa jumlah kita sekarang ialah
12.75 juta, iaitu hanya kurang 3.3 peratus saja dari keseluruhan penduduk negara Malayous ini.

Hak asasi

"Apakah maknanya ini? Maknanya, kita perlu cepat memulakan langkah pertama, iaitu menggerakkan hak-hak kita sebagai kaum yang dijamin hak asasinya dalam
perlembagaan negara ini! Sebab, hanya dalam sedikit masa saja, kita bukan minoriti lagi. Malah kita akan jadi majoriti. Kita lebih ramai daripada mereka.
Maka, kita akan tuntut hak kita. Dan. kita sudah pun merangkanyaaaa!!!!!!" laung Dog Setiausaha.

"Maka, mulai esok, kita akan menghantar utusan berjumpa dengan Presiden negara Malayous ini supaya kita diberi hak untuk berpersatuan, bersosial dan berhubungan
seksual sesuka kita.

"Ingat, dahulu makhluk lesbian, homoseks dan gay dikeji dan dinista. Tetapi mereka begitu berani, tidak patah semangat. Makhluk lesbian, homoseks dan gay
ini terus lancar meneruskan hubungan mereka walaupun dikeji. Lihat sekarang, akhirnya, mereka mendapat hak mereka.

"Lihatlah, mereka sudah ada persatuan. Mereka sudah ada taman-taman untuk berjumpa dan bersenggama. Sudah begitu ramai makhluk lesbian dan gay ini menjadi
orang terkenal. Mereka tidak lagi dihina, malah mereka disanjung-sanjung. Mereka dipuja-puja. Mereka jadi idola.

"Akhirnya mereka mendapat hak mereka. Mereka sudah diterima di seluruh planet biru ini. Jadi, kita kaum Bayanj pun mesti berjuang mendapatkan hak kita.
Hak untuk hidup bebas seperti lesbian, homoseks dan gay, hippies dan gipsi, bersenggama sesuaka kita, sebab kita sudah hampir menjadi majoriti."

"Dengan adanya status sebagai kaum majoriti, maka kita akan berkuasa menentukan arus politik, pegangan ekonomi dan perkembangan serta perubahan sosial.
Manusia yang menghuni gunung hijau itu akan jadi minoriti pula dan mereka mesti tunduk kepada kitaaaaaa!!!!" laung Dog Bendahari, mengakhiri ucapannya
sebagai mukadimah perhimpunan kaum Bayanj pada hari Ahad yang gemilang itu.

Sekali lagi suara lolongan bergema menerbangkan debu berpusaran ke langit jingga. Setelah itu, muncul pula Datuk Paduka Utama Dog Rehab di atas rostrum.
Dog Rehab ini rona mukanya kepalang ganas. Matanya halus tajam, terpancar licik dan cerdik. Bijak pula mengatur strategi.

Laung Dog Rehab, "Sekarang, saya akan umumkan resolusi kedua mesyuarat perdana kami. Resolusi itu ialah, kita akan runtuhkan rumah-rumah perlindungan untuk
gadis-gadis terlanjur yang sekian lama menghalang perkembangan populasi kita.

"Rumah-rumah ini mesti dibakar. Ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, mak cik-mak cik yang mengusahakan rumah perlindungan itu mesti kita buru dan gigit badannya.
Mereka ini adalah musuh kita. Sebab, apabila mereka menyediakan tempat untuk gadis-gadis manusia melahirkan bayi haram mereka, maka akan berkuranglah perkembangan
kaum kita. Betul atau tidaaakkk!!" dia memancing perhatian.

"Betullll!" jutaan kepala berceratukan itu menyahut.

"Nah, kalau betul, apa tunggu lagi? Rumah Perkis, Kuwaja, Sukina, Annuum dan banyak lagi itu mesti dimusnahkan. Penjaganya mesti digigit badannya sampai
mati berkecai. Sebarkan penyakit kepada mereka. Kepung rumah mereka, kencing dinding rumah mereka, berak di sekeliling kediaman mereka dan kita melolong-lolong
di sekeliling rumah mereka 24 jam sehari sampai mereka ketakutan.

