assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, May 4, 2012

WBU ASIA PACIFIC MASSAGE SEMINAR

Semalam bermula Wold Blind Union (WBU) Asia Pacific Massage Seminar yang kesebelas. Kali ini Malaysia telah diberi tanggungjawab menjadi host. Program ini diadakan dua tahun sekali. Seminar ini sedang berlangsung di Istana hotel. Ia akan berlangsung selama 3 hari. Ia dihadiri dari pelbagai negara, antaranya: Malaysia, Thailand, Vietnam, Hongkong, China, japun dan Korea. Di dalam seminar ini, setiap negara yang hadir berpeluang mendedahkan perkembangan dan aktiviti massage di tempat masing-masing. Di sini juga, negara maju seperti China, Jepun dan Korea akan menujuk ajar teknik-teknik terbahru dalam bidang massage. Alhamdulillah, kali ini, Kementerian Kesihatan Malaysia turut sama menghantar wakil. Mudah-mudahan, setiap peserta yang hadir bakal mendapat ilmu baru dari beberapa workshop yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.