assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, May 9, 2012

TESTING POST

Sabtu lalu, telah berlabuhlah tirai Seminar Urut WBU (wold Blind Union) Asia Pasific yang ke sebelas.

 

Seminar ini diadakan 2 tahun sekali.  Pada tahun ini, Malysia telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah.  Maka, NCBM (nasional Council For The Blind Malaysia), sebagai pertubuhan induk bagi MGOS blind, bertanggungjawab menjalankan pengurusan berkaitan seminar tersebut.

 

Seminar telah dijalankan di hotel Istana selama 3 hari.  Bermula, Khamis, 3 May,  hingga Sabtu, 5 May.  Seminar telah dirasmikan oleh:

Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia:  Yang Bahagia. Dr. Dato Maimunah A Hamid,  bagi pihak menteri kesihatan Malaysia.

 

Pada kali ini, 7 negara telah menghadirinya:

Malaysia, China, Korea, Thailand, Jepun, Vietnam, Hongkong.

 

Di seminar ini,  setiap negara diberi peluang mendedahkan aktiviti massage dan perkembangan yang berkaitan di tempat masing-masing.

 

Di seminar ini juga diadakan beberapa workshop berkaitan teknik-teknik urut.  Serta di seminar ini juga, dibentangkan beberapa kertas kerja berkaitan permasalahan di dalam bidang yang baerkaitan.

 

Mudah-mudahan, setiap delegasi pulang dengan pengaetahuan yang memunafaatkan diri sendiri juga orang sekeliling.  Dengan menghadiri seminar begini juga, dapatlah peserta yang hadir mempertingkatkan kemahiran diri.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.