Loya tekak

"Apabila mereka ketakutan, mereka loya tekak dan muntah lewah, mereka tidak dapat tidur malam, mereka hidup dalam gelumang najis dan mereka menangis-nangis
sepanjang masa, mereka akan tinggalkan rumah perlindungan itu.

"Maka, rumah perlindungan itu akan terbiar dan gadis-gadis itu akan membuang bayi mereka. Dari situ, akan berkembanglah generasi kita, betul tak?!!!"

"Betullll!!! Bijakkkk!!!" jutaan kepala berceratukan itu serentak meololong kesukaan. Kini mereka sudah nampak jalannya untuk mengembangkan populasi kaum
Bayanj. Sudah jelas. Jelas bagai malar jernihnya embun.

Selepas Dog Rehab berucap sampai menyirat-nyirat urat merah di sekeliling matanya, muncul pula pemimpin ketiga, Datuk Seri Buana Dog Sperma.

"Dua resolusi yang mudah dan bijak. Sekarang resolusi ketiga mesyuarat perdana. Dengar betul-betul sebab ia ada kaitan dengan perubatan dan biologi. Untuk
pengetahuan kamu semua, kita dalam peringkat akhir menghasilkan ubat kesuburan. Ubat ini akan diberi kepada semua betina-betina bunting di kalangan kita
yang apabila mereka memakannya, mereka akan menjadi supersubur.

"Seekor betina yang bunting akan melahirkan 44 ekor bayi Bayanj. Setiap ekor bayi Bayanj yang betina pula akan mempunyai 44 tetek supaya teteknya itu akan
dapat digunakan oleh 44 jantan dan 44 bayi Bayanj. Dengan cara itu, populasi kita akan bertambah dengan berlipat kali ganda.

"Dengan itu, dalam waktu yang singkat saja, populasi kaum Bayanj akan mengatasi manusia majoriti itu dan kita akan menguasai negara Malayous ini. Bumi Malayous
ini akan penuh dengan kaum Bayanj.

"Bila ini berlaku, kaum Bayanj tidak akan dihina dan dikeji lagi. Kita akan diterima sebagai kaum yang normal, seperti kaum lesbian, gay dan homoseks. Malah
kita akan disanjung. Ibu bapa kita juga akan dipuja. Kita semua akan diberi tempat dan kita akan bercakap atas dasar hak asasi!!!!!"

"Betullll!!! Betullll!" jutaan kepala yang berceratukan itu melolong-lolong lagi. Debu kian banyak mengabusi bukit dan padang yang kering jingga. Kelihatannya
jutaan kepala berceratukan itu sudah tidak sabar lagi menanti hari esok, tambahan pula apabila melihat seorang lagi cendekiawan mereka kini muncul di rostrum.

Ya, itulah jantan paling bijak, paling licik, paling banyak menghasilkan bayi-bayi Bayanj. Ya. wajahnya tampan dan manis. Senyumannya lembut. Rona mukanya
bersih seperti ulama kaum manusia di Gunung Hijau. Tutur katanya sangat sopan, ayatnya tersusun rapi, penuh puji-pujian, penuh kasih sayang, mulus, kudus,
suci bersih dan bening.

Tetapi. hahahaha. inilah muka jantan paling bijak memperdaya dan membuntingkan ribuan betina, termasuk yang bergelar bini. Jantan ini ialah Tuan Sri Dog
Juan, si pakar perkembangan populasi. Sejak puluhan tahun lalu, Dog Juanlah yang membuat perancangan demi perancangan untuk mengembangkan kaum Bayanj.
Tapi Dog Juan ini pakar dalam bidang yang ada tali dan jaring kaitan dengan senggama saja. Bidang lain, Dog Juan tidak arif sangat.

Asalnya Dog Juan ini namanya DogGoda, tetapi disebabkan kelicikannya memperdaya dan membuntingi Bayanj-bayanj betina, berlakon dengan wayang muka baik dan
ayat-ayat cintanya, maka dia digelari Dog Juan, sempena nama seorang lelaki penggoda dalam kalangan rakyat manusia di Gunung Hijau.

Dog Juan memerhati segenap ruang bukit kering jingga. Setelah semuanya mengunci bibir, Dog Juan pun mengumumkan resolusi keempat mesyuarat perdana itu.


"Tadi kita sudah dengar tiga resolusi. Satu tentang hak. Kedua tentang serangan hendap. Ketiga tentang perubatan. Dan sekarang yang terakhir, dari saya,
Dog Juan. Resolusi keempat ini sangat mudah. Kamu semua semua pasti suka untuk melakukannya."

"Apa dia, juaaannnn!!!" tanya jutaan kaum Bayanj di kaki bukit dan padang kering jingga, tidak menyempat-nyempat lagi.

melaporkan

"Begini, kalau kita baca akhbar mereka baru-baru ini, ada menyebut sejak tahun 2000 sampai tahun 2009, telah lahir lebih 257,000 bayi manusia luar nikah.
Akhbar mereka juga melaporkan, dalam masa 17 minit 17 saat, lahir seorang bayi manusia luar nikah di Gunung Hijau sana.

"Kebanyakannya pula, kata akhbar mereka, adalah dari kalangan kaum Melayu. Ini bererti, pekung sudah terbuka. Budaya kita sudah mereka terima, tetapi mereka
lakukannya senyap-senyap.

"Ingat ya, dulu mereka keji hina kaum gay dan lesbian, sekarang mereka sudah terima. Sudah ada berpuluh-puluh ribu gay dan lesbian di kalangan mereka. Malah
sudah ramai gay dan lesbian ini jadi manusia terkenal, disanjung dan diidolakan.

"Jadi, kita kena buat serangan secara besar-besaran dan kita perkenalkan budaya kita secara terus terang!"

"Budaya apa, juuaaannnn???" terdengar seorang daripada kaum Bayanj itu bertanya, tidak menyempat-nyempat juga.

"Budaya mengawan! Hahaha!! Mulai hari ini, kita kena masuk ke setiap inci kawasan kaum manusia itu, kemudian kita mengawanlah di mana-mana saja yang kita
suka. Paling penting, kita mengawan di depan anak-anak muda mereka. Pergi ke tempat menunggu bas. Kalau nampak ada anak muda mereka, tidak kira berseorangan
atau berdua-duaan, terus kita mengawan.

"Pergi ke pagar sekolah mereka. Mengawan di situ, biar semua pelajar di sekolah itu ghairah melihat kita mengawan. Pergi ke taman-taman bunga, mengawan
di tempat yang paling ramai orang. Di tepi-tepi jalan pun kamu mesti mengawan supaya perbuatan kita itu dapat melibur hati mereka, terutamanya anak-anak
muda mereka.

"Pendek kata, kita mengawan sepanjang masa, di hadapan mereka. Strategi ini sangat mudah sebab ia dapat merangsang syahwat anak-anak muda kaum manusia itu.
Jangan takut, sekarang pun anak-anak muda itu sudah pandai mengawan di bawah pokok, di atas motosikal, atas tangga, di dalam sekolah, di tepi surau, di
tepi masjid, di dalam bas dan di dalam LRT. Mereka takkan marah, malah mereka suka kalau dapat tengok kita mengawan, sebab mereka memang suka budaya kita.

"Sekarang pun mereka sudah pandai mengawan beramai-ramai serentak. Sekarang pun anak-anak muda kaum manusia itu sudah pandai tukar-tukar pasangan, tunjuk-tunjuk
anu pada jantan, senggama dengan adik dan kakak, rakamkan pula dengan video, masuk telefon, masuk komputer, bukankah itu semua asalnya budaya datuk nenek
kita, kaum haiwan? Ertinya, memang mereka sudah terima budaya kaum kita, cuma kita yang tidak sedar!

"Nanti kami akan berikan ubat pengasih dari kayu cenuai dan balabaq, yang apabila kita semua memakannya, akan timbull rasa kasih pada orang yang melihatnya.
Kemudian, apabila kita mengawan, anak-anak muda kaum manusia itu juga akan ikut sama mengawan macam kita. Mereka akan mengawan bawah pokok tanpa segan
silu atau sembunyi-sembunyi lagi. Nanti anak-anak muda ini akan jadikan pula aktiviti mengawan di tempat terbuka sebagai budaya baru kaum manusia. Mereka
akan jadikan itu hak asasi mereka. Dengan itu, akan bertambahlah bayi di kalangan mereka, dan kebanyakan bayi ini akan mereka buang sebab sudah tidak ada
lagi rumah perlindungan.

"Bayi-bayi yang mereka buang itulah yang akan kita makan, lahap dan telan lumat-lumat. DNA mereka akan menyerap dalam diri kita dan apabila kita mengawan,
maka akan lahirlah 44 bayi baru kaum Bayanj. Lagi banyak mereka buang bayi mereka, lagi banyak yang akan kita makan, dengan itu akan lagi bertambah banyaklah
lahir kaum Bayanj. Bagaimana, setujuuuuuuu???"

"Setujuuuuu!!!!" jutaan kepala berceratukan itu menyahut dengan melolong-lolong begitu galak sekali. Bijak, Dog Juan ini memang bijak!

Selesai si Dog Juan berucap, Datuk Perdana Agung Dog Perdana Menteri pula muncul di atas rostrum di puncak bukit kering jingga itu, langsung disambut dengan
lolongan paling menggempita.

"Hahaha." Datuk Paduka Agung Perdana Menteri ketawa besar. "Kita kena mulakan usaha kita secepat mungkin. Kita kena pastikan negara Malayous ini dipenuhi
dengan kaum Bayanj.

"Kita mesti jajah bumi Malayous ini! Kita sudah hampir melangkau angka majoriti, maka kita mesti serang mereka! Serang! Serangggg!! Seraaanngggg!!" laung
Dog Perdana Menteri. Suaranya paling mengocak bukit kering jingga. Seluruh bukit itu bergegar. Bergegar dengan taufan semangat juga api syahwat haiwaniah.

Lalu, pada hari itu, selepas menutup perhimpunan tersebut dengan lolongan umpama guruh, jutaan kaum Bayanj itu pun berjalan dengan empat kaki mereka, dengan
wajah serupa manusia, melolong-lolong, menggonggong-gonggong, mengencing-ngencing sambil mengangkat satu kaki dan mengawan-ngawan di bawah pokok. Mereka
terus melangkah tanpa henti kerana perjalanan ke kawasan manusia di Gunung Hijau memakan masa sehari.

Maka juga, bermula esok akan bersemaraklah budaya baru dalam kalangan kaum manusia di bumi Malayous, secara rasmi, iaitu budaya anak-anak muda mengawan
secara terbuka, dan kemudian membuang bayi-bayi mereka untuk dimakan oleh...!!! Dan esok juga bakal menjadi titik mula bumi Malayous itu dipenuhi dengan
kaum Bayanj.

Ya, esok. Esok. Lihatlah apa yang akan berlaku esok...

Tuesday, September 21, 2010

PERJALANANKU

Khamis 9th Sept. 2010

Hari ini, disebbelah petang nanti, aku, suami dan Haikal akan bertolak balik kampong. Seperti tahun-tahun lalu, kami akan beraya di rmah orang tua suamiku di negori Sembilan. Alhamdulillah, pada tahun ni, raya kedua nanti, kami akan pulang ke Terengganu pula. Jadi, disebelah pagi ni, aku agak sibuk mengemas pakaian yang akan dibawa pulang. Sudah menjadi kebiasaanku, setiap kali pulang beraya, aku akan menggosok semua pakaian yang akan dipakai dipagi raya sebelum pulang. Aku berbuat begitu, kerana aku tidak mahu berebut-rebut dengan ipar duai. Maklumlah, di rumah orang tua suamiku, strika hanya sebuah sahaja. Sedang suamiku mempunyai 8 adik beradik kesemuanya. Kalau sebuah keluarga mempunyai 3 ke 6 anak, jadi, sudah pasti sesebuah keluarga mengambil masa yang lama untuk memegang strika.

Dalam pada aku sibuk kemas mengemas, telatah Haikal tetap menjadi perhatianku. Dia juga sibuk memilih baju untuk dibawa pulang. Waktu aku nak menggosok Furtahnya, dia sibuk bertanya itu dan ini. Tahun ini adalah tahun pertama kami buatkan Haikal furtah. Antara persoalan yang dilemparkan padaku, “mama, baju ni, orang Arab suka pakai kan ma? Tapi kenapa mama papa buat untuk Haikal pula. Haikal dan papa bukan orang Arab pun.” Terkial-kial aku nak cari jawaban. “walau pun baju ni, orang Arab yang suka pakai, tapi ianya universal. Sesiapa pun boleh pakai. Hanya nak tak nak saja. Kan Haikal pakai nampak cantik. Haikal nampak cantik tak kat badan Haikal?” “cantik juga.” Jawab si kecilku selamba. Masa aku tengah sibuk inilah, dia nak mencubanya berkali-kali. Haikal, tahun ini lebih serius nak menyambut raya berbanding tahun-tahun lalu. Tahun ini juga, seratus peratus pakaian dan kasut raya, Haikal pilih sendiri.

Jam 5.30 petang, kami mula bertolak dengan menumpang kereta kawan suamiku. Kalau tahun-tahun lalu, kami balik dengan menumpang kereta adik iparku, tapi tahun ini dia beraya di Kelantan. Kami selamat sampai di kampong, dekat pukul 9.00 malam.

Di halaman rumah, anak-anak buahku sibuk bermain bunga api. Turun saja kami dari kereta, kami diserbu. Masing-masing berebut-rebut nak mengangkat beg pakaian dan barangan yang kami bawa. Dengan sekelip mata saja, semuanya selesai. Setelah mengucapkan terima kasih kepada kawan suamiku, dia pun berlalu. Diajak singgah ke rumah, dia enggan, katanya, ingin segera jumpa orang tuanya.

Sabtu, 11th Sept.

Sabtu, raya kedua kami dah bertolak pulang semula ke KL. Nasib kami agak kurang baik pada hari itu. Perancangan untuk dapatkan tiket bas jam 12.00 tengah hari tak kesampaian kerana telah habis dijual. Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah kami beli tiket bas jam 1.30. nampaknya terpaksalah kami bersampao/bersantai kat stasyen bas tu dua jam setengah. Untuk megelakkan si kecil kami dari meragam, terpaksalah diikutkan saja kehendaknya. Hamper rm 50, Haikal pao papa dia untuk belikan buku-buku komik.

Alhamdulillah, tepat jam 1.30, seperti yang dijanjikan, kami pun meniki bas, dan kami tiba kat KL pukul 4.00 petang. Kami tak punya banyak masa untuk berehat-rehat kat rumah. Sampai kat rumah, kami hanya sempat solat, tukar pakaian dan tukar beg pakaian. Beg yang penuh bearisi baju kotor aku tinggalkan begitu saja. Jam 6.00, kami bertolak ke Subang airport pula untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu di mana terletak kampong halamanku.

Alhamdulillah, dengan izin Allah penguasa seluruh alam, segalanya berjalan lancer. Kami tiba di rumah orang tuaku pukul 9.00 malam.

Selasa, 14th Sept.

Setelah tiga malam, kami di Terengganu, hari ini, tibalah masa untuk aku berpisah kembali dengan orang tuaku. Seperti dulu-dulu, saat salam bersalaman, peluk memeluk, aku dan ibu bercucuranlah airmata. Memandangkan flight kami jam 4.30 petang, jadi, pukul 3.15 aku terpaksa meninggalkan rumah orang tuaku. Abang dan keluarganya dengan suka rela menghantar kami ke airport Sultan Mahmud.

Waktu di dalam kereta, Haikal sibuk baertanya, “mama, kenapa mama dan Uwan menangis masa peluk-peluk tu?” “yalah, Uwan tu kan ibu mama. Kalau Haikal nak pisah dengan mama, Haikal sedih tak?” “mestilah sedih. Tapi Haikal tak nak pergi jauh dari mama. Haikal nak mama, papa.” “tahu pun. Macam tulah dengan mama.” Yang lain hanya gelak dengan pertanyaan Haikal.

Tepat jam 4.30, kapal mula mengembangkan sayapnya untuk meninggalkan landasan. Ini juga bererti aku kembali meninggalkan tanah kelahiranku. Selamat tinggal halamanku, selamat tinggal ayah dan ibu tercinta. Tepat pukul 6.00 kami selamt tiba di rumah (sweet home).

Alhamdulillah, aku bersyukur, percutian raya kali ini amat memuaskan. Aku dapat bertemu kesemua adik beradikku dan kedua insan tersayang. Dan Alhamdulillah, sepanjang cuti raya, Haikal diberi kesihatan yang memuaskan walau pun dalam perjalanan yang panjang dan jauh. Dia juga tidak seperti sepupu-sepupunya, yang merengek-rengek mninta belikan bunga api. Haikal ku lihat tak kesah. Dia seolah-olah tak berminat. Entahlah, samada dia belum tahu bermain atau memang tak berminat. Dia sekadar memandang gelagat sepupu-sepupu yang sebaya. Mudah-mudahan biarlah dia berterusan begitu, taklah membazir duit mama papanya kelak. Hahaha.

Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN

Salam aidil fitri dari saya,
Kepada para pembaca budiman,
Seikhlas hati maaf ku pinta,
Moga dikurniakan hati sesuci Lebaran.

Ramadhan berlalu meninggalkan kita
Syawal menjelma membawa kegembiraan
Terus istiqamah dengan amalan dibulan puasa
Agar hidup sentiasa dalam keredhaan.

Selamat menyambut hari Lebaran Minal Aidil Walfa izin.

Sambutlah aidil fitri dengan penuh kesucian. Marilah kita sedikit demi sedikit mengubah cara kita meraikan ketibaan satu Syawal. Andai kata selama ini, kita menyambut hari kemenangan dengan penuh kegembiraan keduniaan semata-mata, apa kata, kali ini kita letakkan kegembiraan kerana Allah lebih utama. Bersama kita buangkan budaya bermain mercun dan bunga api di kalangan keluarga sendiri terlebih dahulu. Jika setiap dari kita mengambil langkah pro aktif untuk mengikis budaya mercun dan bunga api, Inshaalllah satu masa kelak, kita akan menyambut Ramadhan dan Syawal dengan hanya kedengaran ucapan takbir dan tahmit di mana-mana. Pasti saat itu, jiwa kita akan lebih tenang dan damai. Inshaallah.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT JALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman.

Rasanya dah terlalu lama aku tak menjenguk laman mayaku. entahlah aku sendiri tak mengerti dan tak tahu kenapa begitu lama aku menyepikan diri. Nak kata aku tak punya masa, pembohonglah aku, kerana yang pasti semua orang mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari semalam. Jadi, sudah tentu aku tak begitu arif dalam menguruskan masa.

Di pagi yang hening ini, aku memaksakan diri ini untuk menggerakkan jejari runcingku membuka laman mayaku. Wah, kelihatan sawang melekat di sana sini. Memandangkan Ramadhan pun tak lama lagi akan melangkah pergi, dan syawal kan mengambil alih, jadi, eloklah rasanya aku mengambil kesempatan untuk menyapu sawang-sawang di lelamanku, agar tampak berseri dan bersih umpama bersih sucinya syawal.

Ya, Ramadhan hanya tinggal dua hari saja lagi untuk menemani kita umat muslimin. Rasanya aku belum bersedia untuk melepaskan kau pergi Ramadhan. Terlalu banyak yang perlu aku pelajari darimu, dan rahsiamu belum sempat aku bongkar satu persatu. Pun begitu, aku teramat bqahagia dengan kehadiranmu. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak ada buah tanganmu yang dapat ku munafaatkan untuk ku jadikan amalan secara istiqamah disepanjang hidupku. Inshaallah. Dan terima kasih Ramadhan, kerana masih sudi menemaniku untuk kesekian kalinya.

Maafkan aku Ramadhan, kerana kehadiranmu tidak ku raikan semulia Rasululllah dan para sahabat. Aku tahu, tarafku terlalu jauh untuk dibandingkan dengan mereka. Maafkan aku sekali lagi Ramadhan, kerana malammu, tidak ku hiaskan dengan hiasan seindah namamu dan secantik hatimu.

Ya Allah, andai nafas masih kau ppinjamkan ke atas jasadku, dan bulan sucimu masih mampu aku sambut kehadirannya, Inshaallah aku akan sedaya upaya memperbaiki kesedian diri ini melayaninya dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan Kau tetapkan hatiku Ya Allah untuk terus berada di dalam agamamu.